Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Monday, September 27, 2010

ADUN Galas meninggal dunia- Al Fatiah

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Hospital Al-IslamKampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi.

NONEPada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang.

Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kemoterapi di China selama 10 hari.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.

Allahyarham memenangi kerusi Galas yang terletak dalam parlimen Gua Musang dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu dengan mengalahkan calon BN, Saufi Deraman.

Ini adalah kali ke-12 pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas pilihan raya umum 2008 berikutan kematian atau perletakan jawatan.

Friday, September 24, 2010

Malaysiakini: Kes 'bini puaka': Mahkamah bebas semua tertuduh

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan.

Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.

Lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya - dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Thursday, September 23, 2010

Jet eksekutif terbabas di lapangan terbang Kuala Terengganu

Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 22 Sept: Sebuah jet eksekutif jenis Falkon 900 M 37-0 milik Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) dipercayai dipandu dua juruterbang TUDM terbabas ke dalam kawasan lapang, lapangan terbang sewaktu mendarat cemas pagi tadi.

Ia berlaku ekoran tayar belakang sebelah kiri pesawat terbabit meletup.

(Gambar: Jet yang selalu digunakan pembesar negara terbabas di Kuala Terengganu)

Asistant Commisioner Zamri Shamsuddin, Ketua polis Daerah Kuala Teregganu yang dihubungi mengesahkan pesawat milik TUDM itu yang selalu digunakan untuk penerbangan khas membawa para pembesar negara.

Tidak diketahui apakah ia dijadualkan akan membawa mana-mana pemimpin negara atau negeri dalam penerbangan dari Kuala Terengganu selepas itu.

Dalam kejadian cemas 10.45 pagi tadi itu, jet yang terbang dari Lapangan Terbang Subang ke lapangan Terbang Sultan Mahmood adalah untuk penerbangan latihan dipercayai terbabas dikawasan lapang sewaktu mendarat dari arah barat balai bomba dan penyelamat.

Kedua-dua juruterbang dan tiga anggota TUDM yang menaiki jet berkenaan tidak mengalami apa-apa kecederaan. Mereka adalah Mejar Haris Hassan, Mejar Hassan Bakri Tajul Ariffin, Kapten Farah Diba Ahmad Roslan, Kapten Tengku Syed Mahmmod Tengku Amin, PN Rozainor Mat Zin.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Lapangan terbang Sultan Mahmood, Ahmad Ramli Mahmood yang ditemui menjelaskan, jet berkenaan tidak mengalami kerosakan besar berjaya ditarik keluar jam 12.55 tengahari tadi mengunakan enjin pesawat tersebut, selepas usaha menarik mengunakan kren gagal.

Waktu Operasi lapangan terbang yang terpaksa dihentikan selama 2 jam lebih itu beroperasi sediakala jam 1 petang tadi.

Tuesday, September 21, 2010

Cubaan Tan sri Zainudin Maidin untuk menjadi popular kembali.

Apabila sudah lama disisihkan dalam politik tanah air kini muncul kembali ayam tambatan umno yang dulunya berkokok tapi tidak dihiraukan oleh tuannya dan kini cuba untuk berkokok kembali dan mengharapkan belas kasihan dari tuannya yang sudah pun meletakkan pisau ditengkoknya dan tunggu masa nak disembelih . Begitulah kehidupan seorang politikus yang kini begitu lantang dan dengan rakusnya menghentam Pas, Tan sri Zainudin Maidin atau lebih dikenali dengan nama Zam Maidin kini cuba untuk kembali dalam arena politik setelah lama disisihkan dari arena ini dan dengan menghentam Pas dia bermodalkan air liur yang tak seberapa untuk mendapatkan kembali perhatian presiden umno agar dapat beliau menyambung kembali tugasnya sebagai penyanggat dalam umno.

Kesian kepada beliau ini kerana terpaksa menipu dan membuat pra sejarah sendiri untuk menyakinkan tuannya agar menerimanya kembali. Beliau ini merupakan seorang yang suka menipu dan kini menipu lagi dengan kenyataannya yang berbaur hasutan dan tanpa bukti dan dokumen yang jelas telah menuduh Pas menghasut Pm ketika kejadian 13 mei untuk merampas harta orang cina dan bersetongkol dengan Indonesia untuk merampas Malaysia. Inilah kenyataan yang paling tidak boleh diterima dek akal yang waras kerana yang memberikan kenyataan ini adalah daripada orang kurang kewarasanya. Dia lupa yang Pas adalah sebuah parti yang berdaftar dan mempunyai ahli daripada semua kaum dan yang lahir di Malaysia. Kalau nak buat tuduhan pun biarlah berasas dan bila ianya tidak berasas dan tidak pula disokong oleh bukti maka ianya akan menjadi cemuhan masyarakat yang kini sudah mula muak dengan peranan Umno dan juga pemimpin mereka yang kini lebih kepada mencari kelemahan dan membuat berbagai tuduhan palsu kepada pembangkang daripada melakukan sesuatu kepada rakyat.

Kepada Tan sri Zainuddin Maidin sila duduk diam-diam dan jangan menuduh tanpa bukti dan jangan lagi membuat tuduhan palsu kepada Pas kalau mahu Umno dapatkan kembali perhatian rakyat. Rakyat sekarang adalah yang mempunyai daya pemikiran yang hebat dan boleh membezakan mana yang baik dan yang buruk dan sekirannya apa yang dikatakan oleh Zam ni betul mungkin dah lama isu ini dimainkan dan umno sebenarnya tidak akan meninggal sedikit pun bahan yang membolehkan pihak lawannya tumbang.