Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Thursday, July 22, 2010

Apabila ulama muda umno bersuara......ternyata masih muda dalam ilmu dan politik.



Ulama Muda Umno yang baru-baru ini telah masuk kedalam umno sedang bersuara dan cuba untuk membetulkan keadaan dalam isu perpaduan Pas-Umno. Apa yang mereka fikirkan jauh berbeza dengan apa yang hendak diungkapkan dengan kata-kata, sedangkan mereka tahu bahawa perjuangan antara Pas dan Umno bagaikan langgit dan bumi. Pas yang sedia maklum yang dasar perjuangannya adalah Islam dan Umno pula berjuang atas dasar Melayu yang selama ini telah banyak mengorbankan melayu itu sendiri demi untuk memerintah negara ini.

Apa yang ulama umno ini tahu tentang perjuagan jika mereka belum lagi memasuki alam perjuangan , kalau sekadar hanya membelek buku dan kitab di universiti, masih belum dapat dianggap sebagai seorang perjuang dan sekarang pula menghulurkan tengkok kepada kejahilan dan kemusnahan jika masih berada dalam umno. Maka terciptalah dialog antara manusia yang mentah dalam hal agama dan mengatakan Pas bukannya satu-satunya pejuang islam dan ingin menyatakan bahawa umno juga adalah pejuang islam. Ulama muda tersebut patut ukur dan menilai dulu rumah yang hendak dimasuki kerana sekali masuk nanti payah nak keluarkan diri dan mungkin akan terjerat dalam rumah itu dan susah untuk pulang kepangkal jalan.

Sebelum untuk menyatukan Pas dan Umno, mereka haruslah mengubah umno dan pemimpin mereka untuk menerima islam sepenuhnya dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan menjalankan hukum Allah di bumi Malaysia ini, nescaya apabila umno melakukan perkara tersebut, Pas dengan sendirinya akan terbubar dan semua ahlinya akan masuk umno. Jika itu dapat dilakukan maka kita dari Pas percaya Umno boleh dianggap pejuang islam dan tiada ragu lagi untuk menyokong orang yang memperjuangkan dan melaksanakan islam di Malaysia ini.

Adakah mereka ulama umno ini mampu buat semua itu? Jika ya, nescaya Allah yang berikan semua itu dan membuatkan ulama ini akan diangkat dan dimuliakan. Jika tidak mereka ini akan terjebak didalam kancah politikus umno. Apa yang perlu dibuat oleh ulama umno ini adalah bersama dengan Pas dan berjuang untuk melihat negara ini diperintah orang yang mahukan islam tertegak dan bukannya menyokong orang yang melakukan maksiat dan derhaka kepada Allah SWT. Mereka sepatutnya lebih tahu akan perkara ini dan jangan jadi sebagai 'syaitan bisu' dan takut untuk menyatakan kebenaran.

Thursday, July 15, 2010

KJ merajuk taknak pertahan Ketua Pemuda....Kesian.



Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa beliau memang sedang menimbang secara serius untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang akan datang.

Bercakap dalam interbiu dengan portal berita Agendadaily di ruang rehat bangunan Parlimen, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, keputusannya untuk melepaskan jawatan itu kerana mahu memberi laluan kepada bakat baru.

Khairy berkata demikian apabila ditanya sama ada benar atau tidak beliau ada membuat kenyataan mengenai hal itu ketika merasmikan satu mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian di Pahang baru-baru ini.

“Ya, memang saya ada berkata begitu. Walaupun belum muktamad lagi, tetapi saya memang sedang menimbang secara serius untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda,” katanya. (Mstar)


Jika benarlah apa yang diucapkan oleh Ketua Pemuda ini, maka ternyatalah beliau sekarang dah merajuk kerana tidak dipilih oleh Najib dalam barisan Kabinet beliau. Bayangkan seorang Ketua Pemuda Umno yang pertama rasanya tidak diberikan jawatan dalam kabinet dan ini lah merupakan satu tekananyang amat berat sekali kepada beliau untuk dipikul selain menjadi ejekkan oleh rakan-rakan pemuda sendiri.

Jika dulu Bapa Mertuanya yang berkuasa namun sekarang beliau disisih oleh ketuanya kerana mungkin sudah bosan melihat kelibat bekas PM yang masih ada dalam perjuangan mereka. Kalau beliau betul-betul tidak mahu mempertahankan kedudukannya, ini bermakna ketua Pemuda ini tidak lagi menerima sokongan yangkuat dari pemuda sendiri atau beliau akur dengan desakan Ibrahim Ali yang mahu beliau melepaskan jawatannya.

Thursday, July 1, 2010

40 ulama muda bakal di'Umno'kan?


Apa sebenarnya yang mahu dibuktikan oleh Umno dengan kemasukkan 40 orang yang digelar ulama baru-baru ini?. Kalau mahu memberitahu akan dasar yang mereka perjuangkan disokong oleh ulama, rasanya mereka silap membuat perhitungan kerana apa yang berlaku dari dulu hingga sekarang Umno masih lagi menolak islam sebenarnya. Perhitungan yang dibuat oleh 40 ulama muda adalah tidak tepat dengan menyertai umno dan cuba untuk membaiki akidah mereka dalam umno. Kerana dibimbangi 40 ulama ini akan di'Umno'kan dan akan hilanglah krabiliti seorang ulama yang dilebelkan sebagai ulama muda, sedangkan mereka semuanya tahu bahawa apa yang dilakukan oleh umno selama ini adalah menipu rakyat dan ini salah satu lagi penipuan bahawa ingin memberitahu rakyat yang ulama menyokong akan perjuangan mereka.

Ulama muda ini harus melihat apa yang telah terjadi dengan ulama umno sebelum ini yang telah diUmnokan dan kini menjadi 'Syaitan Bisu' dalam menyatakan sesuatu yang benar dan yang dikehendaki oleh agama. Mereka ini sudah pun menghulurkan sebelah kakinya kedalam Neraka Allah SWT. Kepada ulama muda perjuangan kamu adalah bersama mereka yang inginkan melaksanakan hukum Allah dimuka bumi ini dan bukannya dengan mereka yang tidak mahu kepada islam.

Kalau diamati mendalam akan kejadian ini , ramai orang tertanya apa yang ingin dibuktikan oleh Umno , Kalau mahukan menarik golongan ulama menyokong mereka bukan ini caranya kerana dengan kemasukkan 40 ulama muda ini telah memberikan fitnah dari rakyat dan mengganggap bahawa mereka ini telah dibayar dan mereka ini pentingkan duniawi dan bukannya ingin mengislamkan umno itu sendiri.

Apa yang perlu dilakukan oleh 40 ulama ini harus sedar dan pulang kepangkuan masyarakat yang mahukan khidmat mereka selaku ustaz dan juga ulama yang boleh mengajar hukum Allah dan seterusnya mendokong perjuangan ulama yang selama ini menghambakan diri dalam memperjuangkan islam di bumi Malaysia ini.