Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Wednesday, February 24, 2010

Hakmilik: Peneroka Felda mengadu pada Suhakam

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.

Memorandum tersebut diserahkan oleh presidennya Mazlan Aliman (kiri) kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim (kanan) di pejabatnya kira-kira jam 3.30 petang ini.

Turut hadir ialah barisan peguam yang ketuai oleh Ahmad Nizam Hamid serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi.

Kira-kira 100 peneroka hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut kepada Suhakam.

Dalam memorandum tersebut, persatuan itu menyenaraikan beberapa aduan termasuk dakwaan diskriminasi terhadap 25,000 peneroka yang mengendalikan sendiri kebun mereka selepas melangsaikan bayaran hutang.

"Tanah mereka itu, sudah selesai bayaran hutangnya, tetapi sampai hari ini, mereka tidak dapat hak milik," kata Mazlan dalam aduannya kepada Khalid.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS juga mendakwa terdapat peneroka menerima ugutan daripada Felda, termasuk dakwaan akan disingkirkan dari tanah rancangan.

Menurutnya, terdapat sesetengah peneroka Felda telah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan hak milik tanah mereka itu, termasuk membuat laporan polis, berjumpa dengan menteri dan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Dalam memorandum tersebut, peneroka juga menuntut hak mereka yang telah dinafikan oleh agensi kerajaan itu selama ini, antaranya wang tanam semula sebanyak RM17,000 yang tidak diterima mereka sehingga hari ini.

Selain itu, mereka juga mendakwa dinafikan hak, antaranya, untuk mendapat bantuan tanam semula Risda bagi tanaman getah, lesen menjual hasil sawit dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta bantuan pendidikan dan pinjaman usahawan.

Dalam aduannya juga, Mazlan turut mendakwa Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960 telah menjadi "senjata" agensi kerajaan itu untuk mengawal selia keseluruhan aktiviti dan kegiatan peneroka.

"Mereka akan menyebut akta ini termasuklah berhubung pengurusan ladang, dan kegiatan aktiviti peneroka mengikut tafsiran felda. Dan peneroka tidak boleh buat apa-apa," kata Mazlan.

Memorandum itu juga mendakwa akta tersebut membolehkan penguasaan tanah rancangan secara langsung dalam bentuk syarat nyata yang tertulis dalam surat hak milik peneroka, sama ada secara tersirat atau tidak nyata.

Akta itu, menurut memorandum tersebut, tidak membenarkan tanah mereka digadai, dipecah-pecahkan atau dibahagikan dan diserahkan kepada seorang penama sahaja.

Akta ini, kata peneroka terbabit, telah menimbulkan konflik dalam keluarga dari sudut pembahagian pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan generasi kedua.

Memorandum itujuga mendakwa, peneroka terpaksa menandatangani beberapa perjanjian untuk mendapat hak milik tanah, termasuk perjanjian penanaman semula yang diperkenalkan beberapa tahun dahulu.

Peneroka juga didakwa tidak mendapat salinan surat perjanjian tersebut dan felda juga boleh bertindak hingga ke tahap mendapatkan 'kaveat' tanah peneroka.

Dalam majlis tersebut juga lima wakil peneroka felda dari pelbagai negeri turut mengemukakan aduan lisan mereka kepada Khalid, yang rata-ratanya berkisar mengenai masalah yang dibangkit itu.

Sementara itu, Khalid berkata bagi pihaknya tidak pernah menerima aduan berhubung masalah yang dihadapi oleh peneroka.

"Kami hanya mendengar yang elok-elok sahaja, yang tidak ada masalah. Oleh sebab itu, kita mahu mendengar sendiri dari peneroka sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan penjelasan daripada Felda sendiri berhubung aduan yang dikemukakan oleh persatuan tersebut.

Sehubungan itu, para pesuruhjaya Suhakam akan bermesyuarat pada 8 Mac depan untuk mengkaji dan menentukan tindakan mereka berhubung aduan yang diterima itu, termasuklah membuat siasatan nasional sekiranya sukar untuk mendapatkan maklumat.

"Kita tidak ada kuasa untuk memaksa kerajaan mesti buat itu, mesti buat ini. Kita hanya menyampaikan kepada kerajaan, maklumat yang tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya.

Manakala Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula memberitahu pemberita sebelum penyerahan memorandum tersebut bahawa sebagai ahli parlimen, akan membahaskan akta Akta Penempatan Berkelompok 1960 (GSA) dan masa depan Felda dalam sidang parlimen yang akan bermula 15 Mac ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, akta tersebut menindas peneroka dan sudah tiba masanya akta tersebut di semak semula.

Terdapat 112,635 peneroka di Malaysia di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, tiga buah negeri yang mempunyai jumlah peneroka yang ramai iaitu Pahang (43,123); Johor (27,641) dan Negeri Sembilan (16,429) orang.

Felda Lurah Bilut di Bentong yang dibuka pada 1958 adalah rancangan Felda yang terawal dengan projek penanaman getah, manakala Felda Taib Andak di Kulai Johor dibuka pada 1961 untuk penanaman kelapa sawit.

Sumber/link

Thursday, February 18, 2010

Ternyata konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim didalangi oleh Umno.



Sepanjang perbicaraan kes liwat Anwar dan Saiful telah melihatkan betapa apa yang berlaku adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan karier Anwar dalam Politiknya. Perkara ini telah dibuktikan dengan campur tangan oleh pihak Umno dalam menguasai keputusan Mahkamah kelak. Perkara yang nyata adalah apabila ramai diantara pemimpin Umno melenting apabila kerajaan Australia cuba untuk mencampuri prihal pembicaraan kes liwat tersebut. Kalau bukanlah kes ini dirancang oleh Umno, mana mungkin perkara ini boleh berlanjutan sehinggakan ramai diantara pemimpin dunia tidak bersetuju dengan cara pembicaraan yang sedang berjalan sekarang.

Umno cuba untuk mengembalikan kisah lama yang berjaya dilakukan oleh Bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Beliau sendiri telah mengaku bahawa Anwar tidak melakukan apa-apa kesalahan dan ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar yang ketika itu adalah Timbalannya. terbaru Demo yang dilakukan oleh pemuda Umno dan juga beberapa NGO mengantar memorandum kepada Surahanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur semalam mendesak kerajaan Australia tidak mencampuri pembicaraan kes liwat Anwar, apa semua ini ? mereka di Australia nampaknya telah tahu apa yang berlaku di sini adalah satu konspirasi untuk jatuhkan Anwar yang terang-terang telah didalangi oleh umno. Jika tidak kenapa pemuda Umno dan NGO terpaksa buat demo untuk menyerahkan memo tersebut dan mungkin kita boleh beranggapan bahawa jika perkara ini tidak berjalan dengan lancar maka habislah perancangan yang dirancang begitu rupa untuk mengembalikan Anwar ke Sg. Buloh.

Si Jamil Khir pula telah membantah terhadap permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohd Saiful . Anwar membuat satu laporan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Jawi mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. Tapi kenapa si Jamil Khir pula yang bantah?, sepatutnya yang bantah adalah Si Saiful dan bukannya kerajaan Malaysia yang diwakili Si Jamil Khir. Kan Nampak pelik tu, dan ini bolehlah dikatakan perancangan mereka tidak begitu mantap dan ada tempat Anwar untuk membocori fitnah yang begitu kejam ini.

Setelah apa yang berlaku dan dilakukan oleh umno sepatutnya rakyat sudah nampak akan kejahatan yang didalangi oleh umno ini. Walaupun mereka nampak alim dengan isu khalimah Allah namun busuk hati mereka itu terdedah juga dengan konspirasi ini.

Wednesday, February 17, 2010

Kenyataan Zulkifli Nordin bagaikan nak keluar parti...pie berambus.



Kenyataan YB Zulkifli Nordin yang sekian hari nampak telah diterima dengan gembiranya oleh enyokog beliau dari kalangan Umno merupakan seorang yang angkuh dengan pangkatnya dan juga gilakan glemour yang kini semakin terdesak untuk mendapatkan perhatian akhbar.

Berbagai kenyataan dikeluarkan dan kini nak kutuk Tok Guru Nik Aziz pula, siapa dia nak buat itu semua?, kalau setakat seorang yang memperjuangkan Khalimah Allah dah menganggap dirinya telah pun memperjuangkan agama, maka dia tak ubah seperti orang-orang umno yang hanya tahu nak memecahbelahkan orang islam dan cuba memainkan isu perkauman dan isu agama setelah mereka terdesak.

Takkan lah kerana isu ini nak buat musuh dengan Pas, yang telah lama memperjuagkan islam dan mereka yang ada dalam Pas adalah ulamak yang menghambakan diri dengan ilmu Allah sepanjang hidup mereka. Dan kini berjuang untuk mendapatkan hak orang islam dan cuba untuk menjalankan hukum-hukum Allah. Sepatutnya Zulkifli mengambil sikap menyokong apa saja tindakkan yang dilakukan oleh pemimpinnya dan bukannya membuat kenyataan membabi buta tanpa memikirkan apa akibatnya setelah dia mengeluarkan kenyataan yang berbaur menyokong umno. Kan lebih nampak jantan jika keluar je parti dan masuk Umno jika mahu menentang perjuangan Tok Guru.

Tuesday, February 16, 2010

PJ Pas Wilayah Sudah diketemui...Alhamdulillah.


Pesuruhjaya PAS Wilayah, Hj. Mohamad yang sebelum ini dilaporkan hilang telah selamat kembali ke rumah jam 2 petang tadi, demikian lapor Herman Shamsudeen di dalam blognya.

"Saya baru tahu selepas cuba menghubungi HP beliau dan bercakap sendiri dengannya sebentar tadi," demikian tulisnya.

Menurutnya di dalam panggilan tadi, beliau sempat bertanya khabar dan lokasi beliau sahaja. Suaranya agak kepenatan, jadi beliau tidak bertanya banyak.

Tapi berdasarkan siasatan dan maklumat sebelumnya, beliau ada urusan peribadi di Temerloh sehingga perlu bermalam disana.

Sebelum ini dilaporkan Ustaz Mohamad Nor Kali didapati hilang dan tidak dapt dihubungi sejak beberapa hari lalu. Kali terakhir beliau dilihat adalah dalam mesyuarat Koperasi Muslimin Berhaddan beliau dilihat keluar dengan Unser merahnya, WJD 4469.

Demikian beritahu anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali kepada Harakahdaily.

MenurutLo' Lo', salah seorang ahli mesyuarat itu memberitahu, Haji Mohamad memberitahu, dia mahu berjumpa dengan kawan pada tengah malam itu.

Namun, selepasnya beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi, kata Lo' Lo'.

Sumber/Link

Monday, February 15, 2010

Hilang sejak 4 hari lepas: Doakan PJ PAS Wilayah selamat


KUALA LUMPUR, 15 Feb: Ahli dan Penyokong PAS di Wilayah Persekutuan di pohon supaya berdoa agar pesuruhjaya mereka, Haji Mohamad Nor berada dalam keadaan selamat selepas tidak dapat dihubungi sejak Jumaat 12 Februari lepas.

Kali terakhir beliau dilihat adalah dalam mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad dan beliau dilihat keluar dengan Unser merahnya, WJD 4469.

Demikian beritahu anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali kepada Harakahdaily.

Menurut Lo' Lo', salah seorang ahli mesyuarat itu memberitahu, Haji Mohamad memberitahu, dia mahu berjumpa dengan kawan pada tengah malam itu.

Namun, sehingga kini beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi, kata Lo' Lo'.

Sehubungan itu, beliau memohon ahli PAS berdoa agar PJ Wilayah Persekutuan itu berada dalam selamat dan dapat menghubungi keluarganya dengan segera.

"Saya memohon Unit Amal dan Briged Amal agar membuat skuad mencari segera," cadang Dr Lo' Lo'.

Dalam pada itu anaknya, Umar Mohamad Nor berkata, kali terakhir ayahnya dilihat adalah di kawasan rehat dan rawat Maran, Pahang pada Jumaat malam yang lalu.

Pada pagi esoknya kira-kira jam 8.00 pagi, telefon beliau dikesan berada di Temerloh, Pahang.

"Sejak itu kami tidak ada sebarang maklumat lagi tentang ayah," kata Umar kepada Harakahdaily.

Menurut Umar, perkara ini tidak pernah lagi berlaku ke atas ayahnya kerana dia akan memberitahu kemana sahaja dia akan pergi.

Sumber/Link

Thursday, February 11, 2010

Pelajar mati lemas di lombong .



FEB 10: 6.30 PM: Pelajar sekolah Pandan 2 ,tahun lima didapati mati lemas dilombong tinggal. Mohd Fauzi 11 tahun dari sekolah Kebangsaan Pandan, Kuantan dilihat bersama-sama 3 lagi rakannya pergi mandi di sebuah lombong yang sudah lama ditinggalkan yang berhampiran dengan sekolah berkenaan. Jarak hanya lima minit dari sekolah jika berbasikal memudahkan pelajar untuk pergi ketempat tersebut.

Pada pukul 4.00 ptg Bapa saudara mangsa menerima berita dari rakan mangsa dan bergegas ketempat kejadian, namun gagal untuk menyelamatkan mangsa memandangkan mangsa tidak kelihatan dan dipercayai tenggelam didasar lombong tersebut. Beliau Sdr Daud dan isterinya merupakan orang yang pertama sampai ditempat kejadian dan telah membuat aduan polis. Pukul 5.15 petang sebilangan polis sampai dan tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan tiada kelengkapan menyelam. Anggota bomba dan menyelamat tiba kira-kira 6.15 petang dan berjaya menemui mangsa pada pukul 6.20 petang memandangkan tempat mangsa dipercayai jatuh tidak jauh daripada tebing lombong tersebut.

Mangsa merupakan anak yang ketiga daripada enam adik beradik merupakan seorang yang aktif dan mesra dengan semua orang. Ibunya yang baru saja lepas pantang untuk anak yang keenamnya berkata bahawa mangsa balik dari sekolah sesi pagi pada pukul 12.30 dan terus mandi serta makan tengahari dengan begitu banyak sekali dan mangsa juga makan yang biasanya tidak pernah dimakannya. Ibunya tidak dapat mengagak akan keanehan yang ditunjukkan mangsa dan sempat mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya kerana mahu kesekolah semula untuk latihan sukan, namun ibunya agak pelik memandangkan latihan sukan itu sepatutnya bermula pukul 5 petang namun mangsa tetap pergi kesekolah lebih awal tanpa menyatakan sebabnya.

Bapa mangsa merupakan seorang pemandu lori berada di Johor semasa kejadian. Beliau bergegas pulang setelah menerima berita dan tidak dapat memandu sehinggalah keluarganya yang datang untuk membantu. Beliau tiba dirumah hampir tengah malam dan perasaan sebak bila melihat anaknya terbujur kaku diruang rumahnya. Keluarga beliau menenangkan keadaan.

Cerita dari kawan mangsa yang bersamanya menyatakan bahawa mangsa dan seorang lagi rakannya telah terjun ke lombong tersebut ,manakala dua orang lagi hanya menjadi pemerhati dari atas. Apabila mangsa tidak timbul setelah terjun kedalam lombong tersebut telah larikan diri dan memberitahu kepada rakan lain untuk dilaporkan kepada ibubapa mangsa. Seorang lagi rakan mangsa tidak berjaya untuk membantu mangsa dan terus pulang kerumah kerana ketakutan.

Namun apa yang terjadi diharap dapat membuka mata semua orang dan penduduk di sekitar kawasan lombong tersebut agar memerhatikan pergerakan anak masing-masing supaya kejadian tersebut tidak lagi berulang, kepada pemerintah pula agar dapat berbuat sesuatu supaya perkara ini tidak lagi berulang. Walaumacamana sekalipun semua ini adalah kehendak Allah SWT dan tiada siapa yang dapat menegahnya, namun apa yang terjadi merupakan satu peingatan kepada kita.

Jenazah akan dikebumikan dikawasan pengkebumian terdekat dengan Taman Tas ria dan diuruskan oleh khairat kematian surau Al Amin Taman Tas Ria Kuantan. Mangsa akan dikebumikan pada pagi ini sebelum solat zohor.

Sunday, February 7, 2010

Mazlan Aliman buat laporan polis terhadap Felda di IPD Kuantan.



Pada pukul 11.00 pg diperkarangan IPD Kuantan dimana Sdr Mazlan Aliman Pengerusi ANAK bersama peneroka Felda sekitar Kuantan telah membuat satu aduan polis terhadap Felda. Seramai 20 orang peneroka bersama Sdr Mazlan Aliman telah membuat laporan polis bersama dengan satu laporan polis berkaitan dengan jenayah yang dilakukan oleh Felda terhadap peneroka.

Disini ada salinan lengkap laporan polis yang dibuat:

Laporan dibuat terhadap:-
1. YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak
Perdana Menteri Malaysia.
2. YB Dato' Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
3. Tan Sri Dr Yusof Nor
Pengerusi Felda
4. Dato' Dzulkifli Abd Wahab
Pengarah Besar Felda
5. Felda Palm Industries Sdn. Bhd.

Pengenalan

Seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Tanah Merah Kelantan telah memfailakn saman di mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 22 September 2002 terhadap Felda sebagai defendan pertama, Pengurus Felda Kemahang 3, Ibrahim Ismail sebagai defendan kedua dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defandan ketiga. Para peneroka berkenaanmendakwa berlaku penipuan dalamurusan jual beli hasil sawit mereka.

Aduan
1. Hakim Datuk Mohd Azman Husin dalam keputusan penghakiman nya bertarikh 13 Januari 2008 berkata wujud bukti konspirasi antara pengurus Felda dan kilang sawit Felda untuk menipu gred harga sawit.

2. Hakim Datuk Mohd Azman Husin mendapati kadar gred harga kelapa sawit yang diberikan kilang sawit Felda adalah tidak munasabah.

3. Hakim Datuk Mohd Azman Husin memerintahkan Felda dan Felda Palm Industries membayar ganti rugi sebanyak RM 7.8 juta.

4. Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datu Gopal Sri Ram dalam keputusan rayuan Felda bertarikh 19 Januari 2010 di Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu,

5. Mahkamah Persekutuan mengarahkan Felda membayar ganti rugi kepada 354 peneroka Felda Kemahang sebanyak RM 11 juta iaitu meningkat disebabkan faedah yang terkumpul dengan purata peneroka menerima RM 30,000.

Tuntutan

1. Pihak Polis mesti menyiasat dan mendakwa Felda atas tuduhan penipuan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

2. Pihak Polis mesti menyiasat adakah amalan penipuan tersebut masih berjalan sehingga hari ini.

3. Pihak Polis mesti menyiasat adakah penipuan dilakukan oleh induvidu dalam Felda atau ianya perancangan pengurusan Felda kerana terdapat 70 kilang kelapa sawit Felda seluruh negara.

4. Pihak Polis mesti menyiasat, wang RM11 juta untuk membayar gantirugi kepada 354 orang peneroka Felda Kemahang 3 menggunakan wang mana.

Keputusan Mahkamah Persekutuan memberi implikasi yang sangat besar kepada kehidupan 112,635 orang peneroka seluruh negara. Ketika ini ada satu lagi kes yang sama telah difailkan oleh lebih 600 orang peneroka Felda Gugusan Maokil, Labis Johor dengan tuntutan lebih daripada RM 70 juta di MAhkamah Tinggi Johor Bharu.

Sebarang penipuan , penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa telah mencalar reputasi Felda sebagai Agensi pembangunan tanah terbesar di dunia yang diterajui sendiri oleh Perdana Menteri. Ianya bukan sahaja menjejaskan kepercayaan rakyat ,tetapi mendatangkan kerugian besar kepada pendapatan peneroka.

Laporan dibuat kepada lima orang penama diatas kerana merekalah yang bertanggungjawap sepenuhnya terhadap dasar dan perjalanan Felda serta kaitan dengan aduan yang dibangkitkan.

Saya mendesak laporan ini disiasat dan tindakkan segera dapat dilakukan.

Tamat.

Laporan ini telah ditulis oleh Sdr Mazlan Aliman dan telah menjadi laporan polis yang juga telah dilaporkan oleh peneroka lain yang hadir dan ini telah menyebabkan kesesakan dalam balai polis di Kuantan. Laporan lain juga ada yang dilaporkan oleh peneroka dari Jengka 4 dimana ada penipuan tentang primium insuran yang terpaksa dibayar oleh peneroka sebanyak RM24 sebulan dan dipotong dari hasil pendapatan peneroka. Ini satu lagi penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pengurus Felda berkenaan yang memaksa peneroka membayar primium insuran tersebut tanpa persetujuan peneroka dan peneroka sendiri tidak tahu apakah bentu insuran tersebut. maklumat yang diterima menyatakan bahawa yang menjual insuran tersebut adalah isteri kepada pengurus Felda tersebut.

Friday, February 5, 2010

Pas pertahankan kerajaan Pulau Pinang


Peruntukan untuk hal-ehwal Islam yang disediakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi tahun ini adalah yang tertinggi pernah dinikmati oleh institusi Islam di negeri itu selama ini, kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.

Menurutnya, pada 2008, peruntukan untuk hal-ehwal Islam oleh Kerajaan BN hanya RM12.5 juta.

“Namun dalam pembentangan belanjawan tahun 2008 kerajaan Pakatan telah menambahnya kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

“Pada pembentangan belanjawan 2009, peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010.

“Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini yang bertajuk 'Pulau Pinang Maju, umat Islam dan Melayu terbela di bawah Pakatan'.

Di samping itu, katanya, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Sehubungan itu, katanya, PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Pulau Pinang kerana berjaya menunjukan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

Idris mendakwa, walaupun BN cuba menggambarkan bahawa Pakatan tidak mampu mentadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat dapat melihat sendiri cekapnya pemerintahan di bawah Pakatan.

“Pada 2007, kerajaan BN mensasarkan belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada Pakatan, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

“Bagi belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta,” tambahnya.

Menurut Idris lagi, sepanjang pemerintahan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, kontraktor Melayu juga tidak diabaikan

“Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.

“Pada 2008, (seramai) 78 Kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu, telah menerima projek melalui sebut harga.

“Satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

“Pada 2009, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja,” kata Idris.

Pada tahun yang sama, tambahnya, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu 6 Syarikat.

Menurutnya, peningkatan yang ketara ini membuktikan kerajaan Pakatan masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain.

“Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

“Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam pilihanraya lalu,” tambahnya.

Idris berkata, Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri.

“PAS berharap akan kejayaan ini dapat diteruskan dan rakyat di negeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada Pakatan untuk penggal yang akan datang,” tambahnya.

sumber/ link

Wednesday, February 3, 2010

Kerana nakkan perhatian PM.....Ibrahim Ali sanggup lakukan apa saja.



Ibrahim Ali berkokok lagi, kini nak buat demo kat Pulau Pinang pula dengan NGO-NGO lain yang membantah tindakan kerajaan Pakatan Rakyat merobohkan permis perniagaan dinegeri tersebut. Tapi apa yang muskilnya kenapa baru sekarang Ibrahim Al nak berkokok? sedangkan melayu di Pulau Pinang sudah lama dipinggirkan oleh orang umno sendiri. Kemana perginya orang melayu sekian lama BN memerintah Pulau Mutiara itu? Apa orang Umno buat untuk mengembalikan hak orang melayu disana. Pemerintahan kini yang dijalankan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng yang kini cuba untuk berlaku adil dengan semua kaum di Pulau Pinang.

Sebelum ini tidak pernah pun kerajaan BN yang memberikan perhatian kepada orang melayu dan juga islam dalam kebajikan mereka dan dimanakah pemimpin dari golongan orang melayu ketika itu untuk tampil mendokong hak-hak orang melayu disana. Dulu semasa pemerintahan BN ,siapa pemimpin dari umno yang sanggup berdemo untuk menyuarakan kehendak dan hak-hak orang melayu di Pulau Pinang. Sehinggakan orang melayu umpama menumpang di Pulau Pinang.

Kini kerajaan Pulau Pinang yang di ketuai oleh Lim Guan Eng cuba untuk berlaku adil kepada semua, apa yang berlaku hanyalah kesalahan yang biasa dilakukan oleh penjaja yang tidak mengikut undang-undang kerajaan negeri dan bukan hanya di Pulau Pinang saja yang berlaku. Malah hampir disemua negeri ada masalah ini tapi oleh kerana negeri itu bukan dari pemerintahan Pakatan Rakyat,maka tiada siapa yang sanggup untuk berjuang memepertahankan nasib mereka.

Apa yang Ibrahim Ali nak perjuangkan sekarang? atau hanya untuk mengampu PM untuk menerimanya kembali kedalam umno. Kalau dikirakan banyak yang terjadi di negeri pemerintahan Bn yang masih perlukan sokongan untuk membela nasib mereka tapi tidak diendahkan oleh Si Ibrahim Ali. Seperti Kelantan yang kini cuba untuk mendapatkan royalti minyak dari kerajaan pusat, apa Ibrahim Ali buat untuk rakyat Kelantan selain menyokong tindakan PM untuk memberikan wang ihsan sebagai penganti kepada royalti. Kita tengok pendirian Ku Li yang sekarang menyokong tindakan kerajaan Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak kerana dia tahu yang kerajaan Kelantan lakukan itu semua adalah untuk Rakyat negeri Kelantan dan bukannya untuk kepentingan politik.

Ternyata apa yang akan dilakukan oleh Ibrahim Ali adalah kerana inginkan perhatian PM.

Tuesday, February 2, 2010

Cabaran Zambry agak kebudak-budakan....BuBaR Dun Perak!!!!



Ternyatalah bahawa Dr Zambry bukan saja penakut tapi dia juga tak tahu ke jika Yb pembangkang meletak jawatan mereka, maka hilanglah kelayakkan mereka untuk menjadi calon selama lima tahun, ini kah yang dia mahu sebenarnya. Kalaupun 28 kerusi dibubarkan mana mungkin dapat merubah apa-apa pun kerana kalau pembangkang menang kesemuanya pun tidak dapat memerintah kerajaan Perak kerana tidak cukup untuk menubuh kerajaan, jadi kesimpulannya Perak sekarang mempunyai seorang Menteri Besar yang bercakap tanpa menyelidiknya. Jika hang berani, bubarlah DUN dan kita tengok siapa yang kena?!!!!.

Perkara ini telah membuatkan rakyat di Perak merasakan mereka tertipu oleh seorang Menteri Besar yang tidak bermoral dengan mencabar YB Nizar dan semua ahli pembangkang melepaskan jawatan mereka untuk mengadakan pilihanraya kecil. Ini bererti kecekapan seorang menteri Besar tergugat dengan kenyataan ini yang dianggap sebagai pengecut dan cuba menyembunyikan ketakutan mereka dengan membuat kenyatan tersebut.

Cabaran Zambry kali ini merupakan taligantung untuknya dan juga ahli Umno sebenarny kerana cabaran ini tidak langsung mengambarkan beliau seorang yang bertanggungjawap dalam mentakbir rakyatnya dalam negeri Perak. Kesudahannya adalah membubar Dun, itu jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyelsaikan kemelut di Perak.

Monday, February 1, 2010

BN kehabisan modal bila mempelawa pembangkang menyertai mereka.



Sebenarnya apa yang berlaku di Pulau Pinang hanyalah segumit asam garam berpolitik dan ini bolehlah dikatakan yang Pakatan Rakyat boleh dibawa berunding dan mendengar semua keluhan rakyat dan cuba untuk memperbaikinya. Berbeza dengan Umno/BN yang tidak boleh langsung ditegur dan hanya mengikut telunjukpemimpin tertinggi.

Rasanya apa yang dilakukan oleh Ku Li tempohari yang memperjuangkan royalti minyak untuk Kelantan merupakan orang yang tak makan saman dan tidak ada siapa yang berani menentang beliau kerana beliau merupakan aset yang penting bagi umno di Kelantan. Ku Li merupakan orang yang bertanggungjawap dalam perjanjian minyak ketika itu dan beliau menyatakan perkara yang benar malah diperkenan oleh Tuanku Sultan.

Berbeza dengan pemimpin umno yang lain takut menyatakan apa yang benar dan takut menegur jika pemimpin mereka melakukan kesalahan, Pakatan rakyat cuba untuk menyelesaikan apa saja masalah yang timbul untuk memastikan rakyat menerima perkhidmatan yang terbaik daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang semakin hari telah diterima oleh rakyat. Rakyat tidak rugi memilih kerajaan Pakatan Rakyat kerana mereka cuba untuk memenangkan hati rakyat agar tidak terkecundang dalam PRU akan datang.

BN mula rasa kurang selesa dengan keadaan ini dan mula untuk mematahkan segala usaha yang baik untuk rakyat yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. BN bukan lagi kerajaan yang boleh dipercayai dengan terlantiknya PM yang mempunyai rekod yang kurang baik yang banyak skandal dan masih belum dibersihkan lagi oleh beliau. Pakatan rakyat kini yang ternyata banyak memberikan yang terbaik untuk rakyatnya dan mula digangu gugat oleh BN dengan membuat perlawaan itu ini dalam memastikan YB dari Pakatan Rakyat lompat parti.

Apa yang berlaku di Perak merupakan satu anasir jahat yang dilakukan oleh umno untuk merampas Perak dari Pakatan Rakyat dengan membeli YB dari Pakatan Rakyat dan seterusnya merampas Perak dengan jalan yang begitu jahat sekali. Para penyokong Umno sebenarnya sudah nampak akan kejahatan yang dilakukan oleh umno selama ini namun oleh kerana duniawi dan kebendaan mereka terus menyokong dan cuba untuk mematahkan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat.

Dan kini mereka cuba untuk merampas Selangor dan juga Pulau Pinang. Hanya kerana perselisihan faham diantara pemimpin Pakatan Rakyat, umno sudah melebelkan PR sedang berpecah. Ini lah perasan orang yang mula takut dengan bayang-bayang sendiri dan mula merasakan mereka digugat oleh PR, kerana semakin hari rakyat nampak akan keikhlasan PR memerintah negeri dan membuat yang terbaik untuk rakyat, jauh sekali untuk menerima rasuah.

Umno yang boleh dikatakan rasuah sudah terbuku dalam darah daging mereka tidak akan berhenti disini dan akan terus menganggu gugat PR agar mereka boleh memerintah kembali Malaysia dengan mejoroti 2/3 dalam dewan. Namun apa yang perlu dilakukan oleh PR adalah menangkis segala tomahan dan membersihkan segala contengan yang dibuat oleh umno dan menyapu bersih segala daki yang melekat dibadan PR. PR perlu membuat pemutihan sebelum PRU akan datang kerana ini boleh mendatangkan mudarat kepada pakatan sekiranya pemutihan tidak dibuat, kerana kita kena cari pemimpin yang setia pada parti dan sedia berkhidmat untuk rakyat.