Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Wednesday, June 29, 2011

Lynas @ Gabeng: Kebodohan Karam Singh

Semalam Buletin TV3 menyiarkan slot Lynas. Karam Singh yg terkenal sebagai pembela alam sekitar, gara gara mengikut telunjuk UMNO/BN akhirnya menzahirkan kebodohan diri sendiri. Beliau didapati mengambil sample tanah Rare earth dan mengukur kadar radiasi dan bagaikan dugung obesiti berlari lari ke pejabat YB Fuziah untuk mengukur kadar radiasi.

Isunya bukan tanah semulajadi yg dicipta tuhan. Semua ciptaan tuhan mengeluarkan radiasi semulajadi. Persoalannya, bagaimana pemprosesan untuk ekstrak bahan itu. Bagaimana dan dimana sisi itu dilupuskan. Bab ini masih menjadi mesteri dan rahsia. Karam singh seperti ketinggalan bas atau pun bagaikan kapal yg karam dilautan dalam. Kami di Balok tak bincangpun persoalan tanah yg belum diproses.

Sehingga hari ini Pelan pengurusan sisa gagal dijelaskan oleh Lynas. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) hanya akan berada di Gebeng dalam jangka waktu tertentu. CEO Lynas kata mereka dah dapat keizinan untuk tanam disini buat selama-lamanya. Kenyataan siapakah yg benar dalam hal ini. Semuanya ini bagaikan dua ekor biawak yg menyembunyikan lidah yg bercabang.

Inilah masanya Karam singh boleh buat tawaran agar sisa selepas pemprosesan itu dihantar ke rumahnya memandangkan belum ada penemuan yg konkrik bagaimana sisa itu diurus. Manfaatkan sisa itu untuk baja penyubur bulu-bulu yg penuh di badan.

Nasihat saya.. Jangan jadi manusia yg hidup mengikut telunjuk kapitalis kelak kami akan jadi bagaikan manusia yg mabuk todi, satu apa pun orang tak akan percaya lagi. 
 
(Dari blog Ustaz Suhaimi Md Saad)

Saturday, June 18, 2011

Perkasa khianati Islam sokong Utusan

                                                          KUALA LUMPUR, 18 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap tindakan Perkasa mempertahankan Utusan Malaysia yang menghina hukum Islam dengan menyiarkan karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” sebagai tindakan khianat kepada Islam.
“Sangat memalukan bila mana sebuah pertubuhan Melayu yang kononnya organisasi pejuang Melayu dan Islam kini menjadi seperti tikus yang sudah kehilangan gigi untuk menggigit,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad kepada Harakahdaily.
Katanya, ramai pihak yang mengecam karikatur itu, tetapi tiba-tiba sahaja setiausaha agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali mengatakan ianya tidak menghina Islam.
Tegasnya, dengan memainkan isu seolah-olah dalam perundangan Islam permintaan seorang wanita yang didakwa dirogol kerana tiada 4 saksi boleh ditolak begitu sahaja, mereka cuba memesongkan fakta sebenar dan menunjukkan seperti hukum Islam itu sempit.
“Hakikatnya, kes rogol dan zina tidak sama. Hanya kes zina dan tuduhan zina sahaja yang perlukan 4 saksi sedangkan dalam siasatan kes rogol, faktor dan bukti lain tetap diambil kira..
“Apakah mereka belum habis lagi khatam Al-Quran atau sudah mengamalkan kitab lain yang hanya menyebut hidup Melayu, keris dan kepala lembu?” soalnya.
Nampaknya, kata belau persepsi rakyat bahawa Perkasa hanya menjadi perkakas Umno dan hanya menyalak apabila Umno dihimpit dengan kemarahan rakyat adalah benar.
Tambahnya, Utusan yang menjadi lidah rasmi Umno akan dikatakan betul walau apa sahaja yang disiarkan tanpa mengira ianya benar atau fitnah atau menghina Islam.
Sehubungan itu, ujarnya DPPWP menyeru umat Islam menolak pertubuhan Perkasa dan meninggalkan organisasi itu.
“Rakyat juga harus mengajar Utusan dengan memboikot akhbar berkenaan yang enggan meminta maaf,” katanya.

Thursday, June 16, 2011

BERSIH 02: Pemuda pas tidak gentar......KP Pas pusat.

1. Biarpun berhadapan dengan ugutan dan halangan, langkah derap Dewan Pemuda PAS Malaysia memobilisasi kebangkitan rakyat guna mendesak satu sistem demokrasi yang adil dan pilihanraya yang telus, sekali - kali tidak terjejas semata - mata kerana tindakan nakal pihak tertentu termasuk UMNO dan Perkasa. Biar 1000 laporan polis yang mereka lakukan, mereka tidak mungkin mampu memadam semangat anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini justeru keadilan dan ketelusan tersebut juga menjadi  sebahagian daripada tuntutan Islam.

2. BERSIH 02 adalah manifestasi dari kebangkitan anak muda yang mula bosan dan kecewa dengan sikap kerajaan UMNO dan BN mempermainkan rakyat dan mempersenda sistem demokrasi. Kepincangan demokrasi ala malaysia ini masih ketara, apabila pihak Pakatan Rakyat terus dikekang daripada mendapat hak yang sama untuk akses dengan media sedang Barisan Nasional sepenuhnya memanipulasi media arus perdana [seperti RTM] untuk memberi maklumat satu hala atau sebelah pihak kepada rakyat. Laporan kajian Kebebasan Media 2011 oleh Freedom House, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 143 daripada 196 negara. Manakan tidak ....
  • Kementerian dalam negeri [ KDN ] gagal meluluskan permohonan permit Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hata Wahari menerbitkan akhbar harian "Utusan Rakyat"
  • Sehingga kini hasrat DPP Malaysia mahu melihat lahirnya sebuah akhbar harian "Purnama" yang dimohon permitnya lebih sedekad yang lalu masih tidak kesampaian.
  • Begitulah nasib yang menimpa Harakah, Suara Keadilan dan Rocket. Bukan sahaja tidak dibenarkan terbit secara harian, ianya terhad untuk ahli sahaja dan terus menerima tekanan dari pelbagai sudut.
3. Undi pos pula akan terus menjadi  tali hayat Barisan Nasional agar mereka terus berkuasa dan mampu melangsungkan tradisi "membelasah" rakyat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Lihat sahaja laporan Global Financial Integrity yang mendakwa sebanyak RM 889 bilion tiris dan mengalir keluar dalam tempoh lapan tahun antara 2000 - 2008. Begitu juga laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, sebanyak RM 28 bilion  telah tiris dalam perbelanjaan dana awam.

4. Undi pos juga akan terus menjadi sandaran Barisan Nasional untuk terus kekal berkuasa lalu membuli rakyat dengan  kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kenaikan tarif bil elektrik, saman ekor serta "membelenggu" anak muda dengan lingkaran hutang  PTPTN.  Undi pos adalah satu makenisme yang paling strategik untuk mengekalkan survival kuasa politik Barisan Nasinoal sedang ia tidak lagi relevan dalam sistem demokrasi moden hari ini.

5. Sebahagian mereka menempelak hasrat BERSIH 02 kononnya tidak lagi relevan kerana Pakatan Rakyat telah memenangi 4 buah negeri dan hampir menguasai keseluruhan kerusi di Wilayah Persekutuan. Menang di 4 buah negeri bukan bermakna kami telah berpuas hati dengan tahap ke"bersihan" sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini. Saya percaya, jika pilihanraya benar - benar dikendalikan sebersih - bersihnya dari sebarang manipulasi dan sistem demokrasi dilangsungkan dengan telus dan adil, Pakatan Rakyat mampu menang sekurang - kurangnya di 8 buah negeri pada pilihanraya umum 2008 yang lalu malah berkemungkinan besar mampu memperolehi simple majoriti bagi menguasai parlimen.

6. Antara kepincangan demokrasi yang diamalkan dalam negara kita Malaysia ialah tindakan mereka yang mahu menghalang hak rakyat berhimpun secara aman seperti Himpunan BERSIH 02. Setelah mendengar janji daripada penganjur BERSIH 02 bahawa ia akan dilangsungkan secara aman, mereka masih mengugut rakyat agar tidak menyertai himpunan tersebut. Selayaknya pihak berkuasa mengambil langkah mengawal  himpunan BERSIH 02 sebagaimana mereka boleh mengawal himpunan dan perarakan puluhan ribu manusia pada hari sambutan kemerdekaan, malam citrawarna dan sebagainya.

7. Pihak berkuasa juga sayugianya menghalang hasrat pihak - pihak lain selain BERSIH 02 yang terlebih dahulu telah mengisytiharkan hasrat menganjurkan himpunan pada hari yang sama dan di tempat yang sama, kerana ia adalah satu bentuk provokasi yang boleh mencetus ketidaktenteraman suasana himpunan tersebut. Saya hairan kenapa Perkasa atau lainnya mahu mengadakan himpunan pada hari yang sama dan tempat yang sama ? Ertinya merekalah yang mahu mencetus provokasi dan suasana tidak aman bukan pihak BERSIH 02.

8. Andai mereka mahu menduga pengaruh, mereka boleh menganjurkan himpunan serupa pada 10 hb Julai iaitu sehari selepas BERSIH 02 atau pada 8 hb Julai iaitu sehari sebelumnya. Kenapa mereka begitu terdesak mahu mengadakan himpunan mereka pada hari yang sama ? mereka marah rakyat mahu sertai  BERSIH 02 kerana himpunan itu kononnya demontrasi jalanan yang sia - sia, tetapi mereka juga mahu menganjurkan himpunan untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap BERSIH 02 ! Alangkah dangkalnya mereka berfikir !

9. Benarkan dahulu rakyat menyertai BERSIH 02 pada 9 hb Julai untuk membantah sistem pengendalian demokrasi dan pilihanraya yang pincang dalam negara ini. Maka keesokkan harinya, bolehlah mereka pula berhimpun untuk membantah himpunan BERSIH 02 jika mereka tidak berpuas hati atau kiranya mereka kurang sabar, boleh sahaja mereka berhimpun pada 8 hb Julai untuk melahirkan bantahan mereka dan benarkan BERSIH 02 berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi pada 9 hb Julai 2011. Apakah kerajaan UMNO dan BN perlu diajar sedemikian rupa erti demokrasi ?

10. Saya mengharapkan anak - anak muda tidak terpengaruh dengan taktik kerajaan Barisan Nasional dan proksi - proksi mereka yang cuba  mengugut untuk membatalkan BERSIH 02 justeru itulah yang akan meletakkan Barisan Nasional terus selesa menghadapi pilihanraya umum ke 13 secara berat sebelah dan tidak telus. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh warganya akan terus berada di saf hadapan memimpin kebangkitan anak muda bersama rakan - rakan dari Angkatan Muda Keadilan dan DAPsy.

Mempersendakan hukum Allah, Utusan Malaysia perlu memohon maaf.


Utusan Malaysia meneruskan lagi kebangsatan apabila dengan terang-terang menghina dan mempersenda hukum Islam. Keratan akhbar utusan hari ini menampilkan ruangan kartun yang di lihat cuba mempermain-main kan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

Sepertimana, dalam Islam apabila seseorang di tuduh melakukan zina perlu di bawakan 4 orang saksi yang tidak fasiq untuk menjadi saksi.

Namun, dialog kartun yang cuba di gambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan lagi. Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa 4 orang saksi itu tidak boleh di guna pakai tetapi video dan gambar boleh di jadikan sebagai bukti. Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis.

Ianya di percayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama akhbar ini.

Tak hairanlah apabila khutbah Jumaat di Selangor bercerita tentang Qazaf dan fitnah,pemuda UMNO pula buat report, kononnya di politikkan. Mereka sebenarnya mahu membiarkan orang menjadi jahil dan buta agama seperti mereka.

Ini lah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di 'UMNO' kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan UMNO akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri di persenda. Mereka yang bekerja untuk akhbar ini fikir-fikirkanlah tentang rezeki yang akan di beri pada anak isteri.

Justeru, Utusan Malaysia perlu meminta maaf kepada umat Islam. Penghinaan umpama ini hanya akan merugikan umat Islam. Cukuplah Islam di hina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan di sebabkan kejahilan sendiri.

Tunai tuntutan Bersih atau hadapi himpunan rakyat

 
KUALA LUMPUR, 16 Jun: Ratusan laporan polis yang dibuat oleh Umno dan sekutunya terhadap perhimpunan Bersih 2.0 membuktikan bahawa golongan itu akan terus mempertahankan segala ketidakadilan dan kepincangan dalam sistem politik negara.
“Bahkan mereka akan terus mempertahankan keburukan sistem ini semata-mata bagi mengekalkan pengaruh dan kekuasaan mereka,” bidas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.
Mengulas lanjut mengenai laporan media pro-Umno yang menyebut lebih 350 laporan polis sudah dibuat oleh “pelbagai pihak” terhadap Bersih 2.0, beliau berkata sepatutnya golongan itu melihat secara rasional kenapa perhimpunan Bersih perlu diadakan.
“PAS ingin tegaskan bahawa himpunan ini diadakan setelah pelbagai saluran digunakan bagi memperbaiki sistem politik negara tidak mendatangkan hasil.
“Pelbagai dialog, diskusi, laporan polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah dibuat bagi memperbaiki kelemahan dalam perjalanan sistem pru di Malaysia, namun sayangnya tiada sebarang tindakan diambil,” tambahnya.
Tambah beliau, himpunan itu bukan dibuat suka-suka bagi menimbulkan kegawatan atau mengganggu ketenteraman awam sebagaimana yang dibimbangi oleh orang ramai.
Malah, katanya diskusi dan rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus diadakan sebelum perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung 9 Julai ini.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata perhimpunan Bersih 2.0 bakal berjalan lancar dan aman sekiranya tiada provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Dengan ratusan petugas unit amal dan kawalan pemuda Pakatan Rakyat kita yakin ia mampu berjalan dengan aman dan baik,” kata beliau.
Laporan polis yang dibuat Umno, kata Tuan Ibrahim juga mencerminkan sikap double standard mereka kerana muktahir ini merekalah yang menjadi juara dalam menganjurkan demonstrasi di negeri Pakatan Rakyat.
“Sayangnya, pasukan polis hanya ‘boleh’ menonton sahaja walaupun demo tersebut bersifat provokasi agama dan kaum,” katanya dengan kesal.
Tuan Ibrahim turut berkata sebenarnya ia adalah amat mudah bagi kerajaan untuk mengatasi himpunan Bersih 2.0 bulan depan.
“Terimalah saja tuntutan Bersih 2.0 kerana ianya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilaksanakan,” kata beliau.
Beliau juga mengingatkan kerajaan bahawa segala tindakan menyalahgunakan kuasa atas nama demokrasi hanya akan menanam kemarahan rakyat.
Oleh itu, adalah amat perlu untuk kerajaan menyediakan saluran bagi melempias kemarahan dan rasa tidak puashati rakyat, tambah beliau.
“Tunaikan tuntutan atau sedia hadapi himpunan aman rakyat.
“Tujuan kami amat senang, jelas, mudah difahami dan mampu dilaksanakan kerajaan iaitu satu demokrasi yang lebih adil untuk semua demi kebaikan negara,” tegasnya.

Friday, June 10, 2011

'Kalau PAS tak ambil, Umno akan ambil'

PAS perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti yang diamalkan negeri Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran negeri yang dikuasainya – Kelantan dan Kedah, kata timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.
Katanya, pemimpin berkenaan perlu berbuat demikian memandangkan perubahan yang berlaku di kedua-dua negeri tersebut masih belum cukup dan lebih buruk lagi, masih ada lagi golongan dalam PAS yang masih berfikiran seperti pemimpin Umno.
"Bukanlah kalau PAS pergi ke Putrajaya dengan rakan-rakannya hal ini akan selesai. Tadbir urus baik ini masih perlu difahami.
"Bila kita ceramah, kita tanya 'bila kita memerintah setuju tak kita tangkap Najib bawah ISA?' Orang kata setuju. Itu bermakna dalam pemikiran untuk balas dendam ini masih tebal.
"Maknanya bila kita perintah kita ganti Umno. Itu yang kita tak mahu. Sekarang di Kedah, Kelantan, perubahan berlaku tapi tak cukup," katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.
Mohamad menjelaskan, perubahan di negeri Kelantan, misalnya, akan berdepan masalah apatah lagi sekiranya menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi mengetuai pentadbiran negeri berkenaan.
ADUN, exco tak boleh pohon tanah
"Dari segi tadbir urus, sebab pergantungan Kelantan misalnya pada tok guru (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) terlalu tinggi," kata Mohamad yang vokal terhadap pentadbiran PAS sejak parti itu dapat mengembalikan kuasa di negeri itu pada 1990.
Penceramah popular itu juga menegaskan, PAS perlu mengubah sikap yang wujud di kalangan wakil rakyatnya bagi meningkatkan integriti barisan pentadbiran di negeri yang dikuasai.
"Misalnya anggota exco, ADUN tak boleh pohon tanah kerajaan. (Kalau) mahu mohon, berhenti, jadi orang berniaga. Selagi jadi ADUN, exco tak boleh memohon dan sebagainya. Ini yang perlu diubah oleh kerajaan yang dipimpin oleh PAS.
"Setengah bercakap kalau PAS tak ambil Umno ambil. Ertinya (PAS) sama (dengan Umno) – benda macam ini yang saya akan berdepan, di dalam isu misalnya balak," katanya lagi yang mengakui bahawa pandangan seperti itulah yang menyebabkan beliau dilihat sebagai "pro-DAP."
Mohamad yang bimbang dengan penyelewengan yang wujud dalam parti itu berkata demikian dengan merujuk kepada dakwaan yang dilemparkan berhubung sumber balak di negeri berkenaan.
Berebut untuk dapat 'Datuk'
Satu lagi perkara yang menjengkelkannya ialah minat yang ditunjukkan pemimpin PAS untuk mendapatkan gelaran daripada Istana – sikap yang dikutuknya sebagai pemujaan kepada sistem kasta dan feudalisme.
"Penyanyi menyanyi dua tiga lagu dah 'Datuk'. Pelawak (juga dapat). Kalau P Ramlee itu OK lah bagi Datuk, ini semua, kita baling batu boleh jatuh kepala Datuk.
"Kalau gelaran Datuk, semua mencari. Kalau umum 'siapa nak (pangkat) Datuk esok datang depan istana', saya ingat pemimpin PAS akan berebut pergi depan istana," katanya.
Mohamad yang popular dengan gelaran Mat Sabu itu bagaimanapun berkata, beliau setakat ini menolak tawaran bagi gelaran berkenaan kerana tidak melihat keperluannya.
"Saya tolak buat masa ini. Tak berani cakap besarlah untuk akan datang, tapi buat masa ini tak nampak (keperluan). Tak perlu," katanya yang telah menolak tawaran untuk mendapat pingat kebesaran daripada Pulau Pinang sebanyak dua kali.