Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Monday, June 1, 2009

20 ribu ahli kelab penyokong Pas

Pas sekarang boleh berbangga dengan angka yang terbaru dengan kelab penyokong Pas, yang lebih penting lagi golongan bukan islam kini sudah mula mendekati dan yakin dengan pemerintahan Islam yang dibuktikan oleh Pas di Kelantan dan juga negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, Dakyah yang dibawa oleh Umno dengan memburukkan nama baik Islam dimata orang bukan Islam selama ini mungkin sudah terkubur. Rakyat sudah tahu sekarang mana yang baik dan yang buruk, pemerintahan yang ditunjukkan oleh Umno-BN selama 50 tahun telah menyebabkan orang bukan islam boleh menilai dan melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Pas dalam pemerintahan Islam adalah yang terbaik dan menbuktikan Islam tidak menindas orang bukan Islam. Pekefaham orang bukan Islam tentang Islam terserlah kini dan ini yang sangat ditakuti oleh Umno-Bn kerana penglibatan mereka(Umno) dalam memberi penerangan yang salah terhadap Pas telah ditolak dan orang bukan Islam kini lebih faham tentang Islam daripada Umno itu sendiri, jika tidak mereka sudah lama sokong Pas dalam memertabatkan Islam dibumi Malaysia ini. Tahniah kepada Dr Mujahid dengan peranannya yang begitu terserlah sehinggakan dapat mengumpul orang bukan Islam dalam satu kelab yang mungkin akan dijadikan satu sayap dalam Pas, Insya'Allah.

..Penulis adalah ketua Lajnah antara kaum di Pas cawangan Taman Tas, tugas ini kini terasa lebih senang untuk dilakukan dengan kefaham orang bukan islam terhadap islam dan ramai diantara mereka yang tidak lagi takut dengan Pas. Sesiapa yang berminat untuk menjadi Ahli Kelab Penyokong Pas bolehlah menghubungi ana 013-9404449. atau layari http://tamantassyabab.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

Saturday, May 30, 2009

Sejarah Penderhakaan Syaitan dan Iblis kepada Allah SWT.

Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain,yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya.Iblis merasa dirinya lebih mulia,lebih utama dan lebih agung dari Adam,karena ia diciptakan dari unsur api,sedang Adam dari tanah dan lumpur.Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain,walaupun diperintah oleh Allah.

Tuhan bertanya kepada Iblis:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"
Iblis menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."
Karena kesombongan,kecongkakan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan,maka Allah menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pd.dirinya hingga hari kiamat.Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.

Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat.Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan,tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu,bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam,sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat,dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat,mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang,menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.

Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu:
"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka.Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah."




Thursday, May 28, 2009

Manek Urai:Ibrahim Ali celupar, Siapalah dia tanpa Pas dan Pakatan Rakyat

PETIKAN DARI KL Pos

Penamaan calon pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan akan diadakan pada 6 julai manakala tarikh pengundian pada 14 Julai ini. Demikian diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Sementara itu, pilihan raya Manek Urai adalah landasan terbaik kepada Barisan Nasional (BN) mendedahkan kelemahan Pas mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun, kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Beliau berkata, Pas gagal membawa perubahan serta memajukan ekonomi negeri itu, sebaliknya Pas berselindung di sebalik kelemahan Umno untuk meneruskan kelangsungan parti itu di Kelantan.

“Saya lihat pilihan raya kecil ini medan terbaik buat Umno mendedahkan kelemahan Pas Kelantan kepada rakyat, biar rakyat jelas dan tahu akan kelemahan parti itu.

“Banyak perkara boleh dipersoalkan sepanjang Pas menjadi kerajaan, dari segi ekonomi, peluang pekerjaan dan hasil negeri diperoleh daripada inisiatif kerajaan negeri. Kita tidak nampak pun semua ini,” katanya.

Ibrahim berkata, pilihan raya kecil itu perlu bersih daripada serangan peribadi terhadap parti lawan, dan Pas perlu menjawab isu dibangkitkan Umno.

Ibrahim berkata, Pas banyak menyerang parti lawannya, khususnya Umno bagi menutup kelemahan mentadbir negeri.

“Hampir 18 tahun Pas di Kelantan hanya bergantung kepada populariti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.

< Siapalah Dato Ibrahim Ali kalau bukannya Pas dan PR yang membantunya dengan kemenangan di Pasir Mas, Kalau bukan Pas yang kutip dia dari lembah kehinaan takkan kini dia boleh berbangga menjadi YB. Begitulah kalau dah bekas Umno, bagaikan anjing yang tak dapat kucing, tahi pun dihidunya..... Kalau Dato Ibrahim seorang yang popular letak jawatan dan bertanding di Manek Urai kalau berani, takut-takut akan hilang wang pertaruhan.. Umno telah menolak dan menerajang dia begitu jauh terpelanting hinggalah Pas membantu, Jangan jadi kacang lupakan kulit. kalau dah macam ni, bukan lagi kacang lupa kulit tapi kacang lupa tanah dan bakal 'bahang tanah'(ayat org Terengganu) Sedarlah wahai Dato Ibrahim Ali kerana walau macamana bodek Umno sekalipun takkan diterimanya kembali..>


Wednesday, May 27, 2009

Kebaculan yang nyata

Apa lagi yang dapat dilebelkan kepada Zahid Hamidi setelah membatalkan debat di TV9 bersama dengan YB Dato' Husam Musa, Kalau mengaku kalah sebelum bertempur bagaimana seorang menteri Pertahanan boleh menjaga pertahanan negara, nanti kalau musuh sergah je dah terkencing dalam seluar dan lari meninggalkan negara. Sepatutnya tentera negara ini merasa malu dengan tindak tanduk menteri mereka. Kalaupun ada tugas lain gantikan dengan orang lain yang setaraf dengannya dalam Umno yang boleh menangkis segala tomahan yang bakal diajukan. Yang peliknya hanya seorang hingusan bekas anak didik DS Anwar yang tak habis belajar tu dan siapalah Ezam untuk menjawab segala tomahan sedangkan siapalah dia dalam Umno ,menteri ke? ketua bahagian ke? malah ketua cawangan pun bukan. Zahid sebenarnya hanyalah seorang boneka yang telah diarahkan oleh boss nya supaya jangan bersemuka dengan YB Husam kerana takut tersasul dan membuka rahsia seterusnya rakyat akan tahu (tapi dah tahu dah) betapa zalim dan teruknya mereka dalam Umno yang mengamalkan rasuah politik dalam negara ini. Kalau Pas cabar untuk berdebat dengan secara terhormat tapi mereka(umno) bagaikan ada sesuatu yang menghalang dan menyebabkan rakyat nampak akan kebaculannya. Kalau dah mengamalkan rasuah maka dah tak dapat nak mengelak lagi dah. Pemimpin yang baik orang tak nak, tapi pengamal rasuah yang disanjung. Dunia ni dah nak Kiamat agaknya...Pemimpin dalam Pas mana ada yang disabibkan dengan rasuah, mereka yang beriman dan takut dengan Allah SWT tak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ketahuilah kamu wahai orang Umno bahawa pemimpin kamu yang mengamal rasuah akan dilaknat oleh Allah SWT dan akan mengheret tangan kamu semua kedalam Api Neraka Allah SWT jika kamu masih lagi menyokong atau terasa betul apa yang dilakukan oleh pemimpin kamu yang rasuah. Bertaubatlah sebelum kamu menjadi ayam panggang dalam Neraka dan sokongkah pemimpin yang mahu menegakkan agama Allah SWT di bumi Malaysia ini. Semoga kamu terhindar dari Fitnah......

Tuesday, May 26, 2009

Menang Tanpa bertanding

Tahniah kepada Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi kerana memegang jawatan tertinggi Dewan Pemuda Pusat sebagai Ketua Pemuda tanpa persaingan, begitu juga dengan Timbalan ketua disandang oleh Ustaz Azman Shapawi Abd Rani manakala Naib ketua pula dijawati oleh Sdr Ahmad Sabki Yusof. Kesemuanya menang tanpa bertanding. Manakala barisan Ajk Kerja Dewan Pemuda pula dibarisi oleh mereka yang mempunyai latarbelakang Pro dan Ulama, ini akan mengukuhkan lagi kesefahaman dalam Dewan Pemuda dan seramai 23 orang yang bersedia untuk diundi oleh pewakilan. Semoga barisan baru yang akan dan telah meneraju Dewan Pemuda Pas akan memberikan komitmen yang tinggi untuk meneraju Negara akan datang Insya'Allah....

Warkah Mohamed Hanipa Maidin

PETIKAN DARI KAMPARIN (Blog DS Ir Nizar)

oleh :Mohamed Hanipa Maidin

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.”

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ).. Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Monday, May 25, 2009

Debat Nizar vs Zambry

Petikan dari KL Pos
PROSES perundangan dalam mencari penyelesaian kemelut politik Perak, semakin hampir kepada kemuncaknya. Ini kerana proses mahkamah untuk menentukan tuntutan Datuk Seri Nizar Jamaluddin bahawa beliau masih Menteri Besar yang sah hanya tinggal di peringkat Mahkamah Persekutuan jika beliau ingin terus merayu.

Agendadaily menerima banyak panggilan meminta siri Debat Agendadaily diadakan di antara Nizar dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sehubungan itu, pihak kami telah menghubungi Dr Zambry mengajukan soalan sama ada beliau sedia atau tidak untuk berdebat dengan Nizar berhubung dengan kemelut politik negeri Perak itu.

Menurut Dr Zambry, beliau pada prinsipnya tidak ada halangan dan sedia untuk berhujah mengenai isu kemelut politik Perak melalui program debat yang hendak dianjurkan.

“Saya tiada ada halangan. Pada prinsipnya saya setuju,” kata beliau.

Hari Sabtu semasa dalam perjalanan ke Penanti bagi membuat liputan penamaan calon pilihan raya kecil DUN Penanti, Agendadaily kebetulan bertemu dengan Nizar di kawasan rehat Bukit Merah, Lebuhraya Utara Selatan.

Kesempatan bertemu itu tidak dilepaskan dengan terus memberitahunya bahawa Agendadaily bercadang untuk mengajurkan debat berhubung dengan isu politik negeri Perak dan Dr Zambry pada prinsipnya telah menyatakan persetujuan beliau.

“Baguslah macam tu. Kalau beliau setuju saya pun tidak ada halangan, baik sangat cadangan itu,” katanya sambil meminta agar debat itu diadakan selepas Muktamar PAS awal Jun ini kerana beliau sibuk dengan persiapan untuk muktamar parti berkenaan.

Sekiranya debat ini menjadi, ia adalah siri ketiga yang dianjurkan oleh Agendadaily setelah hampir setahun lalu, debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Chek ketika itu dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan.

Kemudiannya siri debat Agendadaily mempertemukan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri sekrang, Lim Guan Eng dalam isu tanah di Pulau Pinang.

Kedua-dua siri debat yang dianjurkan tersebut telah disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen.

Bagi debat antara Dr Zambry dan Nizar, pihak Agendadaily sedang mengadakan rundingan dengan stesen televisyen. Sekiranya mendapat kelulusan, debat berkenaan direncana akan diadakan penghujung bulan Jun 2009.

Bagi Agendadaily, tujuan debat ini dianjurkan ialah bagi membolehkan kedua-dua pihak memberikan penjelasan berhubung kemelut politik Perak secara objektif dan tidak diselubungi dengan sentimen serta emosi politik.

Malah format debat yang akan diadakan sama dengan siri debat yang lalu di mana kedua-dua pihak mendapat peluang yang sama bagi mengemukakan hujah masing-masing. Pada akhirnya rakyat dapat membuat kesimpulan tentang isu sebenar yang berlaku. / Agendadaily

Sunday, May 24, 2009

Footsal dan Usrah



24 MAY 2009, satu pertandingan footsal yang telah dianjurkan bersama oleh Dewan Pemuda Pas Kuantan dan juga Unit Amal Negeri yang berlangsung di Gelangang Footsal Kg Tiram, bermula pukul 9.00 pagi dan perlawanan telah dimulakan dengan perlawanan antara unit amal dengan DPP Paya Besar di gelangang 'C' manakala pasukan DPP Kuantan menentang DPP Indera Mahkota,Perawanan persahabatan ini adalah antara AJK-AJK DPP Kawasan masing-masing. Kemenangan telah memihak kepada pasukan dari DPP Kuantan manakala DPP Indera Mahkota pula tempat kedua dan DPP Paya besar tempat ketiga daripada tiga pasukan yang bertanding, Unit Amal pula dimenangi oleh unit amal dari Kuantan ,kedua Unit Amal Indera Mahkota dan Unit Amal Paya Besar pula ditempat ketiga, Hadiah telah disampaikan oleh YDP Kuantan Ustaz Rosli Jabar. Setelah selesai majlis semua AJK diberikan peluang untuk berkenalan antara Lajnah-Lajnah daripada Kawasan Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar. Antara yang penting dalam pertemuan yang bersantai ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi diantara AJK Kawasan dan dapat bertukar-tukar idea dan juga pengalaman yang mungkin dapat dikongsi bersama. Program yang julung kali diadakan ini mungkin dapat diteruskan dimasa akan datang agar dapat diketemukan Pemuda Pas dalam suasana yang santai dan penuh dengan ukwah dan semestinya ini juga sebagai usrah yang lebih bermakna kepada semua AJK, Tahniah kepada penganjur yang berjaya dalam program ini.


> Walaupun DPP Paya Besar telah mempunyai beberapa pemain handalan seperti Ustaz Tarmizi (Zeedann) nama samarannya ,Ustaz Hazmi penjaga gol terbaik setakat ini(yang pastinya bola tak boleh tembusi gawang kerana tak ada ruang untuk masuk, tapi masih kalah kerana tak ada stamina, penulis sendiri cedera sebelum perlawanan bermula, tapi walau bagaimanapun semangat lawan tu masih ada dan juga dapat mengeluarkan peluh.....<

Saturday, May 23, 2009

Hakim dan Kehakiman

Semua tahu dengan kekusutan yang berlaku di Perak, Pernahkah kita terfikir akan terjadinya begini rupa? tentunya apabila soalan ini ditanya berbagai pendapat yang akan timbul dan ramai yang akan memberikan pendapat masing-masing, tahukah kita bagaimana satu hari nanti berlakunya satu perkara yang tak dapat dikawal lagi walaupun ianya hanyalah sesuatu yang biasa dengan kita? penjelasan yang saya mahu keutarakan ialah tentang penghakiman yang ada sekarang di Malaysia, Apa yang dapat kita terjemahkan dalam bahasa yang biasa kita guna, tentunya kalau kata orang Terengganu ialah"dok rok cetong" iaitu lemah selemahnya. Kalau kita renung sejenak dengan apa yang berlaku hari ini ,ianya seolah-olah satu slot drama yang dah ada pengarah dan pelakonnya, perancangan yang teratur dan kemas seharusnya mendapat satu kejayaan yang besar tapi sebaliknya ia tidak terlalu teratur dan menyebabkan ianya nampak akan kelemahannya. Rakyat sudah tahu dan boleh mengagak apa yang akan belaku, sepertimana kata Naib Presiden Pas Dato' Husam " kita sudah mengagak yang Umno akan memenangi perbicaraan ini dan kita menjangkakan yang pembubaran Dun Perak akan belaku sedikit masa lagi", bagaimana begitu mudah kita dapat melihat percaturan yang cuba Umno mainkan. Kehakiman yang sudah mula nampak akan kelemahannya telahpun diatur begitu rupa supaya dapat memenangkan Dr Zambry, bayangkan Dato' Seri Nizar kalah 3-0, mana perginya rasa takut para Hakim dengan kuasa Allah SWT, Mahkamah Tinggi telah memutuskan yang Dato' Seri Nizar adalah Menteri Besar yang sah, Kenapa Mahkamah Rayuan boleh mengetepikan hujah Hakim mahkamah Tinggi, sedangkan hujah yang diberikan oleh mahkamah rayuan masih terdapat keraguan, walaupun Zambry telah menampakkan giginya tapi tak semestinya Dato' Seri Nizar berdiam diri, kerana masih ada satu lagi peluang untuk mematahkan gigi Zambry jika dia bersengeh dengan membuat rayuan di mahkamah Persekutuan. Hakim yang taat kepada Allah SWT semestinya akan membuat keputusan dengan berpandukan bukti dan faktar pelembagaan , bayangkanlah sekiranya para hakim yang akan dibicarakan di mahkamah Allah SWT. tanpa peguam dan juga juri, pandang kearah kanan akan nampak kebaikan yang telah kita lakukan dan pandang kearah kiri kita akan nampak kejahatan yang kita lakukan, pada masa itu tiada siapa yang akan membantu selain dari amalan yang baik yang dilakukan semasa hidup di dunia ini. Kepada hakim-hakim sedarlah sesungguhnya anda semua adalah amanah Allah SWT yang ditugaskan untuk membuat sesuatu keputusan yang adil dan bukannya hanya untuk membantu orang lain terus melakukan kezaliman di muka bumi Allah SWT ini. Hakim dan kehakiman memerlukan seorang hakim yang sempurna untuk melakukan kehakiman.

Friday, May 22, 2009

Ribuan iringi perjalanan akhir Paksu Mail

PETIKAN DARI HARAKAHDAILY.NET

Salmah Mat Husain
Fri | May 22, 09 | 3:23:07 pm MYT

KUALA KRAI, 22 Mei (Hrkh) - Ribuan penduduk menunaikan solat jenazah ke atas Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaakob, 60, di Masjid Kampung Manek Urai Lama sebaik sahaja selepas solat Jumaat tadi.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimamkan solat tersebut yang melimpah sehingga ke luar masjid.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan.

Selain itu turut hadir wakil-wakil rakyat, pemimpin PAS kawasan, KeADIlan dan pegawai kerajaan.

Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan khutbah Jumaat dan sempat bertakzirah ringkas mengenai kematian.

Ramai melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali sekala sebak mengenangkan Paksu Mail, seorang pemimpin yang begitu rapat dengan masyarakat.

Selain itu jenazah Paksu Mail, terdapat satu lagi jenazah iaitu wanita yang juga meninggal dunia hari ini turut disembahyangkan serentak.

Kehadiran orang ramai menyebabkan Kampung Manek Urai Lama menjadi sendat dan berlaku kesesakan luar biasa di jambatan memandangkan ia hanya boleh dilalui sehala sahaja.

Kedua-dua jenazah kemudian diusung ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah Paksu Mail. Jenazahnya dibawa turun ke liang lahad kira-kira jam 2.05 petang.

Anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika ditemui melahirkan rasa terharu di atas kematian Paksu Mail biar pun beliau baru dikenali secara dekat hampir dua tahun lalu.

Katanya, biar pun baru kenal namun hubungan dengannya begitu mesra dan mudah diajak berunding.

"Personaliti Paksu Mail memang cukup hebat di kalangan masyarakat kampung. Semua orang yang ditemui kenal beliau. Allahyarham bersikap sederhana biar pun sudah lama menjadi wakil rakyat.

"Pemimpin sepertinya memang sukar untuk dicari ganti. Kita sama-sama doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beramal soleh," katanya ketika ditemui di sini.

Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, nama Paksu Mail sudah sinonim dengan penduduk Manek Urai kerana semua orang mengenalinya.

Menurutnya Paksu Mail merupakan penggerak utama kepada bahagian keselamatan PAS ketika berlangsung pilihan raya atau sesuatu program besar.

Kata beliau watak yang ada padanya biar pun tegas namun mudah didekati kawan dan lawan. - mj/mks. _


> Begitu ramai yang telah bersolat jenazah dan lebih baiknya telah di Imamkan oleh Tok Guru sendiri... Kalau kita berkawan dengan orang yang beriman dengan Allah SWT. Maka berkatnya sampai ke mati, kalau kita berkawan dengan orang yang sesat dan zalim maka kita akan dapat dosa sampai ke liang lahat. ....<