Katanya, dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, timbalan menteri pengangkutan menjelaskan, urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.
"Ia bukan dikendalikan oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) atau polis. Betul kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan, (kerana) mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini. "Tetapi syarikat ini akan mendapat habuan mereka daripada jumlah saman yang dikeluarkan," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu itu hari ini.
Menurut sistem ini, AES - sistem penggunaan kamera - akan mengambil gambar kenderaan yang melakukan kesalahan, memprosesnya dan kemudiannya mengeluar dan menghantar saman kepada pesalah trafik.
Mahfuz berkata enam juta saman yang dikeluarkan, seperti disebut dalam parlimen baru-baru ini, sejumlah 35 peratus hasilnya akan diperolehi oleh kedua-dua syarikat tersebut.
"Itu baru enam juta saman, (berapa) kalau 10 hingga 14 juta saman. Maknanya, saya tidak nampak bagaimana hendak mendidik rakyat (untuk) mencapai 'zero' saman."(Maknanya) saman mesti kena ada, kalau tidak, syarikat itu akan rugi lah. Dia pasang kamera, tapi tak dapat habuan untuk dia (syarikat itu)," katanya.
Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan kontrak pengendalian kepada Beta Tegap dan Commercial Circle sebelum pindaan RUU itu diluluskan.
Mahfuz yang juga naib presiden PAS, turut mempertikaikan masalah saman ekor yang dikekalkan dalam pindaan undang-undang itu terutama sekali kepada pesalah trafik yang telah disenaraihitam.
"Walaupun mahkamah memutuskan tidak boleh disenaraihitam, tetapi akta ini, masih mengekalkan penyenaraihitam," katanya sambil mendakwa amalan itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan berhubung kebebasan menggunakan harta milik sendiri.
Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.
Beliau ditanya kemungkinan PAS menangguhkan pemilihan pada muktamar agung parti itu tahun depan, jika pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat ini.
Ditanya sama ada sudah ada pengganti yang bakal mengambil alih tempatnya jika beliau berundur nanti, Nik Aziz berkata calonnya sudah ada.
"Saya atas kapasiti ahli parlimen akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja memohon satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi menyiasat segala penyelewengan yang didakwa berlaku dalam Felda," kata ahli Parlimen Kubang Kerian itu dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Mereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.
Seorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap.
emorandum tersebut diserahkan oleh presiden Gamis Ahmad Syazwan Hassan kepada wakil dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.
Pada jam 6.15 petang tadi, peguam ketiga-tiga mahasiswa yang ditangkap itu, Puspawati Rosman memberitahu Malaysiakini, semua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis setelah disoal-siasat hampir empat jam.


Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu negara, beliau berkata, kesemua mereka kini ditahan di Balai Polis PGA Cheras.
Zulkefli juga menyuarakan rasa sedih dan kesalnya kerana penyokong baju merah yang berhimpun di Masjid Negara tidak bersurai sejurus selepas diarahkan. "Kita permudahkan perjalanan mereka (baju merah) untuk hantar demo. Tetapi mereka tidak hargai dan kata kita berat sebelah. Saya kesal. "Kita beri peluang pada kedua-dua belah pihak. Kita tengok Gaps, dia ikut cakap kita. Pihak Gaps setuju bila dibenarkan berhimpun dalam kumpulan kecil dan kemudian menyerahkan memorandum dan tiada perarakan ke istana. "Itulah yang sepatutnya perlu dicontohi," kata Zulkefli. Menurutnya, pada jam 3.05 petang, pihak polis bertindak melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan mereka.
Mereka ditahan selepas kira-kira 300 anggota polis membuat serbuan pada jam 2.45 petang tadi apabila penyokong baju merah itu enggan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian. Mereka yang ditangkap itu tidak sempat melarikan diri manakala yang lainnya berebut masuk ke dalam ruang solat masjid untuk berlindung. Penyokong baju merah yang berada di masjid itu terdiri daripada mereka yang berpatah balik ketika menyertai perarakan ke Istana Negara selepas pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan merian air. Sementara itu, difahamkan kesemua yang ditahan kini dalam proses dibawa kembali ke masjid negara, tempat mereka ditahan.


Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter. Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Semua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) . Malaysiakini turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan. Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam. Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.