Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Tuesday, August 24, 2010

Khatib tidak keseorangan - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, khatib yang dikaitkan dengan doa supaya Lim Guan Eng diberikan hidayah tidak keseorangan dalam menghadapi siasatan apa yang disifatkan sebagai ‘undang-undang baru Umno’.

Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat sama majlis solat hajat dan bacaan Surah Yaasin di Masjid Jamek Al-Rahimah, Kuala Kubu Bharu bagi kemenangan P Kamalanathan dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mahu polis dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang membuat siasatan sepenuhnya berhubung dakwaan penggunaan nama (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah Jumaat.

"Oleh kerana Umno histeria sangat apabila doa untuk Guan Eng dibacakan dalam khutbah, polis dengan pantasnya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat pembacaan doa itu.

"Kalau baca doa untuk Guan Eng dalam masjid menjadi satu kesalahan di sisi Najib sehingga polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat, sepatutnya polis menyiasat sama majlis solat hajat dan bacaan Surah Yaasin di Masjid Jamek Al-Rahimah, Kuala Kubu Bharu bagi kemenangan Kamalanathan," kata beliau yang menyifatkan histeria Umno itu semata-mata berpunca dari ketandusan modal politik dan tidak ada kena mengena dengan Islam.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan, sejak bilakah Najib dan Umno membuat undang-undang yang meletakkan usaha mendoakan mana-mana orang bukan Islam diberikan hidayah memeluk agama Islam sebagai satu kesalahan?

"Apa yang dilakukan hanyalah memohon doa agar Guan Eng diberikan hidayah dan tidak ada kena mengena dengan fitnah dan pembohongan Umno kononnya nama Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong (Tuanku Mizan Zainal Abidin).

"Adakah Umno sudah mengada-adakan undang-undang baru menggantikan undang-undang Allah sehingga usaha mendoakan mana-mana orang bukan Islam diberikan hidayah memeluk agama Islam menjadi satu kesalahan di dalam undang-undang baru Umno itu?" Mahfuz mempersoalkan.

Bagi beliau, adalah sesuatu yang natural bagi mana-mana orang Islam untuk mengharapkan orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.

"Mengharap dan berdoa sepatutnya tidak menjadi satu kesalahan kerana ia bukan paksaan. Soal sama ada orang yang didoakan hendak memeluk Islam atau tidak, itu hak dia.

"Tetapi nampaknya Umno meletakkan usaha itu sebagai satu kesalahan. Nampaknya yang dihalalkan oleh Allah sudah menjadi haram di sisi Umno," kata Mahfuz.

Khatib yang menjadi mangsa ‘undang-undang baru Umno’ itu, Ustaz Zakaria Ahmad dilaporkan mengakui ada melafazkan doa untuk Guan Eng tetapi menegaskan tidak pernah mendoakan keselamatannya sebaliknya memohon supaya Guan Eng diberikan hidayah memeluk agama Islam.

Beliau memberitahu, pihak polis telah menghubunginya dan memintanya hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan.

Zakaria berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama memberi keterangan kepada polis kerana percaya tidak ada apa yang perlu disembunyikan.

Wednesday, August 18, 2010

BN pentaskan 'opera Cina' dibintangi Muhyiddin, Chua


PAS menyifatkan 'pertelingkahan' antara Umno dan MCA dalam isu ekuiti bumiputera umpama bangsawan Melayu dan Opera Cina menjelang Operasi Lalang 1987 yang menyebabkan pemimpin pembangkang dikambinghitamkan.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (kiri) berkata selepas 23 tahun,ia dipentaskan semula dengan 'pelakon' yang berbeza. "Kalau dulu (antara) Datuk Seri Najib dan (bekas timbalan presiden MCA) Datuk Lee Kim Sai, kini (giliran) Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan (presiden MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek," kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena. "Apakah selepas ini ada operasi lalang kedua? (Akan ada) pemimpin pembangkang yang akan dikambinghitam (oleh) Umno/BN. "(Mereka) akan terus berkuasa untuk meratah rakyat dan khazanah negara," katanya. Najib ketika itu berkhidmat sebagai pemangku menteri belia dan sukan. Dalam satu kenyataan hari ini, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata sejak tragedi berdarah 13 Mei 1969 lagi, pentas "politik bangsawan Melayu dan opera Cina" sentiasa menjadi tarikan untuk dipersembahkan. Katanya, seperti pada tahun 1987, sandiwara itu dipentaskan ketika Umno dan MCA mengalami krisis kepercayaan daripada kaum masing-masing. Ketika itu, tambahnya, orang Cina melihat MCA gagal melindungi bangsa merekam sebaliknya pemimpinnya dilihat membina kekayaan, manakala pemimpin Umno pula dilihat mengamalkan kronisma dan nepotisme demi mengumpul kekayaan.
"Dihunuskan keris bangsawan Melayu dan pedang opera Cina bergegak gumpita seluruh negara. Datuk Lee Kim Sai lantang memperlihatkan keberaniannya mempersoalkan hak Melayu. "Umno pula berlagak seperti Hang Jebat pembela ketuanan Tuah. Umno mencadangkan himpunan umat Melayu di Stadium Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur. "Jelajah mereka seluruh negara berpesan pada Melayu jangan lupa bawa mancis api dan senjata tajam keperhimpunan Melayu di Kuala Lumpur untuk bakar rumah Cina dan basahkan Kuala Lumpur dengan darah orang Cina," kata Mahfuz. Setelah politik negara menjadi tegang, polis mengumumkan perhimpunan tersebut tidak dibenarkan dan berlakulah penangkapan beberapa pemimpin pembangkang bawah akta kontroversi ISA. "Pelakon watak utama sandiwara bangsawan Melayu dan Opera Cina Datuk Seri Najib dan Datuk Lee Kim Sai diberi cuti ke Australia. Pemimpin pembangkang dan NGO diberi cuti rehat di Kem Kemunting," katanya.

Thursday, August 12, 2010

Chua: Bekas MB dalang kain rentang

Pengerusi Perhubungan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata kain rentang yang memaparkan gambarnya dan Sultan Johor sengaja dinaikkan untuk menimbulkan kemurkaan sultan terhadap parti pembangkang itu.

Menuru
t Chua, kain rentang lain yang seumpama itu juga dikesan sepanjang laluan 'Kembara Mahkota Johor' di mana baginda sendiri terbabit dengan menunggang motosikalnya.

Katanya, kerja pihak tidak bertanggungjawab itu juga mencetuskan kemurkaan sultan dengan dakwaan bahawa beliau adalah calon PKR sebagai menteri besar Johor.

"Mereka berniat membuat sultan dan orang Melayu marah dengan PKR, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diri saya.”

Chua berkata demikian kepada wartawan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur selepas memberi kenyataanya kepada seorang pegawai kanan polis di ibu pejabat polis Batu Pahat.

"Beliau merakamkan kenyataan saya berhubung kain rentang itu. Katanya, adalah jelas bahawa saya hanya seorang saksi. Beliau memberitahu 40 laporan polis telah dibuat berhubung kain rentang itu.

“Saya juga membuat laporan dengannya berhubung kain rentang itu dan juga mengenai ceramah Pakatan di Rengit yang dihalang oleh FRU dan polis.”

Sementara itu, Suara Keadilan.com melaporkan Chua juga mendakwa kain rentang provokatif itu dicetak di sebuah premis di bandaraya Johor Baharu.

"Nama bekas menteri besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-Raja Melayu sehingga imuniti Raja-Raja Melayu dihapuskan.

"Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," katanya kepada Suara Keadilan.com.

B

ekas menteri persekutuan itu berjumpa dengan polis untuk selama lebih dua jam, daripada 11.30 pagi sehingga jam 2 petang dengan diiringi peguamnya, Sankara Nair.

Chua juga berkata beliau menjelaskan kepada polis berhubung beberapa kesilapan pada kain rentang itu yang membuktikan ia bukan dibuat oleh PKR.

"Saya menafikan PKR terbabit dengan penipuan ini. Hanya Umno mempunyai motif untuk membuat perkara terkutuk seperti ini,” katanya.

Monday, August 9, 2010

Selamat menjalankan ibadah berpuasa.


Esok Insya Allah akan diperlihatkan oleh Allah anak bulan Ramadhan maka pada tanggal 11/8/2010 akan bermulalah Puasa Ramadhan untuk semua umat islam. Diharapkan Allah akan melanjutkan usiaku agar dapat lagi beribadah dibulan yang Mulia ini. Dalam kesempatan ini ana mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua blogger islam dan pengunjung yang setia kepada blog ini. Tidak lupa juga ana ucapkan Selamat beribadah di Bulan Ramadhan kepada semua umat islam dan semoga semua amalan dan juga ibadah kita diterima oleh Allah SWT.