
Baru belajar meniarap, tapi perlukan batuan ibunya, baru 4 bulan dah 5.7 kilo tu tak makan lagi tu.... kalau dah boleh makan nanti tak tahulah... jangan ikut mak saudara dia sudah, montel jee...
bersantai kat east coast mall
Adik letih
Petikan dari Harakahdaily.net
Dari Parlimen
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Dewan Rakyat kelmarin menjadi sedikit 'riuh' apabila diberitahu bahawa gaji Pengerusi Syabas Tan Sri Razali Ismail sejumlah RM5.1 juta setahun.
Perkara ini diungkap kembali oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2009 yang dalam masa yang sama menjawab soalan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Ghazali berhubung gaji dan elaun pengurus atau pengarah GLC.
"Apa dan mengapa nak dirahsiakan gaji GLC ini? Gaji syarikat boleh dibuka. Oleh sebab itu seperti mana yang saya sebutkan tadi, keadaan di Syarikat Bekalan Air Selangor bila tanggungan begitu bila sudah naikkan beban bagi rakyat, baru kita tahu rupa-rupanya pengurusnya RM5.1 juta.
"Itu basic belum lagi elaun-elaun tambahan. Ini keterlaluan kalau dibiarkan keadaan begitu," kata Anwar.
Sementara itu turut menarik perhatian ahli-ahli dewan ialah Zulkifli Noordin(KeADILan -Kulim Bandar Baharu) yang membuat pecahan kiraan gaji pengerusi syarikat air itu yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.
"Saya buat 'simple calculation' ini. Pada gaji RM5.1 juta setahun, bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan. Satu hari, gaji dia RM14,166... Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51...
Kata Zulkifli gaji beliau itu boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan.
"Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau... ataupun kalau bil air... RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 sebulan," katanya yang menyebabkan ramai ahli parlimen ketawa dan cuba mencelah. - azm_
No. 2
Kementerian Kewangan lulus 1,822 lesen judi, Majlis Fatwa tiada fungsi? Azamin Amin Fri | Mar 13, 09 | 4:13:40 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Sebarang Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hanya akan tinggal panduan semata-mata sekiranya ia tidak diwartakan oleh negeri-negeri malah tidak boleh dikuatkuasakan daripada segi undang-undang. Itulah yang terjadi kepada 1,822 lesen judi yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan termasuk cabutan khas (lucky draw) yang melibatkan dana melibatkan lebih daripada RM70 juta. Ianya membangkitkan persoalan sejauh mana Majlis Fatwa memainkan peranan supaya setiap dasar kerajaan yang dibuat tidak bercanggah dengan syarak seperti yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan itu. Perkara ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd. Yusoff sewaktu sesi soal jawab tambahan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr. Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat baru-baru ini. "Jadi, sekiranya negeri-negeri tersebut tidak mewartakan, maka dia hanya akan tinggal sebagai satu fatwa yang berbentuk sebagai satu panduan sahaja, yang tidak boleh dikuatkuasakan daripada segi undang-undang. "Jadi, kalau misalnya beberapa fatwa yang Yang Berhormat sebut, katakan fatwa hal merokok misalnya, kalau di Selangor telah dikuatkuasakan dan diwartakan. Maka kalau orang merokok di Selangor, dikenakan tindakan undang-undang, tetapi kalau di Kuala Lumpur tidak dikenakan. Begitu juga yang berkaitan dengan lesen babi ataupun sebagainya." kata Mashitah menjawab soalan Zailah. - azm _ |
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada
satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka
sebutlah
"Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru
bersilih-ganti
mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi,
tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang
haq
telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa
dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum
Islam
dari masa ke semasa.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.. Faham?" tanya
Guru kepada anak muridnya.
"Baik
untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang
anda
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan
selainnya.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid,
begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,
sehingga kita tidak sedar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang
kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ...."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?"
tanya
murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi
sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."
RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..
MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN
HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA.... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA
AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!
UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN
KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA
DIRI!!
JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA
BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2
LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI
KITA
SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.
YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM?AMIIINN.Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk
dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR
GREEN BEAN SOY DRINK
Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Mala ysia .
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.
Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempa tan , terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya......Cuba lihat kat pic ini.
Cuba lihat dekat-dekat......
Apa kejadah ni? Dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka ??? ? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS ???
Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg tersohor bubuh melamine dalam susu!!
Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.