
SALIN DAN SEBARKAN
Yang terbaru mengenai takut kalah lagi di Penanti, sehinggakan berfikir dua ribu kali untuk bertanding ataupun tidak di Penanti nanti, takut dimalukan lagi oleh Rakyat .Najib yang baru saja kalah di dua bukit dan juga baru saja menterlanjangkan kelemahan pemerintahannya pada abab ini. Yang paling gembira sekarang ialah Tun Abdullah, apa tidaknya dia telah terlepas dari tanggapan orang Umno sendiri mengenai kelemahan pentadbirannya dulu hingga terlepas beberapa buah negeri kepada Pakatan Rakyat pada PRU 12 yang lalu.
Ketakutan yang ditunjukkan oleh Najib adalah kerana dia telah mengambil iktibar akan kekalahan yang telah dilaluinya dari Permatang turun ke Kuala dan sehingga mendaki Bukit pun dia dah diberikan pengajaran bahawa rakyat sekarang ini telah cerdik dan tidak mudah untuk ditipu lagi, apa lagi yang boleh dilakukan oleh Najib sebagai PM terakhir dari golongan Umno-Bn yang akan memerintah Malaysia tercinta ini. Najib harus mengikut jejak Tun Abdullah dengan melepaskan teraju Negara untuk membersihkan contengan arang yang penuh dimukanya. Dengan kekalahan berturut-turut dalam pilihanraya kecil telah menampakkan kelemahan pada diri Najib sendiri yang terlalu banyak kes yang berkait rapat dengan beliau yang belum lagi dibersihkan.
Kita masih ingat dengan kes Altantuya yang ditulis oleh penulis sebuah akbar di luar negara ,yang mana terus terang mengaitkan Najib dengan kes tersebut dan ini mengakibatkan kita merasa malu kerana mempunyai seorang PM yang dikaitkan dengan satu kes pembunuhan, kenapa dia tidak membersihkan namanya dengan menyaman penulis tersebut? Adakah dia sedar apa yang ditulis oleh penulis adalah benar? Dan dia takut untuk mengatakan tidak serta mengiyakan apa yang dilakukan oleh penulis tersebut, dimana Pemuda Umno yang selama ini lantang menghulus keris memperjuangkan pertuanan melayu, apa yang diperjuangkan sebenarnya? Kenapa pemuda umno masih berdiam diri dengan apa yang telah ditulis oleh penulis tadi tentang pemimpin mereka dan kenapa terus membisu, kalau dah jenis ayam tambatan yang hanya berkokok didalam reban menunjukkan akulah pejuang melayu dan apabila orang luar datang sergah terus hilang kejantanan , keris terus disarongkan dan disorotkan supaya orang tak tahu mereka seorang pejuang malah akan dianggap bacul dan tak bermaruah. Kalau dah pemimpinnya bacul maka pengikutnya juga turut bacul. Kepada pemuda umno, saya cabar mereka bersihkan nama pemimpin mereka kalau mereka bukan dari golongan bapok @ bacul. Kalau tak , lepas ni ketuanya kenalah pakai tudung dan baju kurung dan merayau kat Petaling street.
Wahai orang Umno terutamanya Pemuda, mari lah bersama dengan perjuangan kami dalam PAS sebelum anda terlanjur dengan kesesatan dalam terang...
| PETIKAN DARI HARAKAHDAILY.NET Thu | Apr 16, 09 | 6:26:32 pm MYT | |
| KUALA TERENGGANU, 16 April (Hrkh) - Isu penyelewengan serta penyalahgunaan wang royalti petroleum negeri Terengganu yang sering kali dibangkitkan oleh PAS akhirnya diakui oleh Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato' Ahmad Said. Dato' Ahmad mengakui isu royalti yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ada kebenarannya yang kini dalam proses rundingan serta tuntutan kembali. "Wakaf Mempelam (Abdul Wahid) ada membangkitkan mengenai royalti iaitu wang royalti dibelanjakan untuk membiayai Program Rumah Mesra Rakyat (PRMR) yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diberi kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain. "Ini memang kita (kerajaan) akui dan kita (kerajaan) telah membuat semakan-semakan dan ini merupakan sebahagian dari rundingan yang perlu kita (kerajaan) kembalikan wang ini kepangkuan negeri Terengganu,"jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menggulung Persidangan Mesyuarat Yang Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, di Wisma Darul Iman, semalam. Menurutnya, SPNB telah menggunakan RM873 juta wang royalti minyak Terengganu bagi melaksanakan projek perumahan di seluruh Negara. Namun begitu, katanya dari jumlah tersebut hanya RM102 juta dibelanjakan bagi projek SPNB itu di negeri ini. "Ini bermakna, SPNB masih berhutang dengan kita (Terengganu) sebanyak RM771 juta dan tuntutan untuk wang royalty yang dijadikan dana khas yang dibahagi ke negeri-negeri lain adalah sebanyak RM717 juta,"ujarnya. Katanya, kerajaan negeri juga sedang berbincang bagi menuntut kembali wang royalti minyak sebanyak RM2.6 bilion yang telah digunakan oleh beberapa kementerian lain. Menurutnya, beberapa kementerian terbabit menggunakan dana khas (royalti) dalam melaksanakan projek-projek di negeri ini termasuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan pembinaan Lebuhraya Pantai timur (LPT). Menteri Besar itu menjelaskan dari tahun 2000 hingga tahun 2008 kerajaan Terengganu hanya menerima wang royalti petroleum sebanyak RM6.27 bilion dari kerajaan pusat. Katanya, jumlah wang yang sepatut diterima oleh kerajaan Terengganu dalam tempoh tersebut adalah RM15.847 bilion. Ahmad turut mengumumkan kerajaan negeri baru menerima sebanyak RM650 juta dari jumlah yang sepatutnya diterima iaitu sebanyak RM1.394 juta sepanjang tempoh September 2008 hingga Mac 2009. - mks._ |










