Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Friday, June 19, 2009

Umno dan Media melagakan kepimpinan

Kecoh dan mengelirukan, itu saja yang dapat dinyatakan oleh ahli Pas yang begitu keliru setelah kecohnya kepimpinan dan terjadinya ketidakstabilan politik dalam Pas, Umno bertepuk tangan tanda gembira dengan situasi sekarang, ini yang dikehendaki Umno sebenarnya melihat perpecahan dalam Pas, yang ruginya ahli Pas yang sudah ada keyakinan sebelum ini untuk memenagi setiap PRK yang ada, kalau dah terjadi sebegini ada yang menyatakan ketidak yakinan untuk kita menang, begitu juga dengan penyokong yang melihat apa yang berlaku sekarang seumpama suatu pepecahan yang teruk dalam Pas, sebenarnya tidak begitu, yang menjadi dalang dalam perkara ini adalah Umno itu sendiri dan yang menjadi pelaksananya adalah Media arus perdana yang selama ini cuba untuk membantu Umno memecahbelahkan Pas dan juga Pakatan Rakyat. Setelah mendapat penjelasan dalam mesyuarat pemuda pas Kawasan di sini, memberikan keyakinan kepada kami pemuda bahawa isu ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat, Perkara begini cuma perlukan perbincangan dan perjumpaan yang selalu diamalkan dalam Pas jika ada isu yang berbangkit. Umno akan berputih mata jika mereka tahu akan perkara sebenarnya dan kepada ahli Pas dan juga penyokong harus bersabar dan jangan terperdaya dengan mainan politik Umno dan media arus perdana yang cuba memecahbelahkan kita, Sepatutnya kita sudah tahu mainan politik Umno ini dan kita tidak seharusnya terus mempercayai dengan dengan dakyah dan percubaan Umno ini untuk menjadikan kepimpinan kita bertelagah, tak pernah seorang Perdana Menteri yang bernama Najib yang begitu yakin dengan keikhlasan Tok GuruHj Hadi, kalau bukan untuk membuatkan orang rasa benci dan ragu dengan Tok GuruHj Hadi, ini lah permainan yang sudah lama dirancang oleh Najib dan mengambil kesempatan dengan kerajaan perpaduan ini. Tok Guru Nik Aziz seorang yang dihormati dalam Pas dan orang Umno sendiri hormatinya. Dia berhak menegur dan mempertahankan apa yang difikirkan perlu, itulah bezanya Umno dengan Pas, Dalam Pas jika sesuatu yang boleh menjejaskan Parti akan ada yang menegur dan sesungguhnya dalam Islam pasti adalah menjadi kewajipan untuk menegur jika ada kepincangan dalam pentabiran meskipun yang ditegur itu prasiden sendiri. Percayalah semua Ahli Pas dan juga Penyokong Pas , Insya'Allah perkara ini akan ditangani dengan baik oleh kepimpinan kita, harap semua bersabar dan jangan melatah tak tentu pasal...

Wednesday, June 17, 2009

UBN Terus Melakukan Kesilapan Yang Sama


Catatan dari Mohd Sayuti Omar (msomelayu.blogspot.com)

BIASANYA orang yang melakukan kesilapan yang sama adalah orang yang bodoh! Orang yang tidak bersekolah. Otaknya lembab dan bebal. Kurang sel! Orang cerdik tidak akan melakukan kesilapan lebih daripada sekali atau sekurang-kurangnya dua kali. Kesilapan kali pertama boleh dikatakan kerana kelemahan semula jadi manusia kerana dia adalah mahluk dicipta bukannya Pencipta.


Manakala kesilapan kali kedua kerana kesilapan pertama tidak diperbaiki disebabkan kelalaian ataupun kekurangan ilmu. Tetapi kalau melakukan kesilapan yang sama lebih daripada dua kali ternyata orang itu bodoh. Bodoh sengoti, kata orang Kelantan. (Tak faham sila telefon).


Apabila Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed telah membuat janji untuk menjadikan kawasan Manik Urai sebagai anak angkat sekiranya UBN memenangi pilihan raya kecil 14 Julai nanti, ia satu janji dan strategi politik yang bodoh.


Kata Mustapa bila dijadikan anak angkat kawasan itu akan dibawa banyak projek. Pembangunan prasarana akan dibina di kawasan berkenaan. Maka akan jadi bermanik-maniklah Manik Urai!


Orang Manik Urai hanya mengangguk-ngangguk mendengar janji itu dan bila sampai di rumah mereka akan tersenyum sendiri dan akan dikongsi dengan bini dalam selimut, geli hati dengan janji Menteri MITI itu. Mustapa sudah silap bila menabur gula yang sama kepada kumpulan semut yang sudah ‘celika’ dan tahu akan tujuan gula itu ditabur. Orang Manik Urai bukan bodoh. Mereka sudah celik mata dan 'celik' telinga.


Cara janji Mustapa itu juga cuba merendahkan taraf pemikiran dan politik orang Manik Urai. Walaupun mereka duduk jauh di pedalaman tetapi mereka tahu apa yang berlaku di sekitar dunia luar. Apa lagi mengenai politik yang merupakan sebahagian menu sarapan pagi mereka di kedai-kedai kopi yuang berderetan di Manik Urai. Benar mereka tidak tahu mengenai pasaran saham Hong Kong, Jepun, London atau Amerika, tetapi mereka tahu bagaimana denyut nadi politik Pas dan Umno. Jantung politik Pas dan Umno Kelantan sentiasa dalam dada mereka.


Mereka tahu dan kenal siapa dia Annuar Musa. Apa yang Annuar pernah lakukan. Apa dosa-dosa besar dan dosa kecil Annuar. Dengan siapa Annuar digossipkan. Begitu juga mereka tahu dan kenal siapa dia Husam Musa. Bahkan kalau disebut baju petak-petak merah pun mereka sudah kenal wajarnya. Itulah menunjukkan orang Manik Urai sangat ‘makrifah’ dengan dunia politik siasah.


Janji sebegitu bukan yang baru bagi UBN. Janji itu adalah perulangan janji-janji lama yang meloyakan. Di mana-mana ada pilihan raya, janji-janji lunak begitu berlori-lori ditaburkan. Masa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, Pasir Mas akhir tahun 2006 dulu itulah juga janji yang ditaburkan. Mulut itu jugalah yang mengukir janji berkenaan. Kalau Pengkalan Pasir dimenangi UBN, kawasan itu kononnya akan dimajukan segala prasarana akan dibawa ke situ.


Mendengar segala janji ditaburkan pada masa itu seolah seluruh kawasan Pengkalan Pasir akan padat dan penuh dengan projek. Seolah-olah seluruh jalan di kawasan itu bukan lagi diturap dengan tar tetapi diturap dengan gansa dan perak. Tiang lampunya diperbuat dari testil. Setiap orang di Permatang Pasir bukan lagi pakai baju pagoda tetapi pakai baju besi...


Tetapi apa jadi selepas UBN memenangi kawasan berkenaan? Nah, tegok dan pergilah jenguk sendiri. Pengkalan Pasir masih menjadi pengkalan yang berpasir dan dilanduni air bila hujan lebat turun. Longkang masih tersumbat dan jalan belum sempurna sepenuhnya. Apa yang ada kini nasib baiklah kerajan Pas yang sesak dan miskin lakukan. Kalau harapkan kepada UBN habuk pun tadak!


Strategi berjanji tetapi tidak tunai tidak diterima rakyat lagi. Cara Mustapa lakukan salah. Ia tidak akan mengubah pendirian orang Manik Urai. Orang Manik Urai tidak pun akan merasa terhibur dengan janji-janji demikian. Mereka juga tahu hanya seminggu dua ini sahaja pembesar negeri singgah di kawasan mereka. Selama ini mereka sunyi dan hidup di kalangan mereka sahaja. Tiada ada mana-mana pembesar yang berkunjung ke tempat mereka jauh sekali untuk duduk-duduk bersembang di atas jemburan atau tangga.


Kerana itu mereka tidak merasakan orang lain sebagai pemimpin mereka, melainkan Allahyarham Ismail Yaacob atau Pak Su Weil saja. Kerana Pak Su Weillah yang bersiang bermalam dengan mereka. Apa orang nak bilang pada Pak Su Weil, tetapi Pak Su Weillah hero mereka. Pak su Weillah tempat menggantung harap!


Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang, seorang anak raja yang berjiran dengan kawasan mereka, seorang pakar ekonomi dan hampir-hampir nak jadi Perdana Menteri, mereka tidak pun merasakan Tengku Razaleigh adalah pemimpin mereka.


Ramzi Abdul Rahman, Ketua Umno Bahagian Kuala Krai ada rumah tinggi atas bukit di Jelwang, mereka tidak merasakan Ramzi sebagai pemimpin mereka. Ataupun Zulkefli Yaacob bekas Adun Guchil (ada Mercedez putih) dan sepupunya Abdul Latif Abdul Rahman yang juga Ketua Pas Kawasan Kuala Krai juga mereka tidak merasakan kedua ustaz itu sebagai pemimpin mereka. Yang mereka lihat dan ingat sebagai pemimpin dan tokoh mereka hanya Pak Su Weil. Sebab itu Pak Su Weil tidak pernah kalah dan boleh menang sampai lima kali. Walaupun Pak su Weil terbaring dalam ward tetapi masih menang sebagai timbalan ketua Pas Kuala Krai.


Kenapa keadaan jadi begini. Kerana selama ini tidak ada mana-mana orang nak pedulikan mereka. Nasib mereka dibiarkan dengan mereka sesama mereka saja uruskan. Kalau ada sesekali datang menjenguk pun kerana ada tujuan lain bukan ikhlas untuk bertanya khabar mengenai kehidupan mereka.


Jadi bila tiba-tiba seminggu dua ini baru ada pemimpin tergila nak singgah dan bertanya berapa harga pot (getah sekerap) sekarang, atau durian berbuah atau tidak, atau datang untuk bagi benih ikan keli, ia tidak memberi bekas. Mereka sudah tahu pertanyaan itu hanya menanam tebu di bibir mulut saja.


Kalau hanya seminggu dua ini baru ada pemimpin turun nak belajar toreh getah ia tidak juga merujakan mereka. Mungkin tupai, kera, musang genggalung dan 'kangka' binatang macam beruk tetapi kening putih bergerak secara melompat sahaja yang terkejut bila ada timbalan menteri tiba-tiba pergi toreh getah.


Mungkin segala unggas dan haiwan itu berfikir bahawa keadaan ekonomi negara ditangan Najib Razak ini sudah terlalu teruk sangat sampai timbalan menteri pun terpaksa mengambil upah toreh getah di Manik Urai!


Kalau Mustapa dan mana-mana pemimpin ikhlas dan suci hati nak bangunkan Manik Urai atau kawasan luar bandar jangan tunggu bila ada pilihan raya. Mustapa boleh jadikan mana-mana saja kawasan yang daif, ketinggalan untuk dijadikan anak angkat. Bila diambil anak angkat selepas ada pilihan raya jelas sangat ianya tidak ikhlas dan tindakan bermotif politik jangka pendek dan segera yang bodoh.


Jangan haraplah UBN akan mencapai kemenangan dengan cara itu. Melainkan kalau awal-awal lagi UBN jadikan anak angkat seluruh kawasan dimenangi Pas, mungkin ia akan membawa keuntungan kepada UBN. Bila ada pilihan raya kecil mereka tidak payah susah-susah lambakan janji manis, rasuah dan pasang papan tanda baru mengenai projek itu dan projek ini. Bila mereka sudah lama dianakangkatkan mereka sudah merasa dan bila ada pilihan raya mereka terus pilih UBN.


Jadi kepada Mustapa dan pemimpin UBN lain janganlah merendahkan minda orang Manik Urai dengan janji-janji molok begitu. Bawalah pendekatan dan pendidikan politik yang boleh mendidik jiwa dan minda. Dan cubalah belajar berpolitik daripada orang kampung yang jujur, ikhlas dan tidak mengharap apa-apa benda keduniaan melainkan Allah. [d'kota kl 11:15 am 14/06/09]

Tuesday, June 16, 2009

SENARAI PEMIMPIN PEMUDA PAS PUSAT


Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

Berikut merupakan senarai tersebut:

Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Mohd Zohdi Marzuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

Sunday, June 14, 2009

KULIAH DAN MALAM KESENIAN ISLAM DI TAMAN TAS



Pemuda Taman Tas akan mnganjurkan kuliah maghrib yang akan disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang Ustaz Suhaimi Saad selepas solat maghrib dan seterus akan diadakan malam amal kesenian islam iaitu konsert nasyid oleh juara nasyid TV9 Saudara Azhan bermula pukul 10.00 mlm, sebelum itu akan diadakan tanyangan LCD selepas solat Isya' bertajuk diambang Kiamat dan kemungkinan Ustaz Suhaimi Saad akan menyampaikan ceramah ringkas pada malam itu sebelum bermulaanya konsert tersebut dijemput beramai-ramai semua penduduk Taman Tas khasnya dan penduduk Kuantan Amnya untuk menghadirkan diri bersama-sama keluarga bagi memeriahkan konsert tersebut yang akan diadakan pada hari Ahah 21 June 2009 di Markaz Pas Taman Tas (Pasti Al-huda)

Saturday, June 13, 2009

Kembalinya Syeikh Fathi Yakan ke Rahmatullah


Al-ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita sebentar tadi (1933 – 2009), pd usia 76tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' :


Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950.
Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.

JANGAN MUDAH PERCAYA, Media sedang melagakan kita....

Salam sahabat-sahabat seperjuangan,

Kita janganlah mudah percaya kepada berita, perkhabaran dan maklumat; tapislah dulu, siasat dulu, jangan mudah percaya. Kekadang kita lebih percayakan surat khabar daripada sahabat sendiri.

Adalah merupakan satu kesalahan besar jika kita mudah mempercayai isu yang sedang berlaku mengenai sahabatmu, atau mudah menuduhnya telah melakukan perbuatan yang menyakitkan,hanya berdasarkan kepada khabar angin dan isu yang diterima. Padahal anda tidak melihatnya dengan mata kepala sendiri, bahkan tidak sesuai dengan yang anda ketahui dari kebiasaannya.

Waspadalah, kerana banyak yang dengki kepada orang-orang yang terikat dalam jalinan ukhuwah. Para pendengki tersebut mempunyai kecemburuan yang sangat tinggi, mereka tidak suka melihat hubungan tulus yang begitu kuat mengikat orang-orang yang bersahabat, mereka tidak tenang selama tali ukhuwwah tersebut belum terurai dan para sahabat bercerai-berai.

Abu Darda' berkata: "Turutilah saudaramu dan berlaku lembutlah kepadanya, jangan mudah terpedaya oleh khabar yang disampaikan oleh orang-orang yang dengki dan memusuhi saudaramu. Besok ajalnya akan tiba, kamu akan merasa kehilangannya. Buat apa kamu menangis setelah kematiannya, padahal selama hidup kamu menjauhinya.

Suatu hal penting yang perlu anda perhatikan adalah, terkadang sikap anda membuat para pendengki menebarkan boleh hasutannya, seperti jika anda terlalu menampakkan cinta yang berlebihan terhadap sahabatmu di hadapan mereka. Mungkin anda mengira mereka suka melihatnya, kerana yakin bahawa seharusnya mereka seperti anda yang menyukainya, padahal mereka berbalik iri ketika mendengar ucapanmu. Bahkan kerana anda sering terlihat menjumpai sahabat, dapat memicu perasaan tidak suka, mereka cemburu dan dengki, lalu mencuba untuk menghancurkan kemesraan hubunganmu dengannya. Untuk itu, pandai-pandailah dalam mengungkapkan isi hati kepada sahabatmu ketika berada di tengah-tengah orang banyak.

Sekian, terima kasih.
Sedutan dari buku Virus-Virus Ukhuwwah oleh
Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah

Friday, June 12, 2009

KENYATAAN ANWAR BERHUBUNG KERAJAAN PERPADUAN


Kenyataan Media DSAI Berhubung Pengukuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat
11 Jun 2009

Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar-gembur oleh media UMNO-BN tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-UMNO yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden PAS. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.


ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Baru Kembali

Assalamualaikum semua, Kepada pelayar yang dihormati, begitu lama tak update blog oleh kerana saya terpaksa ke Sanya China kerana urusan kerja yang perlu saya uruskan setiap tahun. Baru je sampai Kuantan, selama 9 hari dan sekarang selamat sampai kepangkuan keluarga, pengalaman di China banyak yang dapat dikongsi agaknya. Dengan penyebaran penyakit yang datang dari Allah H1N1 menyebabkan banyak negara yang berjaga dan begitu halus jaganya semasa menerima tetamu dari luar, memandangkan dengan keadaan itu maka keselamatan diperketatkan dan mengambil masa yang agak lama untuk lepas dari kastam, di Guangzhou China mengambil masa hampir 2 jam untuk melepasi keadaan selamat dan pergi ke destinasi seterusnya. Semasa di perjalanan dalam Kapal terbang membuatkan saya selalu teringat dan berdoa kepada Allah SWT agar melancarkan perjalanan, cuaca yang begitu teruk menyebabkan kami tak dapat mendarat di Guangzhou Airport hampir 30 minit berligar-ligar diruang angkasa Guangzhou. Dengan bantuan dari Allah SWT maka dapat mendarat dengan selamatnya. Sampai di Sanya Airport pada malam hari dan menginap disebuah hotel yang dah ada internet tapi malangnya tak dapat digunakan disebabkan dalam penyelengaraan. Oleh kerana itu maka saya tak dapat input dari Malaysia dan dalam masa yang sama tak dapat update blog. Insya Allah saya akan cuba untuk mengemaskini blog ini untuk maklumat anda, wassalam.

Tuesday, June 2, 2009

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Runtuh

Stadium bernilai RM 280 juta yang baru saja beroperasi setahun lalu kini rebah menyembah bumi. Stadium yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu kini tidak boleh digunakan lagi memandangkan sebahagian bumbung dan tempat duduk telah musnah dalam runtuhan yang berlaku awal pagi ini. Pihak bomba telah mengesahkan tiada kemalangan jiwa tapi telah meranapkan beberapa kenderaan yang diletakkan berhampiran dengan tempat kejadian. Runtuhan melibatkan bumbung grandstand sepanjang 80 meter termasuk tempat duduk DiRaja juga musnah dihempap oleh bumbung berkenaan. Kejadian ini tidak memeranjatkan juruperunding kerana mereka telah menyatakan kebimbangan mereka tentang bumbung tersebut kerana ianya tidak stabil dan kontrakor yang melakukan kerja pembinaan oleh kontraktor asing dan diselia oleh Jabatan Kerja Raya. Beginilah jika projek 'mee segera' dilakukan dan menyebabkan berlaku kerja-kerja yang tidak mengikut kualiti yang sepatutnya. Jika runtuhan ini berlaku pada masa stadium tersebut penuh dengan penonton yang boleh memuatkan seramai 50,000 penonton dalam satu-satu masa dan juga dihadiri Kerabat diRaja mungkin ramai yang akan terkorban termasuk kerabat diRaja, kerana runtuhan itu juga merangkumi granstand diRaja. Siapa yang akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku, mereka yang bertanggungjawab harus bershukur kepada Allah SWT kerana perkara ini berlaku tanpa meragut nyawa. Beginilah jika kita terlalu angkoh dengan Allah SWT sehinggakan tidak lagi mengamalkan ajaran Allah SWT supaya mengharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang seringkali diambil ringan tentang itu. Sukan yang tidak mengikut garis panduan Islam supaya menutup aurat dan menggalakkan orang Islam kepada kehancuran Akhlak. Pihak yang tertentu perlu mengambil iktibar dengan kejadian ini dan bertaubat kepada Allah SWT supaya apa saja yang kita lakukan dan bina haruslah mengikut landasan-landasan Islam sepenuhnya. Apa saja yang berlaku kita hendaklah kembali Kepada Allah SWT.

Monday, June 1, 2009

20 ribu ahli kelab penyokong Pas

Pas sekarang boleh berbangga dengan angka yang terbaru dengan kelab penyokong Pas, yang lebih penting lagi golongan bukan islam kini sudah mula mendekati dan yakin dengan pemerintahan Islam yang dibuktikan oleh Pas di Kelantan dan juga negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, Dakyah yang dibawa oleh Umno dengan memburukkan nama baik Islam dimata orang bukan Islam selama ini mungkin sudah terkubur. Rakyat sudah tahu sekarang mana yang baik dan yang buruk, pemerintahan yang ditunjukkan oleh Umno-BN selama 50 tahun telah menyebabkan orang bukan islam boleh menilai dan melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Pas dalam pemerintahan Islam adalah yang terbaik dan menbuktikan Islam tidak menindas orang bukan Islam. Pekefaham orang bukan Islam tentang Islam terserlah kini dan ini yang sangat ditakuti oleh Umno-Bn kerana penglibatan mereka(Umno) dalam memberi penerangan yang salah terhadap Pas telah ditolak dan orang bukan Islam kini lebih faham tentang Islam daripada Umno itu sendiri, jika tidak mereka sudah lama sokong Pas dalam memertabatkan Islam dibumi Malaysia ini. Tahniah kepada Dr Mujahid dengan peranannya yang begitu terserlah sehinggakan dapat mengumpul orang bukan Islam dalam satu kelab yang mungkin akan dijadikan satu sayap dalam Pas, Insya'Allah.

..Penulis adalah ketua Lajnah antara kaum di Pas cawangan Taman Tas, tugas ini kini terasa lebih senang untuk dilakukan dengan kefaham orang bukan islam terhadap islam dan ramai diantara mereka yang tidak lagi takut dengan Pas. Sesiapa yang berminat untuk menjadi Ahli Kelab Penyokong Pas bolehlah menghubungi ana 013-9404449. atau layari http://tamantassyabab.blogspot.com untuk maklumat lanjut.