Stop Lynas
IKLAN PINJAMAN
Followers
Wednesday, May 27, 2009
Kebaculan yang nyata
Tuesday, May 26, 2009
Menang Tanpa bertanding
Warkah Mohamed Hanipa Maidin
oleh :Mohamed Hanipa Maidin
Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.
Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.
Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa
a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.
b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).
c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.
YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.”
Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ).. Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.
Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.
Monday, May 25, 2009
Debat Nizar vs Zambry
PROSES perundangan dalam mencari penyelesaian kemelut politik Perak, semakin hampir kepada kemuncaknya. Ini kerana proses mahkamah untuk menentukan tuntutan Datuk Seri Nizar Jamaluddin bahawa beliau masih Menteri Besar yang sah hanya tinggal di peringkat Mahkamah Persekutuan jika beliau ingin terus merayu.
Agendadaily menerima banyak panggilan meminta siri Debat Agendadaily diadakan di antara Nizar dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Sehubungan itu, pihak kami telah menghubungi Dr Zambry mengajukan soalan sama ada beliau sedia atau tidak untuk berdebat dengan Nizar berhubung dengan kemelut politik negeri Perak itu.
Menurut Dr Zambry, beliau pada prinsipnya tidak ada halangan dan sedia untuk berhujah mengenai isu kemelut politik Perak melalui program debat yang hendak dianjurkan.
“Saya tiada ada halangan. Pada prinsipnya saya setuju,” kata beliau.
Hari Sabtu semasa dalam perjalanan ke Penanti bagi membuat liputan penamaan calon pilihan raya kecil DUN Penanti, Agendadaily kebetulan bertemu dengan Nizar di kawasan rehat Bukit Merah, Lebuhraya Utara Selatan.
Kesempatan bertemu itu tidak dilepaskan dengan terus memberitahunya bahawa Agendadaily bercadang untuk mengajurkan debat berhubung dengan isu politik negeri Perak dan Dr Zambry pada prinsipnya telah menyatakan persetujuan beliau.
“Baguslah macam tu. Kalau beliau setuju saya pun tidak ada halangan, baik sangat cadangan itu,” katanya sambil meminta agar debat itu diadakan selepas Muktamar PAS awal Jun ini kerana beliau sibuk dengan persiapan untuk muktamar parti berkenaan.
Sekiranya debat ini menjadi, ia adalah siri ketiga yang dianjurkan oleh Agendadaily setelah hampir setahun lalu, debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Chek ketika itu dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan.
Kemudiannya siri debat Agendadaily mempertemukan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri sekrang, Lim Guan Eng dalam isu tanah di Pulau Pinang.
Kedua-dua siri debat yang dianjurkan tersebut telah disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen.
Bagi debat antara Dr Zambry dan Nizar, pihak Agendadaily sedang mengadakan rundingan dengan stesen televisyen. Sekiranya mendapat kelulusan, debat berkenaan direncana akan diadakan penghujung bulan Jun 2009.
Bagi Agendadaily, tujuan debat ini dianjurkan ialah bagi membolehkan kedua-dua pihak memberikan penjelasan berhubung kemelut politik Perak secara objektif dan tidak diselubungi dengan sentimen serta emosi politik.
Malah format debat yang akan diadakan sama dengan siri debat yang lalu di mana kedua-dua pihak mendapat peluang yang sama bagi mengemukakan hujah masing-masing. Pada akhirnya rakyat dapat membuat kesimpulan tentang isu sebenar yang berlaku. / Agendadaily
Sunday, May 24, 2009
Footsal dan Usrah
24 MAY 2009, satu pertandingan footsal yang telah dianjurkan bersama oleh Dewan Pemuda Pas Kuantan dan juga Unit Amal Negeri yang berlangsung di Gelangang Footsal Kg Tiram, bermula pukul 9.00 pagi dan perlawanan telah dimulakan dengan perlawanan antara unit amal dengan DPP Paya Besar di gelangang 'C' manakala pasukan DPP Kuantan menentang DPP Indera Mahkota,Perawanan persahabatan ini adalah antara AJK-AJK DPP Kawasan masing-masing. Kemenangan telah memihak kepada pasukan dari DPP Kuantan manakala DPP Indera Mahkota pula tempat kedua dan DPP Paya besar tempat ketiga daripada tiga pasukan yang bertanding, Unit Amal pula dimenangi oleh unit amal dari Kuantan ,kedua Unit Amal Indera Mahkota dan Unit Amal Paya Besar pula ditempat ketiga, Hadiah telah disampaikan oleh YDP Kuantan Ustaz Rosli Jabar. Setelah selesai majlis semua AJK diberikan peluang untuk berkenalan antara Lajnah-Lajnah daripada Kawasan Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar. Antara yang penting dalam pertemuan yang bersantai ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi diantara AJK Kawasan dan dapat bertukar-tukar idea dan juga pengalaman yang mungkin dapat dikongsi bersama. Program yang julung kali diadakan ini mungkin dapat diteruskan dimasa akan datang agar dapat diketemukan Pemuda Pas dalam suasana yang santai dan penuh dengan ukwah dan semestinya ini juga sebagai usrah yang lebih bermakna kepada semua AJK, Tahniah kepada penganjur yang berjaya dalam program ini.
> Walaupun DPP Paya Besar telah mempunyai beberapa pemain handalan seperti Ustaz Tarmizi (Zeedann) nama samarannya ,Ustaz Hazmi penjaga gol terbaik setakat ini(yang pastinya bola tak boleh tembusi gawang kerana tak ada ruang untuk masuk, tapi masih kalah kerana tak ada stamina, penulis sendiri cedera sebelum perlawanan bermula, tapi walau bagaimanapun semangat lawan tu masih ada dan juga dapat mengeluarkan peluh.....<
Saturday, May 23, 2009
Hakim dan Kehakiman
Friday, May 22, 2009
Ribuan iringi perjalanan akhir Paksu Mail
| Salmah Mat Husain Fri | May 22, 09 | 3:23:07 pm MYT | |
| KUALA KRAI, 22 Mei (Hrkh) - Ribuan penduduk menunaikan solat jenazah ke atas Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaakob, 60, di Masjid Kampung Manek Urai Lama sebaik sahaja selepas solat Jumaat tadi. Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimamkan solat tersebut yang melimpah sehingga ke luar masjid. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan. Selain itu turut hadir wakil-wakil rakyat, pemimpin PAS kawasan, KeADIlan dan pegawai kerajaan. Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan khutbah Jumaat dan sempat bertakzirah ringkas mengenai kematian. Ramai melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali sekala sebak mengenangkan Paksu Mail, seorang pemimpin yang begitu rapat dengan masyarakat. Selain itu jenazah Paksu Mail, terdapat satu lagi jenazah iaitu wanita yang juga meninggal dunia hari ini turut disembahyangkan serentak. Kehadiran orang ramai menyebabkan Kampung Manek Urai Lama menjadi sendat dan berlaku kesesakan luar biasa di jambatan memandangkan ia hanya boleh dilalui sehala sahaja. Kedua-dua jenazah kemudian diusung ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah Paksu Mail. Jenazahnya dibawa turun ke liang lahad kira-kira jam 2.05 petang. Anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika ditemui melahirkan rasa terharu di atas kematian Paksu Mail biar pun beliau baru dikenali secara dekat hampir dua tahun lalu. Katanya, biar pun baru kenal namun hubungan dengannya begitu mesra dan mudah diajak berunding. "Personaliti Paksu Mail memang cukup hebat di kalangan masyarakat kampung. Semua orang yang ditemui kenal beliau. Allahyarham bersikap sederhana biar pun sudah lama menjadi wakil rakyat. "Pemimpin sepertinya memang sukar untuk dicari ganti. Kita sama-sama doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beramal soleh," katanya ketika ditemui di sini. Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, nama Paksu Mail sudah sinonim dengan penduduk Manek Urai kerana semua orang mengenalinya. Menurutnya Paksu Mail merupakan penggerak utama kepada bahagian keselamatan PAS ketika berlangsung pilihan raya atau sesuatu program besar. Kata beliau watak yang ada padanya biar pun tegas namun mudah didekati kawan dan lawan. - mj/mks. _ > Begitu ramai yang telah bersolat jenazah dan lebih baiknya telah di Imamkan oleh Tok Guru sendiri... Kalau kita berkawan dengan orang yang beriman dengan Allah SWT. Maka berkatnya sampai ke mati, kalau kita berkawan dengan orang yang sesat dan zalim maka kita akan dapat dosa sampai ke liang lahat. ....< |
Thursday, May 21, 2009
Menang dan Kalah
Umno-BN sekarang mula rasa tertekan dan cuba untuk memecahbelahkan pemimpin Pas dan yang terbaru dengan sprikulasi tentang Politik Wang dalam Pas, politik wang dalam Pas???????????? apa diaorang ingat Pas ni macam Umno yang tak takut dengan Allah SWT. Pemimpin dan juga pendokong dalam Pas telah pun di Tarbiyah malah ada golongan pro telah jadi uataz dan ada golongan Ulama yang jadi usahawan dan juga pro. jadi apa yang cuba dilakukan oleh Umno Insya' Allah tak akan terhasil, tapi itu juga satu peringatan dara Allah SWT supaya kita jangan leka dengan kemenangan demi kemenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Musuh sentiasa memerhatikan kita, tersilap sedikit dah menjadikan salah itu sebagai kesalahan yang amat besar dan boleh membuatkan rakyat terfikir dua kali.... Selamat Berjuang dan kepada pemimpin yang menang dalam Muktamar Pas nanti selamat berjuang dan sesungguhnya tanggungjawap yang dipikul amatlah berat untuk membawa dan menegakkan Islam sebagai Dasar Pemerintahan di Malaysia kelak. Yang kalah jangan lah berkecil hati kerana Dalam Jemaah masih memerlukan anda sebagai pemimpin kejalan yang diredhai oleh Allah SWT. Takbirrrrr!!!!!!!!!!!
Wednesday, May 20, 2009
Saturday, May 16, 2009
Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi
| Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Fri | May 08, 09 | 1:02:22 pm MYT | ||||||
| Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan." Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT. Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya. Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis. Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru. Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan. Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan. Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali." Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari. Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya. Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu. Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap. Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan 'muqorrobin' seperti golongan para nabi itu. Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan 'abrar'. Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu. Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut: "Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir." Ia bermaksud: �Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu." Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta." Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat. Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya. Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi. Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri? Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata: "Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu." Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi. Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat. Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan. - lanh _ |