| KOTA BHARU, 8 Sept:- Kelaziman seperti tahun-tahun sebelumya, kerajaan Kelantan meneruskan usaha mulia mereka menyampaikan sumbangan raya kepada anggota berunifom yang bertugas sepanjang musim perayaan nanti. Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka itu, Pertubuhan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Kelantan (Purnama) meneruskan inisiatif menyumbangkan kuih raya. Ianya diberikan khusus kepada anggota keselamatan yang akan bertugas sepanjang hari raya termasuk dari Angkatan Tentera Malaysia,Polis Diraja Malaysia,Pasukan Bomba dan Penyelamat,Pasukan Gerak Am,Kastam dan Eksais Diraja Malaysia. Dalam satu majlis di Kompleks Darulnaim baru baru ini, Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakub telah menyampaikan sumbangan tersebut sebagai mewakil Dato' Menteri Besar Kelantan. Beliau dalam ucapannya berkata, sumbangan yang diberikan sekadar penghargaan dan suntikan semangat kepada anggota supaya agar terus malaksanakan tugasan dengan baik biarpun ummat Islam lain pada waktu itu sedang seronok bersama keluarga berhari raya. Lebih lebih lagi dalam keadaan negara pada waktu ini berdepan banyak masalah jenayah khasnya di musim perayaan. "Kerajaan negeri dan rakyat negeri ini akan sentiasa berdoa agar mereka yang bertugas menjaga keselamatan negara ini akan berada dalam keadaan yang selamat sentiasa," ujarnya. "Islam amat menitik berat tentang keselamatan negara dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi, justeru, perajurit semua diseru agar membulatkan hati dalam meneruskan perjuangan mempertahankan keselamatan negara ini," katanya lagi. Turut hadir dimajlis penyampaian tersebut, Isteri Menteri Besar Kelantan,Datin Hajjah Tuan Sabariah Tuan Ishak,Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Mohd Aiseri Alias,Pegawai Kewangan Negeri Haji Mohd Faudzi Che Mamat,Exco negeri dan pegawai kerajaan._mna _ |
Stop Lynas
IKLAN PINJAMAN
Followers
Tuesday, September 8, 2009
Polis, tentera antara pasukan berunifom terima sumbangan raya Kelantan
Monday, September 7, 2009
Naib Yang Dipertua Pas Kuantan Meninggal Dunia....Al Fatihah
Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Shukri selepas selesai pengkebumian jenazah
Al-Fatihah. Sedekahkanlah kepada seorang pejuang dalam Pas Ustaz Bahrin Mohamad selaku Naib Yang Dipertua Pas Kuantan, yang baru saja meninggal Dunia pada pukul 11 malam tadi dan selamat dikebumikan pada pukul 10.30 pagi tadi.
Beliau berkhidmat dan berjuang dalam Pas dari muda hingga lah beliau menghembuskan nafas terakhir pada malam tadi ketika sedang menjalankan usrah di Surau Pasir Putih di Peramu. Begitu kebetulan apabila arwah meninggal pada malam ke 17 berpuasa iaitu malam dimana Nuzur Quran.
Arwah telah disembahyangkan di Surau tersebut dan kehadiran yang begitu ramai ahli Pas dari seluruh pelusuk Kuantan dan kawasan sekitarnya menyebabkan sembahyang jenazah terpaksa di sembahyangkan beberapa kali dan bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir pukul 10.00 pagi. Orang ramai tidak putus-putus datang untuk menghadiahkan Fatihah dan doa.
Semoga rohnya dicucuri Rahmat oleh Allah SWT....Amim...
Bubur Lambuk percuma dari Pas Taman Tas
Kelihatan Ketua Pas Cawangan dan Ajk sedang menyediakan rempah ratus untuk dimasak.
mengacau bubur lambuk yang hampir masak
Membungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk Taman Tas.
Kasino di Taman Tas..... Apa tindakan Jabatan Agaman Islam Pahang.
Dato' Sri Mohd. Najib Abdul Razak handing over the KPMG Shareholder Value Award 2004 for top sectoral winner in the leisure category to Mr. Ng Foo Leong, Executive Director of Berjaya Sports Toto Berhad. 

Jabatan Agama Pahang kini sibuk menjalankan kerja-kerja untuk membenteras orang islam yang meninggalkan puasa dan makan dikhalayak ramai. Syabas diucapkan dengan kerja yang murni itu. Tetapi apa yang kami diTaman Tas ini hadapi sekarang adalah masalah tempat judi yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Terlalu banyak permis dan lesen judi yang diluluskan dikawasan taman tas. Dimana kami lihat ramai yang mengunjunginya adalah daripada orang islam yang tidak langsung menghormati bulan ramadhan. Kedai Toto yang sekian lama berada dikawasan taman tas dan boleh dikatakan setiap hari permis itu penuh dengan manusia yang menggelarkan diri mereka islam hadhari yang tanpa segan dan silu menjadikan permainan ini sebagai ruting harian mereka, walaupun dibulan puasa.
Cakap-cakap orang yang datang surau menyatakan makin banyak kedai-kedai haram judi mesin kuda kini bermaharaja lela di kawasan Taman tas dan juga di lubuk puyu. Kami jangkakan sebanyak 5 hingga 6 permis yang menjalankan perniagaan ini dan yang paling ramai mengunjunginya ialah orang melayu dan anak-anak muda yang baru lepasan sekolah dan juga masih bersekolah, Kerajaan serta Jabatan Agama mesti ambil perhatian terhadap perkara ini dan sudah menjadi tanggugjawap pihak memerintah dan pihak yang mempunyai kuasa untuk mencegah perkara tersebut sebelum ianya diambil alih oleh rakyat. Jika rakyat yang membuat hukum sendiri jangan pula kerajaan melenting dan baru nak turun memerhatikan apa yang berlaku.
Perkara ini telahpun diadukan kepada pihak berwajib dan masih tidak ada tindakkan yang diambil dan ini akan menyebabkan akan ramai lagi manusia islam akan menjadi sesat dan akan banyak lagi keburukkan yang akan berlaku berbanding kebaikan. Masalah ini akan menyebabkan berlakunya kejadian curi dan jenayah lain yang mungkin akan dilakukan oleh mereka yang asyik dengan mesin judi kuda dan toto.
Dalam permis judi tersebut disediakan makan-minum yang mana boleh dibeli oleh mereka yang sedang berjudi terutamanya dalam permis judi kuda dan tidak hairanlah sesiapa yang masuk kesana boleh mendapatkan makanan begitu mudah dan dibulan yang mulia ini.Begitu ramai umat islam hadhari ini yang makan dan minum didalam permis tersebut. Jabatan Agama sepatutnya membuat serbuan didalam permis tersebut kerana ada ramai yang tidak berpuasa dan jika mereka berpuasapun ianya menjadi kesalahan dalam agama islam kerana berjudi dan diharap Jabatan Agama Islam pahang dapat melakukan sesuatu untuk membenteras umat ialam berjudi dan juga menghapuskan terus tempat judi tersebut, Kenapa lah kerajaan meluluskan lesen judi tersebut sedangkan boleh dikatakan semua agama yang ada di Malaysia ini mengharamkan judi, jadi tujuan apa masih ada lagi lesen judi diluluskan? Tahukah mereka yang hasil dari judi itu haram? kalau tahupun ramai yang buat-buat tak tahu sedangkan penasihat kerajaan adalah Mufti, takkan mufti tak tahu perkara ini atau mendiamkan diri agar sama-sama menikmati hasil tersebut, jangan sampai ada yang beranggapan mufti terlibat dengan perkara ini. Jangan kerana habuan yang sedikit tak pasal-pasal masuk Neraka Allah SWT.
Masalah sosial dan kejadian pecah rumah terus menjadi kebimbangan kami di Taman Tas, Kami rasa kalau nak benteras jenayah dikawasan ini, perlulah diambil kira puncanya dan kami beranggapan yang menjadi punca ialah permis judi dan juga penagihan dadah. Pihak berwajib perlu segera memainkan peranan dan hapuskan dulu tempat judi ini. Yang menjadi muskil pada kami ialah kenapa perkara ini belum dapat dihapuskan sedangkan yang memerintah Pahang adalah tergolong daripada mereka yang mengaku Islam dan Pihak Polis yang sepatutnya mengawasi kawasan ini seolah membutakan mata mereka daripada bertindak meyerbu permis da menutupnya. bagaimana pula peranan Jabatan agama Pahang? kalau tak cukup kakitangan apa salahnya bagi kuasa kepada Pegawai Masjid untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
Sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Selangor sekarang.
Saturday, September 5, 2009
Khir Toyo mahu jadi Wira kepala lembu


Khir Toyo menyifatkan perarakan kepala lembu, bukan isu agama, tetapi kelapa lembu itu, menurutnya bermaksud "kerajaan telah membuat satu keputusan bodoh seperti lembu dalam menangani kontroversi tersebut". "Mungkin ada kesilapan, tetapi tujuan mereka bawa kepala lembu bukan untuk menghina orang India. Tujuannya hendak menggambarkan kerajaan hari ini bertindak tidak mengikuti fikiran". Katanya lagi yang terang-terangan menyokong tindakkan perarakan kepala lembu itu.( Malaysiakini)
Kalaulah orang yang membuat perarakan itu cerdik tidak perlulah mereka membawa kepala lembu untuk menggambarkan kerajaan bodoh, hanya nyatakan di banner atau pun laungkan saja, tapi yang dilakukan oleh mereka adalah satu kebodohan tanpa memikirkan yang tindakkan itu akan meyebabkan kemarahan penganut hindu. Kalau mereka yang melakukan perarakan itu tidak bodoh , mereka boleh fikirkannya sebelum melakukannya.
Khir Toyo ingin menjadi wira kepada penduduk di seksyen 23 dengan kenyataan terbarunya mengenai isu kuil yang hendak dibina di tempat tersebut. Sebenarnya Khir Toyo inginkan dia menjadi tumpuan dan cua untuk rakyat lupa ap yang telah mereka lakukan ketika pemerintahannya dulu....perkara ini pernah menjadi isu seketika dulu dan telah dihentikan sementara dan projek yang telah dilakukan oleh Khir Toyo di seksyen 18 dimana telah menelan belanja sebanyak RM 1 juta dan hingga kini tempat tersebut menjadi projek gajah putih yang tidak kesudahan dan membazirkan duit rakyat ketika itu.
Kepada penduduk seksyen 23 bersabarlah dengan apa yang berlaku dan tabah menghadapinya dibulan Ramadhan ini. Bawak lah berbincang dan jangalah mengikut perasaan dan jangan dengar apa yang dihasuti oleh orang umno yang cuba untuk menjatuhkan kerajaan sekarang. Kalaupun ada yang tidak kena hendaklah berbincang, dan kepada pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat hendaklah dengar apa saja keluhan rakyat dan jangan terlalu mengikut kata hati yang kelak akan merosakkan diri kita dan juga parti kita yang sekarang bagaikan anak dara sunti yang diperhatikan oleh rakyat untuk dinilai kelak. Bersamalah kita untuk menjadi pemimpin dan bukannya menjadi orang yang dipimpin.
Tiada siapa yang boleh menidakkan Kuasa Allah SWT.... PRK Bagan Pinang

Siapa yang boleh menidakkan kuasa Allah SWT, walaupun SPR sekalipun tak mungkin mereka dapat menidakkan kematian sepertimana mereka menidakkan kekosongan kerusi Kota Seputeh di Kedah, Kalau SPR menidakkan kekosongan kerusi Bagan Pinang maka ternyatalah yang SPR menempah maut.
ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban semalam.Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail.Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%)
Dengan kuasa Allah SWT maka ternyatalah yang SPR cuba untuk menjadi pahlawan kepada Umno-Bn dengan cuba untuk mempertahankan kesalahan Adun Kota Seputeh yang gagal hadir ke sidang Dun sebanyak 2 kali. Mengikut pelembagaan tubuh kerajaan negeri Kedah telah menyatakan kesalahan itu membolehkan speaker mengosongkan kerusi tersebut. Tetapi SPR cuba dan dengan angkuhnya telah menolak dan menyatakan kerusi adun tersebut tidak kosong dan dengan Kekuasan Allah SWT maka Allah ganti dengan kerusi Adun Bagan Pinang. Kita akan lihat adakah SPR mampu menidakkan kekosongan kerusi tersebut.
Thursday, September 3, 2009
600 ahli komponen BN sertai PKR
| Malaysiakini melaporkan... | ||
| |
Bekas anggota parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan PPP dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.
"Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut," katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di Ipoh hari ini.
Beliau mendakwa lebih ramai anggota MCA di Perak akan menyertai PKR selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu selesai yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Ini adalah gelombang pertama... ramai lagi akan sertai PKR selepas EGM.
"Kebanyakan mereka memegang jawatan di peringkat MCA bahagian dan meminta untuk mengundi dalam EGM terlebih dahulu sebelum menyertai PKR," katanya.
Ditanya sama ada tindakan menyertai PKR oleh anggota MCA berkenaan ada kaitan dengan kes pemecatan timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini, Yap yang juga bekas naib pengerusi MCA bahagian Ipoh Timur berkata, anggota parti berkenaan menyertai PKR disebabkan tertarik dengan idea "sistem dua parti" dan bukannya disebabkan faktor pemecatan bekas menteri kesihatan itu.
Yap bersama bekas menteri kesihatan Datuk Chua Jui Meng dan bekas senator David Yeoh keluar MCA dan menyertai PKR Julai lepas. BERNAMA
{ satu lagi tamparan hebat yang akan diterima UBN di Perak jika ianya benar-benar berlaku dan ini telah menangkis tangapan orang umno dan pekida yang mereka cetakkan dibanner di Perak semalam iaitu mereka beranggapan rakyat Perak menyokong Zambry dan kerajaan Bn pilihan rakyat.... nampaknya mereka bermimpi disiang hari. }
Wednesday, September 2, 2009
Ibrahim Ali berkokok lagi... lupa kampong tergadai


Ibrahim Ali semalam dengan rasa bangganya dan angkuhnya telah menghantar satu memoradum kepada Hishamudin Menteri Dalam negeri. Memoradum itu telah menyebut bahawa NGO Perkasa mahu supaya ISA di perluaskan lagi penggunaannya dari yang sedia ada untuk menjaga hak istimewa orang Melayu.
YB Yang tak tahu diuntung ini berhasrat untuk menunjukkan dia seorang yang membela rakyat dan apa yang lebih tepat lagi adalah dia sekarag cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian PM agar menerimanya kembali dalam Umno. Walaupun dia sekarang berhutang dengan rakyat dan pengundi di Pasir Mas dimana dia menang atas tiket Pas pada PRU 12.
Apa feadahnya dia buat semua itu? kalau bukan untuk membuatnya popular kembali dan yang menjadi mangsa adalah yang berada dalam kandang ISA yang zalim itu, sesiapa yang setuju dengan perkara atau perbuatan zalim maka dia telah pun dilaknati oleh Allah SWT.
Wahai Ibrahim Ali yang tak sedar diri, kamu sudah ditolak oleh Umno kerana mereka tu sama bodoh je dengan kamu, Kalau nak sangat masuk umno kembali, letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas dan bertanding lah kembali atas tiket UBN dan kita lihat siapa yang menang! Kamu wahai Ibrahim Ali, telah ditolak oleh rakyat dan oleh kerana kamu bertanding diatas tiket Pas maka ramai yang mengundi kamu dan bukannya kamu yang popular.
Blog merah hitam ada bertanya apakah doa untuk si YB katak ini? Bagi ana baiklah kita berdoa agar dia disedarkan oleh Allah SWT agar kembali kepangkal jalan dan bertaubat agar dia diampunkan oleh Allah SWT dengan dosa yang dilakukan kerana menipu pengundi dan juga kepimpinan Pas dan bersungguh dalam memertabatkan Islam dalam memperjuangkannya bersama Pas.
Tuesday, September 1, 2009
Kilang batu-bata akan dipindahkan ...setelah sekian lama penduduk menderita.

Masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Tas/Taman Tas Ria yang sekian lama telah dibelenggu oleh habuk dan asap dari sebuah kilang batu bata yang begitu lama telah beroperasi dikawasan perumahan ini. Dengan kerjasama dari pihak Pahang Daily Online telah disebarkan masalah ni didalam blog tersebut dan sejak daripada itu isu ini telah menjadi buah mulut penduduk ditaman berkenaan dan sehingga pagi tadi ana telah mendapat satu berita yang disampaikan oleh jiran ana tentang perpindahan kilang tersebut akan dijalankan pada hujung tahun ini dan perpindahan akan mengambil masa enam bulan bermula awal tahun hadapan.
Banyak kali ana cuba untuk berjumpa dengan YB Zaili Besar namum gagal mungkin kesibukkan beliau dengan kerja. Tujuan ana adalah untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin dan ana sanggup menjadi wakil kepada penduduk untuk membuat bantahan sekiranya YB Zaili gagal untuk menyelesaikannya, tetapi Allhamdulillah semuanya Insya'Allah akan diselesaikan hingga hujung tahun ini. Jika mereka pihak kilang gagal berpindah sehingga tahun depan maka ana akan kumpul penduduk dan akan membantah dan melakukan apa yang patut sehingga perkara ini selesai.
Apa yang kami lakukan hanya lah menuntut janji yang dibuat oleh pihak berkuasa yang telah berjanji akan selesaikannya pada bulan enam tahun lepas dan meminta dilanjutkan sehingga tahun ini. Pihak YB dan seluruh agensi berkaitan telahpun melakukan apa yang patut dan terbentuklah perjanjian terbaru bahawa kilang tersebut hanya akan beroperasi sehingga hujung tahun ini dan persiapan perpindahan sehingga tanah tapak kilang bersih dari sisa kilang diberikan tempoh sehingga bulan enam tahun depan. Sekiranya gagal maka pihak kilang akan berhadapan dengan Para penduduk disini dengan bantahan besar-besaran sehinggalah perkara ini selesai dan kami para penduduk berteimakasih kepada pihak yang sanggup menyelesaikan perkara ini.
Rakyat Malaysia harus contohi Rakyat Jepun... Tukar kepimpinan pada pilihanraya ke 13

Kemenangan bersejarah bagi Parti Demokratik Jepun telah merampas kuasa daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) yang begitu lama berkuasa di Jepun dan telah ditolak oleh rakyat Jepun kerana beberapa kelemahan dalam pemerintahan setelah lemah dalam menangani masalah ekonomi Jepun yang lemah sejak sekian lama dan ini membuktikan yang rakyat Jepun mahukan perubahan dan telahpun dilakukan menerusi pilihanraya yang bersejarah semalam.
DPJ memenangi 308 daripada 480 kerusi di Dewan Rendah pada pilihan raya Parlimen semalam, sekali gus menamatkan tempoh lebih separuh abad pemerintahan konservatif, menurut keputusan rasmi yang dikumpulkan.
Parlimen dijangka mengesahkan Hatoyama, 62, sebagai Perdana Menteri dalam masa dua minggu dan beliau bersedia membentuk pakatan dengan parti-parti sekutu lebih kecil seperti Parti Demokratik Sosial dan Parti Baru Rakyat.
Diharap parti yang baru memerintah Jepun dapat membuat perubahan dalam segi ekonomi dan sosial dan ini telah dijanjikan oleh parti yang menang dan dijangka akan membentuk satu kepimpinan yang mantap dari segi ekonomi dan juga soaial yang diharapkan oleh rakyat Jepun.
Di Malaysia haruslah rakyat mencontohi rakyat Jepun yang sudahpun menukar kerajaan yang baru. Tiada kekecohan dan perkara yang tidak diingini berlaku di Jepun walaupun kerajaan ditukar dan ini membuktikan orang Jepun lebih bertemadun dan bijak untuk menentukan masa depan bersama pemimpin yang akan melakukan perubahan dan ekonomi yang stabil diharapkan dan sekiranya rasuah dapat dihalang dan dihapuskan maka ekonomi akan dapat distabilkan. Begitu juga dengan apa yang harus berlaku di Malaysia, sekiranya rakyat inginkan perubahan dan kepimpinan yang lebih telus dengan mempunyai pemimpin yang takut dengan Allah SWT ,nescaya negara kita akan terus menikmati keharmonian yang berterusan anugerah dari Allah SWT Insya'Allah.