Antara tindakan itu, tambahnya, apabila kumpulan itu menyerang PAS dalam isu kontroversi Festival Fesyen Islam (IIF) dan menempelak penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0.
"Ternyata usaha ulama muda Umno tidak langsung dihargai, kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata-rata. "Saya tidak pasti apakah benar matlamat mereka menyertai Umno adalah untuk menyelamatkan diri mereka dari terus dilabel sebagai wahabi dan pengganas atau tidak," dakwanya.
Bagaimanapun, katanya, beliau bersyukur apabila bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin tidak "terpedaya" walaupun dihulur "bantal empuk" menyertai Umno bersama kumpulan itu pada Jun tahun lalu.
Malaysiakini pada Isnin melaporkan, dalam taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya pada hari sama, bekas Dr Asri dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.
Menulis dalam blognya malam tadi, Nasrudin - graduan Universiti Al-Azhar, Mesir - juga menyindir Pemuda Umno yang tidak membela kumpulan itu walaupun dalam masa sama mempertahankan Dr Asri."Apakah Pemuda Umno merasakan ulama muda Umno ini menjadi saingan mereka lalu membiarkan mereka dipalit label pengganas?" soalnya sinis.
Bagaimanapun, Nasruddin yang mengakui mengenali sebahagian anggota ulama muda Umno berkata, melalui raut wajah dan sosok tubuh, tidak tergambar di fikirannya bagaimana mereka boleh tersenarai sebagai pengganas.
"Kini saya termenung dianjung musolla sambil mengenang isu ini dan hati saya berdetik, kalaulah 40 ulama muda itu menyertai PAS lalu berganding memperjuangkan Islam, membasmi kejahilan, menentang kezaliman, membenteras kemungkaran dan menegakkan syariat, alangkah manis dan indahnya.
"Berbaloi digelar 'pengganas' oleh kerajaan Umno dan BN kerana menentang mereka," tulisnya lagi dalam artikel itu.

Beliau dihantar pulang menaiki pesawat menuju ke Paris pada kira-kira jam 11.30 malam ini.
Syarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.
Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).
Demonstrasi dilakukan di perkarangan Masjid Bukit Katil sebaik selesai solat Jumaat.
Beliau juga menyatakan Umno dan BN jelas tidak serius menangani gejala sosial yang semakin parah berlaku di kalangan masyarakat khususnya umat Islam.
"Ketika kerajaan Kedah mengambil keputusan menghadkan pusat hiburan hanya untuk orang bukan Islam pada bulan Ramadan ini, kerajaan Melaka dengan berani bertindak meluluskan perlanjutan masa operasi pusat hiburan," katanya.
Mereka membidas tindakan kerajaan yang menekan ribuan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.
Najib kini dalam lawatan rasmi lima hari ke London atas jemputan rasmi rakan sejawatannya.
KUALA LUMPUR, 30 Jun: AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin (gambar) berkata, memakai baju kuning berlambang Bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning.