KUALA LUMPUR, 22 Nov: Penubuhan Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) yang diumumkan kerajaan semalam membuktikan usaha Anak selama ini berjaya.
Anak atau nama penuhnya Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, ditubuhkan bagi membuka mata kerajaan tentang permasalahan peneroka Felda, kata pengerusinya, Mazlan Aliman.
"Penubuhan biro ini saya anggap satu pengiktirafan kepada Anak yang kita tubuhkan.
"Hasrat penubuhan Anak adalah bagi merangsang kesedaran semua pihak terhadap masalah peneroka dan kita telah berjaya buka mata mereka," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Biarpun mengalu-alukan penubuhan biro itu, Mazlan berkata ianya tetap terkebelakang kerana sepatutnya ia ditubuhkan sejak awal penubuhan Felda lagi.
Beliau juga mendakwa penubuhan tersebut tidak lebih dari 'gimik politik' Umno menutup kelemahan Felda menjelang PRU 13 yang dijangka tahun hadapan.
Bagaimanapun katanya, Anak sedia bekerjasama dengan Bapak untuk menyelesaikan kes tertunggak peneroka yang ada.
"Tak ada masalah Anak nak tolong Bapak, tapi kalau Bapak tak boleh harap, biarlah Anak yang buat," katanya sinis.
Untuk permulaan katanya, Anak akan menyerahkan 20 kes yang ada pada mereka kepada Bapak.
"Kita nak tengok Bapak boleh tak selesaikan 20 kes pertama ini dalam masa seminggu seperti yang dijanji Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
"Kita cabar mereka tunjukkan keikhlasan dan komitmen untuk bantu masalah peneroka di 317 tanah rancangan," katanya.
Anak sebelum ini dikenali sebagai NGO yang membela nasib peneroka yang dinafikan hak oleh Felda.
Ianya termasuk isu wang tanam semula yang dimenangi peneroka di Pahang dan Kelantan.
Mazlan juga mendakwa nama Bapak yang diumumkan itu seolah-olah menciplak nama NGO yang telah ditubuhkannya sebelum ini untuk menangani masalah peneroka Felcra.
NGO Bapak sepatutnya akan dilancar pada 26 Disember ini bertempat di Ipoh, Perak.
Mengkisahkan semula sejarah hitam tersebut, Presiden PAS itu berkata, ianya bermula dengan isu kafir mengkafir di mana PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno.
Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram.
Ketua penerangan Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria. kemuncak program ini ialah apabila setiausaha PAS Kedah Senator Yusof Husin membaca satu pengkisahan mengenai peristiwa berdarah itu.
"Sebelum ini kita buat (program) tidak pernah berlaku apa-apa kekecohan. Berlangsung dengan aman," katanya.
"Apa yang menarik dalam program ini adalah kita mahu mengimbau insiden yang berlaku 25 tahun lalu. Ada di kalangan generasi (yang berumur) 25 tahun, tidak mengetahui (sejarah) peristiwa ini.
Mereka didakwa disyaki terlibat dalam kegiatan yang menggugat keselamatan negara.
Peristiwa tersebut, turut mengorbankan empat anggota polis 23 anggota polis dan 14 orang awam mengalami kecederaan.
"Konvoi bermotosikal dibuat oleh semua 15 kawasan seluruh Kedah menuju ke Memali dan saya difahamkan turut disertai oleh beberapa kawasan dari Perak.
Dalam usul kepada speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Salahuddin Ayub berkata sambutan Aidil Adha di negara ini semalam "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".
Salahudin juga mempersoal bagaimana pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri mengurus tadbir isu tersebut.
Gambar: Pemeriksaan perbarisan PDRM oleh Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika perasmian Sidang Dun Kedah.

Manakala seramai 12,185 mangsa yang terdiri dari 3181 keluarga masih lagi ditempatkan di 23 buah pusat pemindahan.







