| Harakahdaily |
|
Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman. Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang. Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada. Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.
Jenazah allahyarham dibawa keluar dari hospital kira-kira jam 3.40 petang. Hadir sama di hospital ialah Ketua Penerangan dan bendahari PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli. Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar. "Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.
Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut. Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah antara pemimpin parti yang awal menziarahi allahyarham di kediamannya di Taman Melewar. Turut menziarah ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Mohd Hanipa Maiden, Khalid Samad serta Datuk Nakhaie Ahmad. Ustaz Nasharudin menyifatkan parti kehilangan tokoh yang merupakan kamus dan rujukan parti berikutan kematian Ustaz Hassan Shukri.
“Saya kenal Ustaz Hassan sejak awal perjuangan di Malaysia,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menziarahi petang ini. Beliau yang juga Ketua Pembangkang menyifatkan allahyarham adalah tokoh perjuangan Islam yang asal dan kekal hingga kini. “Kita hilang satu sumber rujukan yang besar,” katanya. Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Selangor kehilangan seorang tokoh yang berjuang untuk rakyat. “Saya pernah berbincang dengan beliau bagaimana nak bantu rakyat yang tiada rumah dengan menggunakan wang zakat di atas tanah kerajaan,” ujarnya yang juga Menteri Besar Selangor. Katanya, Selangor telah memilih beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah sebelum ini. Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 8.30 pagi ini di Surau Taman Melewar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2. |
Stop Lynas
IKLAN PINJAMAN
Followers
Tuesday, June 15, 2010
Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2.
Monday, June 14, 2010
Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi. Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Al Fatihah.. |
Monday, June 7, 2010
Kerajaan ingin mengalih perhatian rakyat kepada derma dari tauke judi


Sekali lagi kerajaan ingin mengalihkan kemarahan rakyat dengan judi bola yang diluluskan dengan merasuah rakyat melalui tauke judi dengan derma sebanyak RM 525 juta. Apakah dengan rasuah ini dapat menyejukkan keadaan rakyat yang kini semakin marah dengan kerajaan kerana menghalalkan judi.
Baru-baru ini Tan Sri Vincent Tan tauke judi Malaysia begitu angkoh untuk menderma wang sebanyak RM 525 juta melalui yayasannya Better Malaysia Foundation. apakah dengan derma tersebut dapat menghalalkan judi yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin kaki judi UMNO. Dimanakah perginya ulama Umno dan juga Mufti yang sepatutnya mengadakan demo dan menberikan nasihat kepada kerajaan agar membatalkan Judi Bola dan juga judi-judi lain yang ada di Malaysia.
Kalaulah berterusan sebegini bermakna Malaysia akan terkenal dengan negara yang aktif pengamal judi dunia. Apa lagi yang perlu dilakukan oleh Rakyat selain membuang terus Umno dan BN dalam hati mereka kerana sedetik terasa sayang dengan Umno bermakna anda telah mengumpul dosa judi yang diamalkan dan mengambil keuntungan keatas judi. Saham yang diterima oleh pengundi yang mengundi umno-Bn adalah saham ke Neraka dan wajib bertaubat dan berjanji tidak lagi menyokong orang melakukan dan berharap pada keuntungan judi untuk menguruskan negara.
Saturday, June 5, 2010
50 ribu sertai anti israel yang dianjur oleh Pakatan Rakyat
|
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Lebih 50 ribu menyertai perarakan dari Kampung Baru ke Keduataan Amerika siang tadi bagi membantah kekejaman tentera Zionis Israel menyerang konvoi kemanusian antarabangsa ke Gaza awal minggu ini. Himpunan anjuran Pakatan Rakyat bersama NGO itu diketuai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. ___________ 3.48 petang: Perhimpunan disudahi dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa dan bersurai secara aman. Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin yang tidak pernah rela di atas pengainayaan zionis Israel. Anwar dalam sidang media memberitahu, dalam pertemuan bersama Duta Besar Amerika Syarikat itu, Pakatan Rakyat dan NGO memohon untuk disampaikan memorandum tersebut secara terus kepada Presiden US, Barack Obama. Dalam responnya, Duta Amerika itu kata Anwar berjanji akan menyerahkan sendiri memorandum tersebut kepada Obama minggu hadapan. Pakatan Rakyat juga menjelaskan kepada duta besar tersebut bahawa tindakan kejam Israel terhadap konvoi kemanusiaan itu adalah disebabkan Amerika terlalu lembut menasihati israel. 3.30 petang: Turut berucap adalah Mohamad Sabu, Dr. Mahfodz Mohamad, Ustaz Azlee Musa dan Mustafa Akmil Ayub di hadapan menara See Hoy Chan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat. 3.25 petang: Sementara menunggu delegasi serah memorandum selesai, pimpinan pakatan rakyat yang lain sedang memberi ucapan di hadapan lebih 50 ribu peserta himpunan. Antara yang berucap adalah Salahuddin Ayub dan Dr. Hatta Ramli.
2.55 petang: Perarakan bersambung semula dan hampir tiba di hadapan bangunan Kedutaan. 2.51 petang: Dr. rani dari Yayasan Amal berucap menyatakan bukan sahaja orang Islam malah orang Kristian juga turut membela Palestin dan tidak boleh menerima tindakan kejam Israel. 2.50 petang: Perarakan sudah berada di hadapan menara Tabung Haji. Peserta barisan hadapan berhenti menunggu peserta barisan belakang tiba untuk sama-sama bergerak ke kedutaan US. 2.47 petang: Perarakan tiba di simpang menara Tabung Haji. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Pengerusi Teras, Cikgu Azmi Abdul Hamid turut serta menaiki kenderaan pacuan empat roda mengepalai perarakan bersama pimpinan PAS. 2.38 petang: Peserta himpunan kini sudah berarak melepasi bangunan KLCC menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat. 2.35 petang: Dianggarkan lebih 50 ribu orang sedang berarak menuju ke Kedutaan US dan akan bergabung dengan sebahagian besar peserta himpunan yang sedang menunggu di sana. 2.20 petang: Sekumpulan NGO sudah menghampiri Keduataan Amerika dan melaungkan 'hancur Yahudi'. 2.10 petang: Lebih 1,000 orang terdiri daripada NGO berkumpul di Masjid Tabung Haji dan sedia bergerak ke Kedutaan Amerika. Sebuah trak polis berada di hadapan kedutaan. Sebuah helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar Masjid Tabung Haji dan Kedutaan Amerika. 2.05 petang: Perarakan dimulakan, pimpinan yang berada dibarisan hadapan termasuklah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Kamarudin Jaafar, Dr. Lo'lo' Ghazali, Khalid Samad, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh. 1.55 petang: Kg. Baru- Peserta mula berkumpul di hadapan masjid selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi. Pasukan Unit Amal mula mengawal keadaan. Poster bantah Israel mula diedar kepada peserta di hadapan pagar masjid. Perarakan akan bermula bila-bila masa sebentar lagi. Pasukan anggota polis mula berkawal. |
Monday, May 31, 2010
Israel LaknatuLLah serang Konvoi kemanusiaan ke Gaza..(video)
Laman web Haluan Palestin yang memetik laporan dari live streaming IHH melaporkan bahawa dua orang yang telah meninggal dunia dan hampir 30 orang tercedera kerana serangan helikopter dari Israel.
Belum ada keterangan mengenai siapa yang terkorban dan yang tercederaa tersebut.
Serangan yang dilakukan Israel itu dilakukan saat kapal Mavi Marmara sedang berada di perairan antarabangsa. menurut laporan dari berita CNN yang mana buat masa sekarang ini difahamkan seorang lagi telah meninggal dunia , dengan angka yang terbaru 3 orang mati dan manakala berpuluh lagi cedera. Israel yang tidak mengendahkan ancaman dari negara lain supaya tidak menyerang konvoi tersebut telah membuktikan kekejaman mereka kepada dunia. Apa lagi yang ditunggu oleh negara islam lain yang masih menyepikan diri sedangkan mereka antara negara yang terkuat di Asia tengah.
Negara arab bagaikan telah menempah Neraka Jahanam setelah tidak bertindak untuk melindungi negara yang ditindas seperti di GAZA.
Ulama Umno bakar kapal- Dr Mohd Asri

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.
Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.
![]() |
Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.
Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.
Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.
Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.
Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.
baca lagi klik disini
Thursday, May 27, 2010
Senarai 10 orang terkaya di Malaysia 2010
BERIKUT merupakan senarai 10 orang terkaya di Malaysia menurut Forbes Asia:
Robert Kuok1) Robert Kuok AS$12 bilion (RM39b), 86, berkahwin, 8 orang anak. Sumber: Pelbagai.
T. Ananda Krishnan2) T. Ananda Krishnan AS$8.1 bilion (RM27b), 72, berkahwin, 3 orang anak. Sumber: Telekomunikasi.
Tan Sri Lee Sin Cheng3) Tan Sri Lee Shin Cheng AS$4.6 bilion (RM15b), 71, berkahwin, 6 orang anak. Sumber: Kelapa sawit.
4) Puan Sri Lee Kim Hua dan keluarga AS$3.9 bilion (RM13b), 81, janda, 6 orang anak. Sumber: Perjudian.
Tan Sri Quek Leng Chan5) Tan Sri Quek Leng Chan AS$3.85 bilion (RM13b), 69, berkahwin, 3 orang anak. Sumber: Pelbagai.
Tan Sri Teh Hong Piow6) Tan Sri Teh Hong Piow AS$3.8 bilion (RM12.5b), 80, berkahwin, 4 orang anak. Sumber: Perbankan.
Tan Sri Yeoh Tiong Lay7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan keluarga AS$2.5 bilion (RM8.2b), 80, duda, 7 orang anak. Sumber: Pelbagai.
Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary AS$1.7 bilion (RM5.5b), 58, berkahwin, 5 orang anak. Sumber: Pelbagai.
Tan Sri Vincent Tan9) Tan Sri Vincent Tan AS$1.6 bilion (RM5b), 58, berkahwin, 11 orang anak. Sumber: Pelbagai.
10) Tan Sri Tiong Hiew King AS$1.2 bilion (RM4b), 75, berkahwin, 4 orang anak. Sumber: Pembalakan.
Dimanakah Umno yang selama ini memperjuangkan melayu kalau hanya seorang yang top 10 terkaya di Malaysia ? sedangkan banyak peluang yang sepatut diberikan kepada orang melayu dan sudah pasti ramai lagi orang melayu yang akan menjadi kaya raya. Kalau difikirkan sebenarnya orang melayu juga pandai berniaga namun oleh kerana terlalu banyak halangan yang ditimbulkan oleh kerajaan dan orang melayu yang kekurangan modal dan juga pengalaman seharusnya diberikan peluang untuk membaiki kelemahan ini namun oleh kerana umno tidak mahu melihat ramai diantara orang melayu kaya sebab itulah berbagai syarat diberikan dan yang mempunyai harta dan modal yang banyak dapat membeli segala halangan yang disyaratkan oleh kerajaan.
PJ Pas Pahang berjaya serah Memo bantah judi bola kepada MB Pahang.
Program Penyerahan memorandum bantahan "Lesen Judi Bola" yang diadakan hari ini berjaya mencapai matlamatnya. Penyerahan itu yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah diterima oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang di pejabat MB sekitar jam 11.00 pagi tadi. Turut mengiringi beliau semasa penyerahan memorandum itu ialah YB Choi Siew Onn (DAP), Ram Ponnusamy dan Hj.Zahari (PKR) dan Ustaz Suhaimi Said (PAS). Seramai hampir 100 orang penyokong telah mula berhimpun di perkarakan Masjid Sultan Hj.Ahmad Shah I sejak awal pagi lagi. Turut kelihatan beberapa orang anggota polis yang mengawal keadaan termasuk juga dari Cawangan Khas (SB). Sekitar jam 10.30 pagi, Dato' Tuan Ibrahim memberikan sedikit ucapan kepada mereka yang hadir. Antara lain beliau mahu semua rakyat tidak kira apa jua fahaman politik, agama dan kaum agar menyokong bantahan ini. "Kita sudah terlepas dari tanggunjawab apabila ditanya oleh Allah di akhirat kelak" katanya. Selepas berucap, kelihatan Ketua Polis Daerah Kuantan (OCPD) Tuan Jasmani Yusof bertemu dengan Dato' Tuan Ibrahim. Atas kerjasama yang diberikan oleh pihak polis, maka Dato' Tuan akhirnya bersetuju hanya wakil parti sahaja dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut di pejabat MB. Kerjasama pihak polis amat baik dan dihargai. Malah, mereka juga turut mengawal keadaan sekiranya berlaku kekecoahan dan sebagainya. Selepas menyerahkan memorandum, semua pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir telah bersama-sama mengedarkan risalah bantahan tersebut kepada oranf ramai disekitar Padang MPK di hadapan masjid. Mereka kemudian menjamu selera di sebuah restoran berhampiran.
sumber/link
Wednesday, May 19, 2010
Himpuan besar-besaran bantah lesen judi 3 Julai
KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini.
Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, himpunan tersebut akan bermula di masjid negara sebelum bergerak ke Istana negara.
"Pada himpunan tersebut, kita akan menyerahkan memorandum kepada Tuanku, agar mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang telah diberikan," katanya kepada Harakahdaily selepas mesyuarat dewan harian Pemuda PAS Pusat petang ini.
Biarpun menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak, kerajaan awal bulan ini tetap meneruskan hasrat meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.
Menurut Nasruddin lagi, sebelum himpunan besar itu, satu himpunan serentak di seluruh negara akan di adakan pada Jumaat, 21 Mei ini di masjid negeri masing-masing.
Ianya akan disusuli dengan penyerahan memorandum kepada mufti negeri masing-masing bagi tujuan sama.
"Bemula hujung Mei hingga ke penghujung bulan Jun, kita juga akan menggerakkan usaha untuk menyerahkan memorandum kepada mufti di setiap negeri dan menggesa mereka membawa kepada Majlis Mufti agar mendesak kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi itu," tambahnya lagi.
Sepanjang tempoh menjelang himpunan 3 Julai itu juga, dewan pemuda PAS katanya akan mengadakan roadshow ke seluruh negara bagi memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan itu.
"Sepanjang Jun ini, kita akan turun ke setiap negeri bagi memperjelaskan implikasi judi kepada rakyat negara ini dan menyeru mereka agar tidak terlibat dalam kancah perjudian tersebut," jelasnya.
Saturday, May 15, 2010
Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh
![]() |
Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.
Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.
Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad.
Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
![]() |
Selepas itu, tiba giliran Khairul Annuar pula berucap. Ketika beliau sedang berucap, anggota polis naik ke pentas untuk merampas pembesar suara.
Khairul Annuar bagaimanapun meneruskan ucapannya tanpa pembesar suara.
Pada masa yang sama, kelihatan Kamaruzzaman berunding dengan pegawai polis di belakang pentas.
K
![]() |
Bagaimanapun, katanya, pihak polis hanya membenarkan mereka meneruskannya selama lima minit sahaja.
Pihak polis juga kemudiannya memulangkan pembesar suara yang dirampas sebelum ini.
Bagaimanapun, tidak sampai dua minit penceramah berikutnya berucap, anggota polis naik semula ke pentas untuk merampas pembesar suara tersebut.
Ketika itu berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik sehingga ada yang terjatuh dari pentas.
E
![]() |
Bagaimanapun, katanya, pihak polis mengarahkan beliau supaya meminta orang ramai beredar dari situ.
Ekoran itu, katanya, beliau terus meminta orang ramai beredar.
Difahamkan seorang pemuda ditahan ketika kekecohan berlaku di pentas tetapi kemudiannya dilepaskan.
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.
Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.
Sebelum Timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara oleh Kerajaan PAS Terengganu selepas Pilihan raya Umum kesepuluh lalu.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Bachok berkata, baru dua hari lepas, allahyarham menerangkan struktur Perlembagaan PAS kepada tetamu luar PAS di JKR 10, Kota Bharu.










