Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Friday, March 27, 2009

Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 sebulan, mampu tampung bil air rakyat

Petikan dari Harakahdaily.net

Dari Parlimen

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Dewan Rakyat kelmarin menjadi sedikit 'riuh' apabila diberitahu bahawa gaji Pengerusi Syabas Tan Sri Razali Ismail sejumlah RM5.1 juta setahun.

Perkara ini diungkap kembali oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2009 yang dalam masa yang sama menjawab soalan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Ghazali berhubung gaji dan elaun pengurus atau pengarah GLC.

"Apa dan mengapa nak dirahsiakan gaji GLC ini? Gaji syarikat boleh dibuka. Oleh sebab itu seperti mana yang saya sebutkan tadi, keadaan di Syarikat Bekalan Air Selangor bila tanggungan begitu bila sudah naikkan beban bagi rakyat, baru kita tahu rupa-rupanya pengurusnya RM5.1 juta.

"Itu basic belum lagi elaun-elaun tambahan. Ini keterlaluan kalau dibiarkan keadaan begitu," kata Anwar.

Sementara itu turut menarik perhatian ahli-ahli dewan ialah Zulkifli Noordin(KeADILan -Kulim Bandar Baharu) yang membuat pecahan kiraan gaji pengerusi syarikat air itu yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.

"Saya buat 'simple calculation' ini. Pada gaji RM5.1 juta setahun, bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan. Satu hari, gaji dia RM14,166... Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51...

Kata Zulkifli gaji beliau itu boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan.

"Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau... ataupun kalau bil air... RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 sebulan," katanya yang menyebabkan ramai ahli parlimen ketawa dan cuba mencelah. - azm_


No. 2

Kementerian Kewangan lulus 1,822 lesen judi, Majlis Fatwa tiada fungsi?
Azamin Amin
Fri | Mar 13, 09 | 4:13:40 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Sebarang Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hanya akan tinggal panduan semata-mata sekiranya ia tidak diwartakan oleh negeri-negeri malah tidak boleh dikuatkuasakan daripada segi undang-undang. Itulah yang terjadi kepada 1,822 lesen judi yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan termasuk cabutan khas (lucky draw) yang melibatkan dana melibatkan lebih daripada RM70 juta.

Ianya membangkitkan persoalan sejauh mana Majlis Fatwa memainkan peranan supaya setiap dasar kerajaan yang dibuat tidak bercanggah dengan syarak seperti yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan itu.

Perkara ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd. Yusoff sewaktu sesi soal jawab tambahan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr. Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Jadi, sekiranya negeri-negeri tersebut tidak mewartakan, maka dia hanya akan tinggal sebagai satu fatwa yang berbentuk sebagai satu panduan sahaja, yang tidak boleh dikuatkuasakan daripada segi undang-undang.

"Jadi, kalau misalnya beberapa fatwa yang Yang Berhormat sebut, katakan fatwa hal merokok misalnya, kalau di Selangor telah dikuatkuasakan dan diwartakan. Maka kalau orang merokok di Selangor, dikenakan tindakan undang-undang, tetapi kalau di Kuala Lumpur tidak dikenakan. Begitu juga yang berkaitan dengan lesen babi ataupun sebagainya." kata Mashitah menjawab soalan Zailah. - azm _

No comments:

Post a Comment