Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Monday, November 29, 2010

Pas Paya Besar: Berkhatan 100 kanak-kanak dalam satu hari



Ahad: 28/11/10, Berlangsungnya majlis berkhatan beramai-ramai yang telah dianjurkan oleh Pas Kawasan Paya Besar. Seramai 100 orang telah berjaya dikhatankan yang memakan masa selama satu hari suntuk bermula pukul 7.00 pagi hingga 7.30 malam. Berbagai ragam anak-anak yang berusia dari semuda 5 tahun hingga ke 15 tahun. Kesemua yang berdaftar untuk menjayakan program ini adalah dari kawasan Parlimen Paya Besar, Kebanyakan yang berdaftar adalah dari golongan anak yatim dan yang miskin, kepada mereka tiada bayaran dikenakan dan bagi yang berkemampuan pula dikenakan sebanyak RM 20.00 sahaja.

Seorang kanak-kanak saudara baru dari keturunan India juga mengambil kesempatan ini untuk merasai kemeriahan berkhatan beramai-ramai. Majlis bermula dengan pendaftaran peserta bermula pukul 7.00 pagi dan ditutup seketika pada pukul 8.15 pagi untuk memberikan laluan untuk majlis perasmian oleh YDP kawasan Paya Besar Ustaz Yusof Embong dan seterusnya diberikan laluan untuk DR Fazli sebagai ketua doktor berkhatan untuk menjelaskan kepada ibu bapa tentang kebaikan berkhatan dan juga risiko yang perlu ditanggung oleh peserta. Kepada peserta yang mempunyai masalah kesihatan dan juga yang tidak memberi kerjasama semasa berkhatan dilakukan tidak akan dikhatankan kerana dibimbangi akan menimbulkan masalah dan melambatkan perjalanan majlis.

Seramai 6 orang peserta terpaksa ditangguhkan dari disunatkan kerana ada masalah kesihatan dan ada juga yang takut dan tidak mahu melakukannya. Peserta diberikan hadiah dan juga sijil penyertaan. Syabas diucapkan kepada doktor dan pembantu kesihatan yang telah menjayakan majlis ini, seramai 30 orang doktor dan pembantu telah menjayakannya. Kepada DPP Paya Besar dan juga unit Amal dari Kuantan yang datang membantu diucapkan terimakasih dan YDP amat berbesarhati dengan kesungguhan semua pihak yang menjayakan majlis yang julung kali diadakan yang melibatkan jumlah peserta yang begitu ramai.

No comments:

Post a Comment