Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Monday, June 21, 2010

Serangan pengganas: Pakatan politik jahat Umno

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, kenyataan mengenai serangan pengganas menunjukkan satu pakatan politik jahat antara Umno Barisan Nasional (BN) dan polis untuk menimbulkan ketakutan dan kemarahan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan kumpulan kumpulan Islam.

Justeru, katanya PAS sangat kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kononnya akan ada serangan kumpulan pengganas ke atas rumah kuil Batu Caves dan kuil Kuan Yin Air Itam.

Ini, katanya sekaligus secara halus untuk menjauhkan masyarakat bukan Islam daripada PAS yang merupa parti politik Islam yang mendapat tempat di kalangan masyarakat bukan Islam.

“Inilah kebimbangan yang menghantui Umno bila PAS secara terbuka menyatakan pada rakyat tentang gerakan persediaan PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, Umno mengharapkan bantuan Musa Hassan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melindungi kepentingan kuasa politik mereka daripada gerakan PAS untuk ke Putrajaya bersama PR bagi membawa perubahan ke arah Malaysia baru yang lebih maju.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, bagi Umno isu serangan pengganas adalah antara talian hayat terakhir parti itu.

Katanya, kenyataan Musa juga sudah pasti akan disusuli dengan penahanan di bawah ISA ke atas induvidu yang tidak akan dapat dibuktikan sebarang bentuk pengakuan yang bakal diskrip dramakan untuk tujuan politik murahan Umno.

“Tindakan ini sama seperti isu provokasi kalimah Allah bila mana Umno cuba menampil diri sebagai juara mempertahan Islam dalam usaha terdesak untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu Islam pada Umno,” ujarnya lagi.

Isu tersebut berakhir, katanya dengan pembakaran gereja dan surau untuk menimbulkan ketegangan dan menakutkan rakyat.

Menurutnya, semua itu berlaku hasil dari provokasi jahat Umno, tetapi ternyata rakyat mengambil tindakan bijaksana dalam isu kalimah Allah dengan menolak provokasi jahat Umno.

“Kini sekali lagi Umno BN cuba membawa pendekatan lapuk yang dirangka oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) puluhan tahun lalu untuk menakutkan rakyat dengan isu-isu keselamatan dan pembanggunan (Kesban),” katanya.

Beliau menambah, ternyata Umno masih tidak berubah dalam usaha mempertahankan kuasa sedangkan pemikiran rakyat sudah berganjak jauh meninggalkan Umno.

Katanya, rakyat meminta integriti, demokrasi dan reformasi dalam urustadbir negara tetapi Umno BN membawa pendekatan autokrasi dan kuku besi.

Justeru, ujarnya rakyat perlu menghentikan perbuatan Umno mengadu dombakan rakyat pelbagai kaum dan agama sebaliknya mesti menunjuk jalan keluar kepada Umno untuk meninggalkan politik negara untuk diurus tadbir oleh PR bagi membawa pembaharuan untuk negara dan rakyat yang lebih sejahtera.

Tuesday, June 15, 2010

Ustaz Hassan kutubkhanah organisasi, perlembagaan PAS, Presiden Pas.


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ustaz Hassan Shukri adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil.

Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hassan ke rahmatullah pada petang semalam.

Menurutnya, sumbangan almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan.

Beliau menambah, sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah.

“Biar pun almarhum meninggalkan kita, tetapi jadikanlah ceramah, taklimat, perbualan beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali lagi beliau merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai, pendukung dan penyokong PAS di serata tempat agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah SWT itu.

“Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, insya Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, jenazah Ustaz Hassan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih 2, Gombak kira-kira jam 10.25 pagi ini.

Sebelum itu, jenazah disolatkan di pekarangan Markas Tarbiah PAS Taman Melewar yang diimamkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi yang disertai pimpinan utama PAS termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama kira-kira 5,000 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut serta.

'Raja Judi Malaysia', Dr. Mahathir.


Ternyata kini yang Dr Mahathir seorang yang sudah hilang pendirian agamanya dengan mengeluarkan kenyataan bahawa judi bola boleh dilaksanakan di MAlaysia. Kenyataan beliau yang berbaur hasutan dan sokongan kepada benda yang haram adalah merupakan sesuatu yang harus diambil kira oleh pengundi yang akan menerima sedikit saham dosa dari pemimpin yang mereka pilih. Ternyata pendirian beliau begitu berbeza dengan Umno Johor yang mengharamkan segala judi bola dilaksanakan di Johor. Kalau ini merupakan satu detik yang baik untuk Umno Johor supaya menyokong tindakan PR untuk menghapuskan Judi Bola dan juga judi lain di Malaysia.

Gelaran yang terbaru yang diletakkan pada Dr Mahathir ialah 'Raja Judi Malaysia', sebelum ini beliau yang juga mantan Perdana Menteri yang mempertikaikan ketelusan Pas dalam untuk menghapuskan segala judi di Malaysia. Beliau menggangap apa yang dilakukan oleh Pas adalah berdasarkan akan politik sahaja oleh kerana DAP sendiri juga bangkit untuk menghalang judi bola terlaksana di Malaysia. Beliau masih tidak faham akan apa yang dilakukan oleh Pas apabila memerintah sesebuah negeri, Perkara yang pertama dilakukan adalah menghapuskan Judi seperti empat no ekor, sport toto dan sebagainya dengan menamatkan lesen judi tersebut. Kita boleh tengok di Kelantan dan Terengganu yang kini sudah bebas dengan hasil judi. Apakah Dr Mahathir tidak dapat perhatikan perkara tersebut dan sanggup menuduh orang ingin menghapuskan judi dengan menyatakan bahawa agama dan politik perlu diasingkan.

Apa dah jadi dengan pengamal agama didalam umno, dan apakah reaksi mereka dalam perkara ini. Apa yang dilakukan oleh Mufti seluruh Malaysia untuk membuktikan bahawa mereka ini tidak terlibat dengan umno atau ambil juga saham sikit daripada mereka ini. Bangkitlah wahai Mufti dan pengamal agama islam di Malaysia ini agar kita dapat menghapuskan segala judi yang ada di Malaysia . Masih menunggu ulama dari umno untuk menghalalkan judi ini setelah apa yang dikatakan oleh ketuanan melayu mereka Dr mahathir bahawa judi ini halal. Kebiasaannya apabila Mahathir mengeluarkan kenyataan maka ramailah yang akan menyusul menyokong akan kenyataan tersebut.

Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2.

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah allahyarham dibawa keluar dari hospital kira-kira jam 3.40 petang. Hadir sama di hospital ialah Ketua Penerangan dan bendahari PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli.

Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.

"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.

Sebelum Timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara oleh Kerajaan PAS Terengganu selepas Pilihan raya Umum kesepuluh lalu.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah antara pemimpin parti yang awal menziarahi allahyarham di kediamannya di Taman Melewar.

Turut menziarah ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Mohd Hanipa Maiden, Khalid Samad serta Datuk Nakhaie Ahmad.

Ustaz Nasharudin menyifatkan parti kehilangan tokoh yang merupakan kamus dan rujukan parti berikutan kematian Ustaz Hassan Shukri.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Bachok berkata, baru dua hari lepas, allahyarham menerangkan struktur Perlembagaan PAS kepada tetamu luar PAS di JKR 10, Kota Bharu.

“Saya kenal Ustaz Hassan sejak awal perjuangan di Malaysia,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menziarahi petang ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang menyifatkan allahyarham adalah tokoh perjuangan Islam yang asal dan kekal hingga kini.

“Kita hilang satu sumber rujukan yang besar,” katanya.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Selangor kehilangan seorang tokoh yang berjuang untuk rakyat.

“Saya pernah berbincang dengan beliau bagaimana nak bantu rakyat yang tiada rumah dengan menggunakan wang zakat di atas tanah kerajaan,” ujarnya yang juga Menteri Besar Selangor.

Katanya, Selangor telah memilih beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah sebelum ini.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 8.30 pagi ini di Surau Taman Melewar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2.


Monday, June 14, 2010

Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana.

Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.


Al Fatihah..

Monday, June 7, 2010

Kerajaan ingin mengalih perhatian rakyat kepada derma dari tauke judi



Sekali lagi kerajaan ingin mengalihkan kemarahan rakyat dengan judi bola yang diluluskan dengan merasuah rakyat melalui tauke judi dengan derma sebanyak RM 525 juta. Apakah dengan rasuah ini dapat menyejukkan keadaan rakyat yang kini semakin marah dengan kerajaan kerana menghalalkan judi.

Baru-baru ini Tan Sri Vincent Tan tauke judi Malaysia begitu angkoh untuk menderma wang sebanyak RM 525 juta melalui yayasannya Better Malaysia Foundation. apakah dengan derma tersebut dapat menghalalkan judi yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin kaki judi UMNO. Dimanakah perginya ulama Umno dan juga Mufti yang sepatutnya mengadakan demo dan menberikan nasihat kepada kerajaan agar membatalkan Judi Bola dan juga judi-judi lain yang ada di Malaysia.

Kalaulah berterusan sebegini bermakna Malaysia akan terkenal dengan negara yang aktif pengamal judi dunia. Apa lagi yang perlu dilakukan oleh Rakyat selain membuang terus Umno dan BN dalam hati mereka kerana sedetik terasa sayang dengan Umno bermakna anda telah mengumpul dosa judi yang diamalkan dan mengambil keuntungan keatas judi. Saham yang diterima oleh pengundi yang mengundi umno-Bn adalah saham ke Neraka dan wajib bertaubat dan berjanji tidak lagi menyokong orang melakukan dan berharap pada keuntungan judi untuk menguruskan negara.

Saturday, June 5, 2010

50 ribu sertai anti israel yang dianjur oleh Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR, 4 Jun: Lebih 50 ribu menyertai perarakan dari Kampung Baru ke Keduataan Amerika siang tadi bagi membantah kekejaman tentera Zionis Israel menyerang konvoi kemanusian antarabangsa ke Gaza awal minggu ini.

Himpunan anjuran Pakatan Rakyat bersama NGO itu diketuai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

___________

3.48 petang: Perhimpunan disudahi dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa dan bersurai secara aman.

3.38 petang:
Ustaz Nasarudin Mat Isa dalam sidang medianya berkata, perhimpunan ini melangkaui agama dan kaum bagi menyatakan bantahan kepada Washington berhubung tindakan kejam Israel Zionis.

Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin yang tidak pernah rela di atas pengainayaan zionis Israel.



3.32 petang:
Penyerahan memorandum selesai dan delegasi keluar dari bangunan kedutaan.

Anwar dalam sidang media memberitahu, dalam pertemuan bersama Duta Besar Amerika Syarikat itu, Pakatan Rakyat dan NGO memohon untuk disampaikan memorandum tersebut secara terus kepada Presiden US, Barack Obama.

Dalam responnya, Duta Amerika itu kata Anwar berjanji akan menyerahkan sendiri memorandum tersebut kepada Obama minggu hadapan.

Pakatan Rakyat juga menjelaskan kepada duta besar tersebut bahawa tindakan kejam Israel terhadap konvoi kemanusiaan itu adalah disebabkan Amerika terlalu lembut menasihati israel.

3.30 petang: Turut berucap adalah Mohamad Sabu, Dr. Mahfodz Mohamad, Ustaz Azlee Musa dan Mustafa Akmil Ayub di hadapan menara See Hoy Chan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat.

3.25 petang: Sementara menunggu delegasi serah memorandum selesai, pimpinan pakatan rakyat yang lain sedang memberi ucapan di hadapan lebih 50 ribu peserta himpunan. Antara yang berucap adalah Salahuddin Ayub dan Dr. Hatta Ramli.

3.10 petang:
Polis membenarkan lima pimpinan utama iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Lim Kit Siang, Azmin Ali dan Syed Husin Ali untuk masuk ke bangunan kedutaan menyampaikan memorandum kepada pihak kedutaan US.

3.00 petang:
Perarakan tiba berada di hadapan kedutaan. Kumpulan perarakan ditahan pihak polis kira-kira 20 meter sebelum tiba di hadapan kedutaan. Pimpinan yang mengepalai perarakan kini sedang berbincang dengan pihak polis. Turut serta Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharudin Mat Isa dan Lim Kit Siang.

2.55 petang: Perarakan bersambung semula dan hampir tiba di hadapan bangunan Kedutaan.

2.51 petang: Dr. rani dari Yayasan Amal berucap menyatakan bukan sahaja orang Islam malah orang Kristian juga turut membela Palestin dan tidak boleh menerima tindakan kejam Israel.

2.50 petang: Perarakan sudah berada di hadapan menara Tabung Haji. Peserta barisan hadapan berhenti menunggu peserta barisan belakang tiba untuk sama-sama bergerak ke kedutaan US.

2.47 petang: Perarakan tiba di simpang menara Tabung Haji. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Pengerusi Teras, Cikgu Azmi Abdul Hamid turut serta menaiki kenderaan pacuan empat roda mengepalai perarakan bersama pimpinan PAS.

2.38 petang: Peserta himpunan kini sudah berarak melepasi bangunan KLCC menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.

2.35 petang: Dianggarkan lebih 50 ribu orang sedang berarak menuju ke Kedutaan US dan akan bergabung dengan sebahagian besar peserta himpunan yang sedang menunggu di sana.



2.30 petang:
Terdapat empat buah trak ditempatkan di hadapan bangunan kedutaan. Wakil Aqsa Syarif Selangor sedang menyampaikan ucapan di hadapan kedutaan dan melaungkan 'Zionis Terrorist'. FRU mula memperketat kawalan.

Timbalan Presiden JIM, Syed Ibrahim Syed Noh berkata mereka berkumpul untuk mengutuk tindakan Israel dan menghargai usaha Turki memberikan kapal untuk misi kemanusiaan.

2.28 petang:
Perarakan kini berada di hadapan Hotel Renaissance menuju ke Jalan Tun Razak. Kira-kira 3km untuk sampai ke Kedutaan Amerika Syarikat. Perarakan turut diiringi pihak Polis. Sekurang-kurangnya 7 buah trak FRU ditempatkan di Jalan Sultan Ismail.

2.20 petang: Sekumpulan NGO sudah menghampiri Keduataan Amerika dan melaungkan 'hancur Yahudi'.

2.10 petang: Lebih 1,000 orang terdiri daripada NGO berkumpul di Masjid Tabung Haji dan sedia bergerak ke Kedutaan Amerika. Sebuah trak polis berada di hadapan kedutaan. Sebuah helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar Masjid Tabung Haji dan Kedutaan Amerika.

2.05 petang: Perarakan dimulakan, pimpinan yang berada dibarisan hadapan termasuklah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Kamarudin Jaafar, Dr. Lo'lo' Ghazali, Khalid Samad, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh.



1.55 petang: Kg. Baru- Peserta mula berkumpul di hadapan masjid selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi.

Pasukan Unit Amal mula mengawal keadaan. Poster bantah Israel mula diedar kepada peserta di hadapan pagar masjid.

Perarakan akan bermula bila-bila masa sebentar lagi. Pasukan anggota polis mula berkawal.