Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Tuesday, June 16, 2009

SENARAI PEMIMPIN PEMUDA PAS PUSAT


Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

Berikut merupakan senarai tersebut:

Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Mohd Zohdi Marzuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

Sunday, June 14, 2009

KULIAH DAN MALAM KESENIAN ISLAM DI TAMAN TAS



Pemuda Taman Tas akan mnganjurkan kuliah maghrib yang akan disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang Ustaz Suhaimi Saad selepas solat maghrib dan seterus akan diadakan malam amal kesenian islam iaitu konsert nasyid oleh juara nasyid TV9 Saudara Azhan bermula pukul 10.00 mlm, sebelum itu akan diadakan tanyangan LCD selepas solat Isya' bertajuk diambang Kiamat dan kemungkinan Ustaz Suhaimi Saad akan menyampaikan ceramah ringkas pada malam itu sebelum bermulaanya konsert tersebut dijemput beramai-ramai semua penduduk Taman Tas khasnya dan penduduk Kuantan Amnya untuk menghadirkan diri bersama-sama keluarga bagi memeriahkan konsert tersebut yang akan diadakan pada hari Ahah 21 June 2009 di Markaz Pas Taman Tas (Pasti Al-huda)

Saturday, June 13, 2009

Kembalinya Syeikh Fathi Yakan ke Rahmatullah


Al-ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita sebentar tadi (1933 – 2009), pd usia 76tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' :


Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950.
Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.

JANGAN MUDAH PERCAYA, Media sedang melagakan kita....

Salam sahabat-sahabat seperjuangan,

Kita janganlah mudah percaya kepada berita, perkhabaran dan maklumat; tapislah dulu, siasat dulu, jangan mudah percaya. Kekadang kita lebih percayakan surat khabar daripada sahabat sendiri.

Adalah merupakan satu kesalahan besar jika kita mudah mempercayai isu yang sedang berlaku mengenai sahabatmu, atau mudah menuduhnya telah melakukan perbuatan yang menyakitkan,hanya berdasarkan kepada khabar angin dan isu yang diterima. Padahal anda tidak melihatnya dengan mata kepala sendiri, bahkan tidak sesuai dengan yang anda ketahui dari kebiasaannya.

Waspadalah, kerana banyak yang dengki kepada orang-orang yang terikat dalam jalinan ukhuwah. Para pendengki tersebut mempunyai kecemburuan yang sangat tinggi, mereka tidak suka melihat hubungan tulus yang begitu kuat mengikat orang-orang yang bersahabat, mereka tidak tenang selama tali ukhuwwah tersebut belum terurai dan para sahabat bercerai-berai.

Abu Darda' berkata: "Turutilah saudaramu dan berlaku lembutlah kepadanya, jangan mudah terpedaya oleh khabar yang disampaikan oleh orang-orang yang dengki dan memusuhi saudaramu. Besok ajalnya akan tiba, kamu akan merasa kehilangannya. Buat apa kamu menangis setelah kematiannya, padahal selama hidup kamu menjauhinya.

Suatu hal penting yang perlu anda perhatikan adalah, terkadang sikap anda membuat para pendengki menebarkan boleh hasutannya, seperti jika anda terlalu menampakkan cinta yang berlebihan terhadap sahabatmu di hadapan mereka. Mungkin anda mengira mereka suka melihatnya, kerana yakin bahawa seharusnya mereka seperti anda yang menyukainya, padahal mereka berbalik iri ketika mendengar ucapanmu. Bahkan kerana anda sering terlihat menjumpai sahabat, dapat memicu perasaan tidak suka, mereka cemburu dan dengki, lalu mencuba untuk menghancurkan kemesraan hubunganmu dengannya. Untuk itu, pandai-pandailah dalam mengungkapkan isi hati kepada sahabatmu ketika berada di tengah-tengah orang banyak.

Sekian, terima kasih.
Sedutan dari buku Virus-Virus Ukhuwwah oleh
Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah

Friday, June 12, 2009

KENYATAAN ANWAR BERHUBUNG KERAJAAN PERPADUAN


Kenyataan Media DSAI Berhubung Pengukuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat
11 Jun 2009

Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar-gembur oleh media UMNO-BN tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-UMNO yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden PAS. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.


ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Baru Kembali

Assalamualaikum semua, Kepada pelayar yang dihormati, begitu lama tak update blog oleh kerana saya terpaksa ke Sanya China kerana urusan kerja yang perlu saya uruskan setiap tahun. Baru je sampai Kuantan, selama 9 hari dan sekarang selamat sampai kepangkuan keluarga, pengalaman di China banyak yang dapat dikongsi agaknya. Dengan penyebaran penyakit yang datang dari Allah H1N1 menyebabkan banyak negara yang berjaga dan begitu halus jaganya semasa menerima tetamu dari luar, memandangkan dengan keadaan itu maka keselamatan diperketatkan dan mengambil masa yang agak lama untuk lepas dari kastam, di Guangzhou China mengambil masa hampir 2 jam untuk melepasi keadaan selamat dan pergi ke destinasi seterusnya. Semasa di perjalanan dalam Kapal terbang membuatkan saya selalu teringat dan berdoa kepada Allah SWT agar melancarkan perjalanan, cuaca yang begitu teruk menyebabkan kami tak dapat mendarat di Guangzhou Airport hampir 30 minit berligar-ligar diruang angkasa Guangzhou. Dengan bantuan dari Allah SWT maka dapat mendarat dengan selamatnya. Sampai di Sanya Airport pada malam hari dan menginap disebuah hotel yang dah ada internet tapi malangnya tak dapat digunakan disebabkan dalam penyelengaraan. Oleh kerana itu maka saya tak dapat input dari Malaysia dan dalam masa yang sama tak dapat update blog. Insya Allah saya akan cuba untuk mengemaskini blog ini untuk maklumat anda, wassalam.

Tuesday, June 2, 2009

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Runtuh

Stadium bernilai RM 280 juta yang baru saja beroperasi setahun lalu kini rebah menyembah bumi. Stadium yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu kini tidak boleh digunakan lagi memandangkan sebahagian bumbung dan tempat duduk telah musnah dalam runtuhan yang berlaku awal pagi ini. Pihak bomba telah mengesahkan tiada kemalangan jiwa tapi telah meranapkan beberapa kenderaan yang diletakkan berhampiran dengan tempat kejadian. Runtuhan melibatkan bumbung grandstand sepanjang 80 meter termasuk tempat duduk DiRaja juga musnah dihempap oleh bumbung berkenaan. Kejadian ini tidak memeranjatkan juruperunding kerana mereka telah menyatakan kebimbangan mereka tentang bumbung tersebut kerana ianya tidak stabil dan kontrakor yang melakukan kerja pembinaan oleh kontraktor asing dan diselia oleh Jabatan Kerja Raya. Beginilah jika projek 'mee segera' dilakukan dan menyebabkan berlaku kerja-kerja yang tidak mengikut kualiti yang sepatutnya. Jika runtuhan ini berlaku pada masa stadium tersebut penuh dengan penonton yang boleh memuatkan seramai 50,000 penonton dalam satu-satu masa dan juga dihadiri Kerabat diRaja mungkin ramai yang akan terkorban termasuk kerabat diRaja, kerana runtuhan itu juga merangkumi granstand diRaja. Siapa yang akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku, mereka yang bertanggungjawab harus bershukur kepada Allah SWT kerana perkara ini berlaku tanpa meragut nyawa. Beginilah jika kita terlalu angkoh dengan Allah SWT sehinggakan tidak lagi mengamalkan ajaran Allah SWT supaya mengharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang seringkali diambil ringan tentang itu. Sukan yang tidak mengikut garis panduan Islam supaya menutup aurat dan menggalakkan orang Islam kepada kehancuran Akhlak. Pihak yang tertentu perlu mengambil iktibar dengan kejadian ini dan bertaubat kepada Allah SWT supaya apa saja yang kita lakukan dan bina haruslah mengikut landasan-landasan Islam sepenuhnya. Apa saja yang berlaku kita hendaklah kembali Kepada Allah SWT.

Monday, June 1, 2009

20 ribu ahli kelab penyokong Pas

Pas sekarang boleh berbangga dengan angka yang terbaru dengan kelab penyokong Pas, yang lebih penting lagi golongan bukan islam kini sudah mula mendekati dan yakin dengan pemerintahan Islam yang dibuktikan oleh Pas di Kelantan dan juga negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, Dakyah yang dibawa oleh Umno dengan memburukkan nama baik Islam dimata orang bukan Islam selama ini mungkin sudah terkubur. Rakyat sudah tahu sekarang mana yang baik dan yang buruk, pemerintahan yang ditunjukkan oleh Umno-BN selama 50 tahun telah menyebabkan orang bukan islam boleh menilai dan melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Pas dalam pemerintahan Islam adalah yang terbaik dan menbuktikan Islam tidak menindas orang bukan Islam. Pekefaham orang bukan Islam tentang Islam terserlah kini dan ini yang sangat ditakuti oleh Umno-Bn kerana penglibatan mereka(Umno) dalam memberi penerangan yang salah terhadap Pas telah ditolak dan orang bukan Islam kini lebih faham tentang Islam daripada Umno itu sendiri, jika tidak mereka sudah lama sokong Pas dalam memertabatkan Islam dibumi Malaysia ini. Tahniah kepada Dr Mujahid dengan peranannya yang begitu terserlah sehinggakan dapat mengumpul orang bukan Islam dalam satu kelab yang mungkin akan dijadikan satu sayap dalam Pas, Insya'Allah.

..Penulis adalah ketua Lajnah antara kaum di Pas cawangan Taman Tas, tugas ini kini terasa lebih senang untuk dilakukan dengan kefaham orang bukan islam terhadap islam dan ramai diantara mereka yang tidak lagi takut dengan Pas. Sesiapa yang berminat untuk menjadi Ahli Kelab Penyokong Pas bolehlah menghubungi ana 013-9404449. atau layari http://tamantassyabab.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

Saturday, May 30, 2009

Sejarah Penderhakaan Syaitan dan Iblis kepada Allah SWT.

Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain,yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya.Iblis merasa dirinya lebih mulia,lebih utama dan lebih agung dari Adam,karena ia diciptakan dari unsur api,sedang Adam dari tanah dan lumpur.Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain,walaupun diperintah oleh Allah.

Tuhan bertanya kepada Iblis:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"
Iblis menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."
Karena kesombongan,kecongkakan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan,maka Allah menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pd.dirinya hingga hari kiamat.Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.

Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat.Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan,tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu,bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam,sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat,dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat,mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang,menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.

Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu:
"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka.Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah."




Thursday, May 28, 2009

Manek Urai:Ibrahim Ali celupar, Siapalah dia tanpa Pas dan Pakatan Rakyat

PETIKAN DARI KL Pos

Penamaan calon pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan akan diadakan pada 6 julai manakala tarikh pengundian pada 14 Julai ini. Demikian diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Sementara itu, pilihan raya Manek Urai adalah landasan terbaik kepada Barisan Nasional (BN) mendedahkan kelemahan Pas mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun, kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Beliau berkata, Pas gagal membawa perubahan serta memajukan ekonomi negeri itu, sebaliknya Pas berselindung di sebalik kelemahan Umno untuk meneruskan kelangsungan parti itu di Kelantan.

“Saya lihat pilihan raya kecil ini medan terbaik buat Umno mendedahkan kelemahan Pas Kelantan kepada rakyat, biar rakyat jelas dan tahu akan kelemahan parti itu.

“Banyak perkara boleh dipersoalkan sepanjang Pas menjadi kerajaan, dari segi ekonomi, peluang pekerjaan dan hasil negeri diperoleh daripada inisiatif kerajaan negeri. Kita tidak nampak pun semua ini,” katanya.

Ibrahim berkata, pilihan raya kecil itu perlu bersih daripada serangan peribadi terhadap parti lawan, dan Pas perlu menjawab isu dibangkitkan Umno.

Ibrahim berkata, Pas banyak menyerang parti lawannya, khususnya Umno bagi menutup kelemahan mentadbir negeri.

“Hampir 18 tahun Pas di Kelantan hanya bergantung kepada populariti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.

< Siapalah Dato Ibrahim Ali kalau bukannya Pas dan PR yang membantunya dengan kemenangan di Pasir Mas, Kalau bukan Pas yang kutip dia dari lembah kehinaan takkan kini dia boleh berbangga menjadi YB. Begitulah kalau dah bekas Umno, bagaikan anjing yang tak dapat kucing, tahi pun dihidunya..... Kalau Dato Ibrahim seorang yang popular letak jawatan dan bertanding di Manek Urai kalau berani, takut-takut akan hilang wang pertaruhan.. Umno telah menolak dan menerajang dia begitu jauh terpelanting hinggalah Pas membantu, Jangan jadi kacang lupakan kulit. kalau dah macam ni, bukan lagi kacang lupa kulit tapi kacang lupa tanah dan bakal 'bahang tanah'(ayat org Terengganu) Sedarlah wahai Dato Ibrahim Ali kerana walau macamana bodek Umno sekalipun takkan diterimanya kembali..>