Stop Lynas

Stop Lynas

IKLAN PINJAMAN

IKLAN PINJAMAN

Followers

Tuesday, July 28, 2009

1893 Hari Di Bawah Kezaliman ISA

Oleh C.N.AL-AFGHANI

Mengharungi kehidupan di bawah kongkongan Akta ISA yang begitu lama, bukanlah sesuatu yang di impikan sebelum ini. Namun, inilah yang dikatakan ISA. Siapa pun boleh menjadi mangsanya dengan hanya disyaki mengancam keselamatan negara. Jantung anda akan terhenti seketika apabila secara tiba-tiba rumah anda diserbu dan digeledah oleh orang-orang yang bersenjata. Lebih trajis lagi bila anda dibawa keluar dengan tangan bergari secara kasar di hadapan anak isteri. Tentu anda dapat bayangkan betapa hancurnya hati ahli keluarga mangsa ISA itu

Ataupun di satu ketika, sewaktu anda dalam perjalanan ke tempat kerja atau mahu pulang ke rumah, tiba-tiba kenderaan anda di pintas. Kunci kenderaan anda dirampas dan secara kasar anda di seret ke sebuah kereta lain. Tangan di gari dan anda dmaklumkan yang anda ditahan atas mengancam keselamatan negara. Bagaikan gasing fikiran anda berputar mencari apakah kesalahan yang telah anda lakukan sehingga mengancam keselamatan negara itu. Tekanan fikiran ini akan bermain sejak anda ditahan hingga ke lokasi rahsia dimana anda ditempatkan. Seterusnya hinggalah ke sesi soal siasat selama dua bulan dilokasi rahsia tersebut. Dalam setengah kes tekanan perasaan ini berterusan hingga beberapa tahun anda ditahan di Kem Tahanan Kemunting (KEMTA ). Tak kurang juga yang mengalami keperitan ini setelah dibebaskan. Inilah peristiwa hitam yang pernah dan sedang di lalui oleh beratus tahanan ISA era saya dari tahun 2001 hingga hari ini.

Samada yang dituduh sebagai kumpulan Al-Maunah, Reformasi, Kumpulan Mujahidin Malaysia(KMM), Kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Daulah Islamiah (DI). Hingga ke hari ini masih terdapat tahanan yang ditahan menjangkau 8 tahun. Saya pernah bersama mereka di KEMTA. Dr. Abdullah bekas seorang pensyarah dan saudara Mat Shah Satrey bekas pemandu teksi. Kedua-duanya terkenal di kalangan orang tahanan sebagai tahanan yang berakhlak, sopan santun dan tidak membuat masalah pada orang lain juga kepada penguasa kem. Tetapi kenapa mereka ditahan begitu lama? Inilah kezaliman ISA yang amat sukar difahami kerana ianya satu tahanan tanpa bicara. Mereka boleh menahan sesiapa saja yang disyaki, tanpa membawa ke muka pengadilan. Dan mereka boleh menahan mangsa selama mana yang dikehendaki. Bahkan atas keselamatan negara, sebaliknya atas prinsip tahanan yang tidak mahu tunduk kepada kezaliman ISA itu.

Sebagai contoh, Dr.Abdullah amat tegas bila berhadapan dengan SB yang turun memantau tahanan setiap 6 bulan sekali. Ia mengambil kesempatan setiap pertemuan itu berhujah dengan SB berdasarkan fakta al-quran dan hadis . Ia antara tahanan yang banyak bertukar SB, kerana mereka tak sanggup mendengar apa yang disifatkan sebagai ceramah oleh SB. Lalu ia dianggap tahanan yang masih belum insaf. Begitu juga dengan Mat Shah yang tidak berminat bertemu dengan SB kerana dianggapnya tidak memberi faedah. Ia di dera atas sikap itu. Juga dikatakan sebagai satu tindakbalas pihak berkenaan terhadap isterinya, Norlela yang menjadi aktivis dalam Gerakan Mansuh ISA (GMI).

Ramai yang beranggapan tahanan ISA akan mendapat sedikit keselesaan di zaman Pak Lah berkuasa. Bukan sahaja sebagai Menteri Dalam Negeri, juga sebagai Perdana Menteri. Sifat lemah lembutnya dan juga ilmu agama yang dimilikinya diharapkan keadaan tahanan, khususnya kebajikan keluarga mereka diambil perhatian. Rupanya keadaan sebalik berlaku, malah lebih teruk dari era sebelumnya, ketika Tun Mahathir berkuasa. Pak Lah sudah tentu tahu, dalam Islam antara golongan yang perlu mendapat perlindungan pemerintah adalah wanita dan kanak-kanak disamping lelaki tua. Dalam satu kes, Pak Lah telah mengarahkan tangkapan ke atas isteri tahanan anggota JI iaitu Yazid Syufaat sebagai satu ugutan pada suaminya yang dikatakan tidak mahu bekerjasama dengan SB. Isteri muda ini ditangkap dalam rumahnya di Ampang ketika bersama anak perempuannya yang baru berusia lebih kurang 4 tahun. Ketika ibunya dibawa pergi di tengah malam, anak itu menangis keseorangan tanpa dikasihani oleh anggota polis bertugas. Anda bayangkan, bagaimana perasaan seorang ibu yang dipaksa keluar meninggalkan anak kecil sedang meraung ketakutan tanpa ditemani sesiapa.

Hampir 60 hari ia ditahan untuk soal siasat oleh Bukit Aman. Setelah dibebas dkenakan pula tahanan daerah selama 6 tahun. Suatu sekatan semata-mata untuk menyusahkan pergerakannya mencari nafkah, juga melawat suaminya di KEMTA.

Satu peristiwa berdarah dalam KEMTA yang masyarakat luar tidak tahu secara meluas berlaku pada 8 December 2004. Ianya berlaku di blok T2B yang penghuninya seramai 12 orang terdiri dari orang tahanan (OT) anggota JI dari Indonesia, Filipina dan Malaysia. Beberapa hari sebelum operasi, anggota UKP dari Kajang, Pulau Pinang dan Taiping telah ditempatkan di KEMTA. Dalam kesempatan pertemuan dengan Pangarah KEMTA ketika itu, sempat saya mengingatkan ianya jangan bertindak sebarangan terhadap OT tersebut. Bak kata orang, bagai anjing menyalak bukit. Manalah pandangan dan nasihat orang seperti kami nak didengari.

Pagi 8 December 2004 itu, kegiatan harian kami seperti biasa. Joging, main badminton dan berkebun sayur. Tanpa disedari lebihkurang jam 9.00 pagi, semua warder yang bertugas di semua blok (6 blok) di arah meninggalkan semua blok dengan mengurung tahanan tanpa di awasi. Suatu arahan luar biasa yang dikatakan bercanggah dengan etika penjara. Yakni warder tidak boleh meninggalkan orang tahanan atau banduan tanpa pengawasan. Inilah ISA, segala-galanya boleh berlaku.Ringkas cerita di ruangan yang terhad ini, pihak berkenaan telah melakukan provokasi bagi mengujudkan suasana tidak aman antara UKP dan OT di blok T2B. Lebih seratus UKP yang lengkap dengan topeng serta pakaian keselamatan,merempuh masuk menyerang OT.

Dalam insiden itu kesemua OT dipukul semaunya, hingga ada yang pengsan, patah jari, cedera di kepala, betis dan lain-lain anggota. Saya dan rakan-rakan dari blok T3 yang jaraknya kurang dari 1oo meter dapat saksikan dari celah-celah lubang zink dinding blok, bagaimana OT yang cedera diusung seperti binatang ke tempat rawatan. Hampir semua nya dibasahi darah baju warna putih mereka. Sepanjang hari itu mereka tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, begitu juga makan dan minum. Mereka dilayan betul-betul macam binatang. Malam, baru sorang demi sorang di bawa ke hospital Taiping menerima rawatan selanjutnya. Ada maklumat yang menyebut, doktor yang merawat OT, amat terkejut dengan kecederaan serius yang dihadapi setiap mereka. Hingga mereka mencadangkan OT ambil tindakan mahkamah terhadap pihak terbabit.

Tak cukup di situ sahaja, esoknya operasi berjalan pula di lain-lain blok. Kali ini mereka mencari OT yang dikategori sebagai degil atau selalu menyusahkan pihak kem. UKP yang bersikap ganas masuk ke blok T4A dan T4B mengasari sasaran mereka dengan diseret keluar ke tempat asingan (blok T 1) yang jaraknya hampir 200 meter. Sepanjang perjalanan itu,mereka dipukul, sepak terajang, maki hamun hingga ada yang mencabar Allah turun bantu OT. Terdapat juga warder KEMTA yang dendam sangat dengan OT telah ambil kesempatan memaki dan meludah OT yang di bawa melintasi mereka. Paling menyedihkan, terdapat OT yang dikategori sebagai ustaz dibogel dan dihumban secara kasar ke dalam lokap blok. Mungkin sukar untuk anda percaya, tetapi itulah yang telah berlaku. Selepas tragedi berdarah itu, kami dan keluarga mulai mendapat layanan buruk dari pihak KEMTA dengan alasan mereka mendapat arahan dari KDN

Begitulah sekelumit dari segunung kezaliman ISA. Kami yang menderitai kezaliman ini diminta mengakui bahawa pemerintah yang ada ini baik, adil, bertanggungjawab dan tahanan kami ini adalah wajar. Jika tidak, kami dianggap tidak insaf, sebagai balasannya kami merengkok dalam kem tahanan tahun demi tahun. Keadaan ini mengingatkan saya apa yang sering disebut oleh Allahyarham Presiden PAS ,Ustaz Fadzil Nor dalam mengulas isu ISA ini. Menurut beliau, "apakah adil pada kamu apabila menangkap orang, diikat kaki tangan, dipukul, sepak, terajang, kilas tangan dipijak sampai patah kaki, sumbat mulut lalu ditanya orang itu, sakit atau tidak. Sudah tentulah pelaku-pelaku ini terdiri dari orang-orang yang tidak waras"

Beberapa hari sebelum bebas, saya didatangi oleh salah seorang pegawai kanan Bukit Aman.Dia berpesan pada saya agar memaklumkan kepada pihak-pihak atau NGO yang berusaha menghapuskan ISA. Bahawa ISA ini tidak akan dihapuskan walaupun terdapat 1000 NGO membantah. Sehingga ini tak ada mana-mana pihak yang saya maklumkan. kecuali pada YB Shaari Sugaib yang menziarahi saya setelah dibebaskan. Sepanjang pengalaman 1893 hari mengharungi kezaliman ISA itu, saya yakin apa yang dkatakan pegawai berkenan benar. Ini kerana yang menguasai isu ISA ini, samada dari KDN atau Bukit Aman, terdiri dari mereka yang hatinya keras tidak lut dengan nasihat agama dan hilang kemanusiaan mereka.

GMI, NGO dan parti politik pembangkang sememangnya tidak mampu untuk menghalang keegoan pemerintah. Hanya kebangkitan rakyat sahaja yang dapat menyelesaikan isu ini. Rakyat yang tidak mempunyai maklumat atau memandang remeh isu ini, tak akan bersuara, apatah lagi ke jalanan membuat bantahan. Terutama di saat ini, masih menjadi bualan PM baru membebaskan 13 tahanan sebaik saja menganti Pak Lah. Rakyat tentu tak tahu bahawa ini satu sandiwara. Mereka diperjudikan semata-mata untuk kepentingan PM baru, Najib.

Tentu kita masih ingat, 3 minggu selepas Pak Lah ambil alih kuasa 15 orang tahanan anggota Al-Maunah telah dibebaskan sehari menjelang aidilfitri November 2003. Desas desus pembebasan mereka ini telah kami dengar tiga bulan sebelum itu. Namun mereka di kambinghitamkan untuk kepentingan politik Pak Lah. Dua minggu selepas itu,saya didatangi SB dari Bukit Aman . Di antara perbualan kami menyentuh isu pembebasan anggota aunah itu. Disebutkan pada saya antaranya," cuba hang fikir,bila mereka balik menjelang raya, bukan saja tangan mereka,tapi tangan isteri,anak-anak dan ahli keluarga masing-masing akan angkat doa berterima kasih pada Pak Lah kerana dapat menyambut raya bersama keluarga di rumah. Tentu mereka kata Pak Lah baik".

Sandiwara ini berulang lagi pada giliran Najib. Tetapi cacat lakonannya kerana tidak semua anggota Hindraf dan JI dibebaskan. Namun Makkal Sakthi yang ditunjukkan oleh masyarakat India berjaya memberi tekanan hingga semua anggota Hindraf dibebaskan. Tinggal lagi anggota JI dan DI. Semasa muktamar PAS yang lalu,saya bertemu dengan Norlela,isteri Mat Shah. Menurutnya,seminggu lagi ia akan ke Geneva atas urusan merayu pihak antarabangsa membebaskan suaminya. Dia yakin suaminya akan dibebaskan penghujung bulan jun yang lalu. Itulah antara kezaliman ISA, isteri dan anak-anak diberi janji-janji manis. Akhirnya penantian itu berakhir dengan kehampaan.

Tidak lengkap isu ini tanpa menyentuh keadaan anak isteri sepanjang kami tahan. Sebaik saja ditahan, rumahtangga menjadi kelam kabut. Khususnya isteri menjadi tidak tentu arah. Mana nak melayan kerisauannya, terpaksa pula memujuk hati anak-anak kecil yang merindui ayah mereka, juga kejutan anak-anak remaja yang terpaksa menghadapi masyarakat yang berbagai ragam. Cuba bayangkan, bagaimana anak-anak remaja ini, khususnya kami dari KMM yang dituduh membunuh dan merompak. Media membesarkan tajuk ini dengan menyiarkan gambar-gambar kami selaku penjenayah sepanjang bulan ogos hingga hujung tahun 2001. Waktu ini ada anak-anak kami yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan dipusat pengajian tinggi.

Terdapat dalam beberapa kes di mana isteri terpaksa memohon cerai atas tekanan pihak tertentu. Anak remaja yang meninggal kampong kerana tak selesa tinggal lagi dengan fitnah terhadap ayah mereka. Tak kurang pula anak-anak ini yang terpaksa tangguh pengajian kerana masalah ekonomi dan tekanan perasaan. Paling menyedihkan apabila pihak berkuasa langsung tidak mempedulikan kebajikan keluarga tahanan. Malah terdapat kes di mana pihak tertentu diarahkan menghalang individu memberi sumbangan wang pada keluarga tahanan. Pada awal tangkapan ramai yang simpati hulur sumbangan samada ketika datang ziarah atau memasukkan wang dalam akaun bank. Dengan halangan itu, akhirnya tak ada lagi sumbangan individu, kecuali NGO atau saluran politik pembangkang.

Ada juga yang simpati, lalu bantu membawa keluarga tahanan ke KEMTA seminggu sekali. Dengan halangan dari pihak tertentu, akhir terpaksa menaiki bas ke KEMTA. Lebih menderita pada isteri yang tinggal jauh seperti Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kelantan, Terangganu, Pahang, Pulau Pinang dan Kedah. Tak kurang pula dari Sabah. Teringat saya pada seorang rakan tahanan yang terkenal dengan kesabarannya. Selalunya,bila pulang dari bertemu isteri, wajahnya ceria dengan berbagai cerita baru yang dibawanya. Satu hari ia pulang dengan agak kesedihan. Selepas makan dan solat jemaah zohor saya ke biliknya. Dalam berbual, air matanya mengalir. Katanya dia terkenangkan betapa setia isterinya bersusah payah datang menemuinya sewaktu dia baru sepuluh hari melahirkan anak lelaki. Kerana tahu suami berhajatkan anak lelaki,dia tak sabar-sabar datang membawa anak itu untuk ditunjukkan pada dia. Tidak ada lagi orang yang mahu menghantarnya, lalu isterinya naik bas dari Banting seawal pagi menuju ke K.L. Kemudian ambil bas dari Puduraya ke Kamunting. Makan masa hampir enam jam. Di pintu utama masuk kem, dia terpaksa pula jalan kaki hampir satu kilo meter ke tempat pendaftaran pelawat.

Usaha mengumpulkan ratusan ribu rakyat mengadakan protes memansuhkan Akta ISA pada 1 Ogos 2009 ini wajar dipandang serius oleh semua pihak. Masih banyak lagi babak-babak kezaliman disebalik tabir ISA. Memang benar jumlah tahanan sekarang kurang dari 10 orang, tetapi amaran dari Menteri Dalam Negeri baru-baru ini kepada pihak tertentu, membayangkan KEMTA bakal dipenuhi penghuni lagi. Seperti dikatakan, tidak ada kuasa yang boleh menyelesaikan isu ini melainkan kuasa rakyat. Kita lakukan ini bukan untuk kita, tapi buat generasi akan datang. Bukan sahaja bercanggah dengan ajaran agama, penahanan tanpa bicara ini bercanggah juga dengan fikrah dan hak asasi manusia.

Bekas tahanan seperti saya dan rakan-rakan lain masih lagi dibimbangi dengan pantauan seolah ugutan. Kehidupan harian kami tidak selesa seperti dulu, terutama perbualan talipon kami dirakam. Ada yang dipaksa memaklumkan pada Bukit Aman jika menerima panggilan dari luar Negara. Tak kurang pula yang ditahan passport oleh KDN juga sukar membuka akaun bank. Ramai antara kami yang keluar terpaksa terkapai-kapai mencari nafkah hidup. Perkerjaan dulunya telah hilang. Yang terlibat dalam perniagaan, terbantut bisnes. Saya umpamanya, terpaksa menanggung hutng hampir 200 ribu ringgit akibat projek ternakan ayam yang tersadai sebaik ditahan lebih dari lima tahun. Bukan senang bagi saya untuk mengumpul wang dengan jumlah sebegitu banyak dalam usia separuh abad ini.

Apa yang dialami oleh mangsa ISA, terutama mereka yang lebih dari 3 tahun dalam tahanan, gelora hidup keluarga mereka seharusnya mengamit simpati dari kita. Bayangkan Norlela sanggup pergi ke Geneva semata-mata dengan hasrat membebaskan suami tercinta, juga menyatakan kezaliman ISA di mata dunia, mengapa kita tidak sanggup untuk beberapa jam sahaja menyambut seruan pihak tertentu untuk memberi sokongan dalam usaha menghapuskan ISA.

Tuan Guru Nik Aziz pernah mengingatkan pihak berkenaan bahawa tiap helai bulu roma, setitik peluh dan air mata yang gugur atau keluar dari tubuh tahanan tanpa bicara ini, maka akan dipertanggungjawab hadapan Allah kelak. Justeru, sedikit masa dan keringat kita semasa perhimpunan itu tentunya akan dipertanggungjawab juga hadapan Allah kelak. Bukan sahaja memberi sokongan kepada kegigihan Norlela serta keluarga Dr.Abdullah, lebih jauh dari itu adalah kita bersama-sma dengan golongan yang menentang kezaliman dalam satu himpunan, satu langkah, satu hasrat dan satu suara rakyat Malaysia HAPUSKAN ISA ………………

Sumber : http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=2950.

Saturday, July 25, 2009

MIC pula kena tamparan hebat..... ahlinya sertai PKR



Barisan Nasional (BN) menerima satu lagi tamparan hebat hari ini apabila bekas Naib Presiden MIC, Dato' SS Subramaniam mengumumkan menyertai KeADILan dalam satu majlis yang diadakan di MBPJ tengahari tadi.

Sebelum ini, bekas pemimpin MCA, Dato' Chua Jui Ming telah menyertai KeADILan dan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap dasar-dasar perjuangan yang dibawa oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tengahari tadi, dalam majlis di Petaling Jaya itu, Subramaniam juga mengumumkan bahawa 10 buah cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai KeADILan secara besar-besaran.

Dianggarkan seramai 1,700 ahli MIC daripada cawangan-cawangan tersebut akan menyertai KeADILan.

"Saya telah menyokong KeADILan dan Anwar Ibrahim sejak dahulu lagi, cuma sekarang saya dapat memberanikan diri untuk menyatakan bahawa saya akan sertai parti ini,"katanya sambil mendapat sorakan daripada lebih 350 hadirin dalam majlis tersebut.

Menurut laporan daripada Malaysiakini, Subramaniam telah berkhidmat sebagai Naib Presiden MIC lebih 20 tahun dan juga merupakan bekas Naib Pengerusi MIC Selangor untuk tiga dekad.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi Adun Bukit Raja dan Ahli Parlimen Segamat.

Sementara itu, di awal majlis tersebut, pemimpin MIC cawangan Pekan Meru, AR Palaya juga mengumumkan menyertai KeADILan dan akan membubarkan cawangannya. - mks._

Friday, July 24, 2009

Bukan majlis berkabung - Khalil Idham Lim

Johari Jaafar
Thu | Jul 23, 09 | 5:23:27 pm MYT

PARIT BUNTAR, 23 Julai (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS negeri yang juga Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin adalah majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pensyarah Jabatan Fiqh Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Gambar tersebut dan majlis menyalakan lilin itu diadakan semasa sesi sidang media 17 Julai lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.

Sidang media itu dianjurkan Sekretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dan pemimpin parti.

Idham Lim yang juga bekas penganut Buddha menjelaskan, amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan.

"Saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China.

"Sebab itulah jika kita berkunjung di mana-mana masjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual di masjid," katanya.

Beliau yang memeluk Islam ketika berusia 23 tahun berkata, di negeri China para imam, ahli jawatankuasa masjid dan umat Islam akan berbaris masuk ke dalam masjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir raya.

"Sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang, colok itu ditinggalkan di luar. Saya ada koleksi gambar mengenai upacara ini sebagai bukti," ujarnya.

Menurutnya, beliau dan Nizar bersama Adun Pakatan Rakyat yang lain memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media tersebut dan bukannya bertafakur seperti diminta.

"Sebelum ini sudah banyak kawan-kawan bukan muslim yang menghormati upacara membaca doa dalam pelbagai majlis," jelasnya.

Idham Lim turut mempersoalkan motif isu itu diperbesarkan tetapi di dalam masa yang sama persoalan asal yang lebih besar iaitu tindakan meragut nyawa manusia yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan.

"Saya bimbang pihak berkenaan hanya berani berkokok dalam isu ini tetapi apabila melibatkan pemimpin Umno, golongan ini tidak bersuara menegur," katanya kesal.

Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam wajib ditegur tetapi golongan tersebut hanya berdiam diri.

"Antaranya adalah upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara yang telah difatwakan haram (oleh Majlis Fatwa Kebangsaan), kenapa golongan tersebut tidak berani menegur," katanya.

Beliau berharap penjelasan ini dapat meredakan suasana resah yang sengaja ditimbulkan golongan tertentu khususnya Umno bagi mengelirukan rakyat.

Baru-baru ini Adun Pangkor, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataannya di sebuah akhbar menggesa Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 'mengeluarkan fatwa' berhubung tindakan Nizar menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati Beng Hock.- tajdid_

Ibrahami Ali cuba menggagalkan Himpunan rakyat bantah ISA


Sekiranya tidak diendahkan GMI, Ibrahim menegaskan pihaknya akan turun padang menyertai demonstrasi Pewaris dan menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menyertainya.
Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa memastikan rancangan GMI itu digagalkan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

"Perkasa tak pernah turun ke jalan raya tunjuk perasaan, namun apabila kita komited kita akan genggam bara api sampai jadi arang, kita bukan turun (berdemonstrasi) untuk main- main. "Saya sendiri sudah lama tak berucap pada acara tunjuk perasaan tapi kalau saya sudah mula, saya tidak akan berhenti," tegasnya pada sidang akhbar di sini hari ini. Pada 1 Ogos ini, GMI yang membantah ISA dan Pewaris yang mempertahankan akta itu akan berdemontrasi dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memoran
dum mereka. Kedua kumpulan yang berbeza pandangan itu dijangka bertembung di jalanan kerana mereka menggunakan laluan yang sama ke Istana Negara.

Kata-kata Ibrahim Ali yang dipetik dari blogger BPN (pejuang Bangsa).

Kata-kata begini yang keluar dari mulut seorang Ahli Parlimen yang bertanding dibawah lambang Pas yang kini kuat mengkritik Pas. Ini lah orang yang boleh dilebelkan sebagai seorang seperti "kacang lupakan kulit". Berkebetulan yang dirancang oleh PERKASA untuk mengagalkan peracangan yang rapi oleh GMI, Ibrahim Ali merupakan presiden PERKASA cuba mempegaruhi pihak berkuasa agar perkara yang dirancang oleh GMI digagalkan dan ini lah bangsa melayu yang begitu taksub inginkan perhatian kerajaan agar menerimanya kembali sebagai orang Umno. Apa yang tidak kena dengan Ibrahim Ali ini, begitu hebat sangat ke PERKASA ni? begitu hebat sangat ke makhluk Allah yang bernama Ibrahim Ali ini? yang cuba menggagalkan niat rakyat yang menjoritinya tidak mahu lagi ISA ini diteruskan.
Hanya Ibrahim Ali dengan Umno sahaja yang ingin melihat dan menanggung dosa kering yang telah dilakukan kepada tahanan ISA. Ibrahim Ali perlu ingat bahawa dia tu seorang yang pernah diterajang oleh Umno dan pernah dibuang jauh-jauh dan sekarang cuba menarik perhatian presiden Umno supaya menerimanya kembali dan membolehlah dia berkokok kembali di dalam perhimpunan Umno. Apa yang pentingnya bagi Ibrahim Ali kalau ISA ini diteruskan, tidakkah kita dapat mengagak yang dia sekarang cuba untuk mengambil peluang supaya PM memerhatikan kelakuan bodeknya itu. Tidakkah dia insaf yang dia sendiri yang pernah dihumbang kedalam ISA? Fikirkanlah, Kepada rakyat Malaysia supaya jangan terlalu takut dengan Ibrahim Ali ni sebab dia juga serupa macam orang lain yag tiada kuasa untuk menggagalkan apa yang kita rancang dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat menggagalkan apa yang kita rancang, kepada GMI teruskan apa yang dirancang dan jangan endahkan dengan ugutan Ibrahim Ali yang kemaruk dengan perhatian.
Kepada Ahli PERKASA janganlah anda sokong apa saja yang dilaungkan oleh presiden anda yang cuba untuk mempergunakan anda supaya dia menjadi popular. dan marilah berjuang untuk menjaga hak asasi manusia. Kepada orang Umno cubalah fikirkan apa faedahnya ISA, kita sekarang bukannya di zaman Komunis dan kita mempunyai pertahanan yang hebat dan anggota polis yang bijak boleh menghidu setiap apa yang boleh mengancam negara, kenapa kita harus mempertahankan ISA yang sudah lapok dan tidak boleh digunakan lagi. Kepada anggota polis ,fikirkanlah yang kamu semua dibayar gaji untuk membenteras dan pantas bertindak dan telus dalam membuat keputusan tanpa mengira siapa, polis harus berbangga dengan tindakan pantas untuk menyelesaikan sesuatu kes yang melibatkan keselamatan negara dan jangan mengambil masa yang begitu lama untuk buat penyiasatan sehingga membebankan rakyat seperti ISA yang disiasat sehingga 8 tahun dan ini menyebabkan berlakunya pembaziran duit rakyat, Pihak polis harus ingat yang bayar gaji mereka ialah kerajaan dan bukannya Umno. Duit kerajaan adalah duit rakyat yang membayar cukai setiap tahun. Jika Pihak Polis kata ISA bukan tempat untuk menyiasat, mereka harus mendakwa tahanan ISA ke mahkamah supaya senang untuk dijatuhkan hukuman jika terbukti mereka bersalah.
Kepada rakyat Malaysia dan beragama Islam harus tahu yang kita akan ditanya dan dituntut oleh keluarga mangsa ISA kerana tidak bertindak untuk menghalang kekejaman terhadap mangsa ISA. Nanti seorang anak kepada mangsa ISA akan bangkit dan menyatakan kehadapan Allah SWT yang kita tidak bertindak dan menyatakan mereka ini lah yang hanya melihat kekejaman dilakukan terhadap ayahnya. Apa yang kita nak jawap dihadapan Allah SWT kelak?. Kepada Ibrahim Ali lagi haruslah dia masuk kedalam ISA dan tanya mangsa ISA apa salah mereka dan kenapa ditahan dan dipisahkan mereka dengan keluarga hingga 8 tahun? dan seterusnya tanyalah pemerintah kenapa mereka ini tidak didakwa jika mereka melakukan kesalah sehinggakan mereka ditahan sehingga 8 tahun. Sedarlah wahai Ibrahim Ali yang kamu sekarang adalah dizaman yan serba canggih dan bukan lagi di zaman darurat. Bangkitlah Ibrahim Ali dari mimpi disiang hari. Sesungguhnya ketuanan melayu yang kamu laungkan itu bukan hanya untuk orang seperti Umno, mereka yang ada dalam ISA juga ada orang Melayu apa yang hebatnya dengan melayu jika melayu sendiri yang mahu melihat melayu diseksa dan dikejami oleh ISA.

Tuesday, July 21, 2009

Himpunan Mansuh ISA.... jom pakat gie



Apa Itu Akta ISA?
Internal Security Act (ISA) atau akta keselamatan dalam negeri, Dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Kuasa mutlak berkenaan ISA telah diberikan kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Melalui ISA, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri boleh mengarahkan pihak polis menahan sesiapa sahaja selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri dan tempoh itu boleh disambung pada had maksimum.
Penahanan boleh dibuat tanpa perlu membawa mereka yang dituduh ke mahkamah untuk dibuktikan bersalah atau tidak. bermakna orang yang tidak bersalah juga boleh ditahan mengikut kehendak Menteri.

ISA Bercanggah Dengan Hak Asasi Manusia Dan Artikel 5 Pelembagaan Persekutuan Malaysia Dan Dibawah Artikel 5,6,7,8,9,10 Dan 11 Deklarasi Hak Asasi Antarabangsa.

Oleh itu ,adalah menjadi satu tanggungjawap kepada seluruh warga Malaysia menyatakan bantahan dan mendesak kerajaan Memansuhkan Akta ISA sebelum ada keluarga anda menjadi mangsa kezaliman.

Himpunan ini akan berlangsung di Masjid Jamek, Masjid Negara dan Sogo pada 1 ogos jam 2 petang, Semua dijemput Hadir untuk menyatakan bantahan anda supaya kerajaan Memansuhkan ISA, membebaskan tahanan ISA dan Tutup Kem Kemunting.

Monday, July 20, 2009

Tamparan hebat untuk MCA-BN....Datuk DR Chua Masuk PKR



Satu tamparan hebat untuk Bn setelah seorang yang berstatus mantan menteri kesihatan dan sebagai ketua MCA bahagian Bakri dan bekas ahli parlimen Bakri dari tahun 1986 hingga 2008 iaitu Datuk Dr Chua Jui Meng. seorang yang bersikap positif dalam kariernya dan beliau sebagai naib prasident MCA dari tahun 1990 hingg 2005 dan kini menyertai PKR salah satu kompenan Pakatan Rakyat. Beliau membuat keputusan demikian setelah melihat gelombang tsunami kebangkitan rakyat dan terbentuknya dwi-parti di Malaysia, iaitu Parti PR dan Bn. Agenda beliau dengan Datuk Seri Anwar sama dan mempunyai satu haluan dan hala tuju, maka beliau merasa penting bagi beliau teruskan perjuangan dalam PR kerana inginkan satu perubahan dalam negara ini dimana mahu mengubah sistem korapsi dalam intisusi-intisusi dalam negara seperti penghakiman , polis dan SPR . Beliau mahu intisusi ini menjaga wang negara untuk rakyat dan bukannya untuk BN. Rasuah yang ada dalam negara yang begitu melular menyebabkan beliau ingin membenterasnya dengan menyertai PR untuk menjatuhkan BN. Beliau berkata lagi yang Dwi -Parti merupakan suatu yang baik dan menjadi satu bayangan maut bagi BN dan ini menyebabkan Bn ingin menghapuskan Dwi-Parti ini. Mengenai pertuduhan yang tidak berasas terhadap DSAI telah menyebabkan beliau tidak percaya dengan dengan pemimpin Bn kerana mahu mengulangi kejatuhan Umno pada tahun 1999 dan kini cuba untuk dimainkan semula untuk menjatuhkan DSAI dan beliau percaya yang DSAI tidak bersalah dan beliau juga percaya semua rakyat di Malaysia tidak setuju dengan pertuduhan tersebut setelah Tiga Doktor dari Hospital kerajaan dan swasta menyatakan tidak ada bukti tapi masih mahu melakukan pertuduhan tersebut. Dengan pengumuman Datuk Dr Chua Jui Meng telah menyebabkan dua orang yang setia dengannya mengambil keputusan yang sama keluar dari MCA dan menyertai PKR iaitu Datuk David Yeoh dan Datuk Yap Yit Thong. Datuk Chua mengharapkan semua penyokong beliau yang sebanyak 40 peratus mengundi beliau semasa bertanding dalam merebut kerusi prasident MCA supaya memikirkan semula demi anak-anak mereka dimasa hadapan. Tahniah kepada Datu Dr Chua Jui Meng dan rakan-rakannya yang telah membuat satu keputusan yang betul untuk keluar dari kepongpong Bn dan bersama berjuang akan nasib rakyat bersama PR. Kepada orang Umno bila lagi?

Friday, July 17, 2009

Mansuh ISA..... Tun Abdullah mantan PM



" sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.


Satu kenyataan dari mantan Perdana menteri Tun Abdullah, dipetik dari harakahdaily.

Apa yang terlintas difikiran adalah kenapa baru sekarang beliau berani menegaskan yang akta ISA ini bercanggah dengan demokrasi sedangkan semasa pemerintahan beliau kenapa tidak diluahkannya dan ini ternyatalah bahawa semua Mantan Perdana Menteri faham akan kepincangan pemerintahan Umno-Bn . Kesemua tahu dan nampak keburukan sistem pemerintahan mereka mundur dan tidak relevan. Jika fikir sejenak dan kita tengok kesemua mantan perdana menteri ada yang keluar parti Umno dan ada yang kritik dengan begitu hebat sekali, Sebenarnya orang Umno harus keluar dari Umno dan tengok sendiri kepincangan yang ada dalam Umno. Pernilaian yang dibuat oleh mantan PM ini adalah kerana beliau tidak tahu atau cuba mencari simpulan dan cuba untuk menghuraikannya. Wahai orang Umno, sudah lima mantan PM mengutuk pemerintahan Umno yang tidak mengikut lunas-lunas Islam yang sebenar dan ini akan menyebabkan sesiapa saja yang bukan dalam Umno-BN akan mengutuk dan ingin memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh BN-Umno, seringkali ditegur oleh pembangkang namun tak diendahkan oleh Umno-BN, kali ini mantan PM yang cuba untuk menegur dari luar dan rasanya matan PM ini seumpama "anjing menyalak bukit". kalau betullah mantan PM ini serius dalam kenyataannya itu, marilah bersama kami pada 1 Ogos nanti berarak memprotes dan menyatakan pendirian kami agar ISA diMansuhkan, marilah kalau berani, Jangan lupa sahabat sekelian, pada 1Ogos nati kita berkumpul di Kuala Lumpur dan berarak ke istana dengan memakai baju berwarna hitam merah tanda sokongan kita untuk memansuhkan ISA. Kepada Tun Abdullah, berjuanglah bersama kami untuk menebus dosa anda dimasa lalu yang gagal dalam memansuhkan ISA. Sekaranglah masanya tunjukkan pada rakyat yang anda seorang yang prihatin dalam masalah rakyat....

Thursday, July 16, 2009

Keperluan Rakyat......YB kena mendampingi rakyat



Keperluan pengundi di Manek Urai perlu disediakan dan YB dapat menjalankan tugas yang baik selepas PRK, ana harap YB baru secara berterusan mendampingi mengundi di Manek Urai dan bukan saja di Manek Urai malah semua wakil rakyat dari PR perlulah mendampingi pengundi yang telah memilih mereka, secara berterusan dan luangkan masa bersama mereka walaupun seminggu sekali dan yang terbaiknya hari-hari ,supaya mereka merasakan mereka dihargai dan ada tempat untuk mengadu. Jangan sampai setiap kali rakyat pergi kerumah atau tempat khidmat rakyat ,YB tak ada. Ini akan menyebabkan ada perasaan kecewa dihati pengundi. Walaupun tidak boleh menyelesaikan masalah mereka 100 peratus namun penglibatan YB dalam menyelesaikan masalah mereka akan dihargai oleh rakyat. Berbalik di manek Urai, YB Mohd Fauzi haruslah mendampingi mereka di Manek Urai dan lakukan kajian kenapa kita menang tipis disana, tanya dari hati ke hati apa permasalahan mereka dan cuba selesaikan , ini akan dapat menarik kembali sokongan rakyat pada Pas. Amalan yang mulia Insya'Allah akan menjadi kebaikan kepada kita kelak. Bukan saja kepada penyokong kita, yang karat Bn pun kita mesti bantu jika mereka bermasalah, namun kalau YB tak pernah jengguk tempat mereka mana mungkin kita akan tahu masalah mereka. Secara keseluruhan masalah yang dihadapi oleh rakyat setempat adalah menjadi tanggungjawap YB untuk menyelesaikannya. Sebenarnya bukan pembangunan yang pesat diperlukan rakyat ,tapi keprihatinan YB kepada rakyat yang diutamakan oleh rakyat sebenarnya. Kalau kita dapat melakukan perkara itu Insya'Allah jika ada lagi PRK yang terdekat tidak akan menjadi masalah yang besar bagi kita untuk menambat hati rakyat. Wassalam.

Wednesday, July 15, 2009

Keutuhan Pakatan Rakyat.....cari jalan penyelesaian







"Serangan sesama sendiri ini meyebabkan kita hilang kekuatan. Bukankah Allah berfirman

Dan taatlah kamu pada Allah dan rasul Nya, jangan kamu berbantah bantah, kelak kamu akan menjadi gentar dan hilang kekkuatan, bersabarlah. Allah bersama orang orang yang sabar.

Al-Anfal 46

Cukuplah dengan hidangan yang buruk yang kita hidangkan pada rakyat Malaysia. Ayuh wahai pimpinan PAS dan PR.. Ajal UMNO/BN semakin hampir... Meneruskan perbalahan ini akan memberi nafas baru pada UMNO/BN.
Ya Allah jadikan ini medan untuk menginsafkan kami. Keangkuhan kami dengan sedikit kuasa dan kesenangan. Keegoan dan bongkak dengan sedikit kepandaian sehinga mengambil alih kerja-kerja Mu. Saling berprasangka, sisih menyisih dan lain-lain dosa yang tidak kami sedari. Ampunilah kami. Ikatkan kembali hati-hati kami yang berpecah-pecah ini. Kukuhkan kembali ukhuwah kami." Amin

Petikan diatas adalah dari Ustaz Suhaimi Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang dikutip dalam blognya. Apa yang diperkatakan oleh beliau adalah keluhan dari keputusan PRK Manek Urai dan hidangan dari rasa rakus oleh pemimpin PR yang cuba untuk menampakkan ketidak stabilan keutuhan Pakatan Rakyat yang hanya baru beberapa tahun ditubuhkan, Pendekatan yang perlu diambil dari kekurangan mejoriti yang diperolehi oleh Pas dalam PRK Manek Urai. Pas perlu membuat kajian yang mendalam dan muhasabah diri jika berlaku sesuatu yang tak dapat kita elak dan mungkin sesuatu yang telah lari dari pegangan kita sebagai ahli Pas. Ramai yang menyatakan sesuatu yang tidak enak didengar oleh kita tapi kita kena ambl itu sebagai iktibar dan perbaiki diri kita dan organisasi agar tidak berlaku lagi kesilapan yang sama. Walaupun ianya pedih tapi yang pastinya yang pedih dan pahit itu lah ubat yang mu'jarab. Kerakusan dan keegoan haruslah dilempar jauh-jauh selagi kita manusia yang beragama Islam, sesungguhnya Allah SWT akan memelihara mereka yang bertakwa PadaNya. Berbalik kita kepada yang telah ditulis oleh Ustaz Suhaimi dimana beliau telah pun membuat suatu research yang terperinci dengan orang kebanyakkan yang merupakan penyokong dan penyumbang kemenangan kepada PR pada PRU 12. Ramai yang bercakap dengan masalah yang ditimbulkan oleh PR sendiri yang belum utuh untuk dilayarkan dilautan bergelora dan masih belum diuji dengan gelora yang ganas. Kalaupun ada ianya hanya diuji oleh kemenangan dan bukannya rasa angkuh bila dah menang kerana Pas dah pun menang di Kelantan selama 20 tahun, rasanya dah banyak pengajaran yang dipelajari oleh Pas tapi yang menyedihkan apabila ada yang cuba untuk memecahkan kesetiaan kepada pemimpin dengan isu yang rasanya begitu panas seketika, tapi mana perginya kesetian ahli kepada pemimpin yang perlu ahli korbankan walupun ia bertentangan dengan perinsip ahli itu sendiri selagi ianya tidak melanggar dasar-dasar parti. Sedikit sebanyak perkara itu menyebabkan kemurungan dihati para ahli Pas. Kepada PKR dan DAP pula mereka sekarang baru diuji dengan kemenangan dan semesti mereka agak terkejut dengan gelombang ini, kalau ianya tidak dibimbing maka mereka akan hanyut dengan gelora itu. Jadi Pas lah yang patut menjadi Nakhoda dalam pelayaran ini dan menjadi penasihat kepada pelayar yang baru saja keluar dari pelabuhan kemenangan ini. Jika Pas sendiri tak boleh mengemudi pelayaran ini ,mana mungkin Pas boleh menjadi nakhoda dalam kapal yang besar ini untuk menuju kedestanasi kejayaan memerintah Malaysia. Kesimpulannya haruslah kita muhasabah diri dan berpijak dibumi yang nyata. Kepada YB Mohd Fauzi Abdullah tahniah dengan kemenangan dan dapat mengekalkan kekuasaan Pas di Manek Urai, Kepada petugas yang bertukus lumus menjalankan kerja di sana diucapkan tahniah dan terimakasih, kepada Pengundi Manek Urai ,tahniah anda telah menjalankan tanggungjawap anda dengan peratus keluar mengundi yang teramai dan menjadi sejarah PRK di Kelantan. Wassalam.

Tuesday, July 14, 2009

Kemenangan kepada Islam Insya'Allah



Insya'Allah dengan IzinNya akan berlangsunglah pertarungan yang hebat antara Pas dan Bn, Walau bagaimanapun apa yang pasti Allah akan memberikan kemenangan kepada Islam Insya'Allah, selamat mengundi kepada Pengundi di Manek Urai, kepada blogger yang memperjungkan PR diharap dapat menyerlahkan lagi tulisan anda untuk kepentingan dan infomasi kepada rakyat yang sekarang telah celik IT. Tapi apa yang pastinya lagi, semua orang dah bersungguh-sungguh dalam memastikan ada hasilnya dan yang menakjubkan kita bila ada yang berkempen dengan begitu agrasif sehinggakan sanggup menjanjikan satu perkara yang sudah diketahui umum bahawa ianya bukan mudah untuk dikotakan, begitulah setiap kali pilihanraya diadakan, masing-masing menabur janji dan janji terbaru yang dilontarkan oleh TPM ialah menjadikan Manek Urai sebuah tempat "anak emas" dia tak faham apa yang dijanjikan , kalau tak boleh ditunaikan ianya akan memakan dirinya semula. Seperti apa yang belaku di mana-mana tempat yang diadakan PRK sebelum ini janji hanya tinggal janji dan yang susahnya adalah rakyat yang menagih janji yang belum dikotakan, kalau difikir kenapa TPM menjajikan anak emas di Manek Urai, bagaimana sekarang di Johor, apa kata orang Johor tentang perkara ini, adakah semua orang Johor sudah senang belaka? adakah negeri Johor sudah pun diberikan penekanan sebagaimana yang telah dijanjikan oleh TPM kepada rakyat Manek Urai? anak emas" bagaimana pula dengan negeri atau kawasan yang tidak diadakan PRK adakah mereka akan dapat sepertimana dengan di Manek Urai, jika tidak ianya hanyalah pembohongan yang nyata. Janganlah orang di Manek Urai percaya bulat-bulat kerana mereka perlu timbang-timbang dulu, kalau berat ke bulan pangkahlah Pas dan kalau berat ke dacing kena timbangkan lagi kerana belum pasti ianya boleh dipertimbangkan kerana dacing yang digunakan itu dah ketinggalan zaman kerana sekarang teknologi dah canggih dah boleh guna dacing digital. "SELAMAT MENGUNDI "

Friday, July 10, 2009

Mansuhkan ISA , Hentikan Kekejaman


Tahanan Kejam ISA yang telah diamalkan oleh kerajaan terlalu kejam dan zalim sehinggakan yang ditangkap bawah ISA tidak akan diberi peluang untuk membela diri, Kemana perginya rasa belas kasihan sesama manusia yang perlukan rasa terdetik dihati bahawa orang tahanan ISA adalah manusia yang mempunyai rasa dan kehendak seperti kita, walaupun mereka melakukan kesalah yang berat ,kita ada undang-undang yang diguna pakai di Malaysia dan beri peluang kepada pesalah untuk membukti dia tidak bersalah, Apakah perasaan anda jika ini berlaku pada keluarga anda dan ianya menjadi satu penyakit yang kalau boleh mesti dihindarkan, seperti rasa tidak puas hati, rasa nak marah, rasa kehilangan dan rasa memprotes. Kalaulah ini menjadi suatu permainan politik kepada kerajaan untuk menahan sesiapa yang bercanggah pendapat dengan mereka, maka ini adalah satun kezaliman yang dosanya perlu ditanggung oleh semua rakyat kerana membenarkan kerajaan melakukan kekejaman ini dengan membantu mereka mendapatkan kuasa untuk melakukan kekejaman.

Marilah kita bersatu menegakkan keadilan yang perlu untuk rakyat yang dizalimi seperti tahanan ISA.. mereka ada hak yang perlu kita hormati, kalau orang yang melakukan jenayah kecil seperti mencuri dan merogol dapat membela diri mereka inikan pula perkara yang langsung tidak boleh diterima oleh akal kita yang ada hati dan perasaan untuk membenarkan mereka diberi peluang untuk membela diri, kalau mereka didapat bersalah maka hukumlah mereka dan tetapkan satu tarikh yang boleh ditunggu oleh keluarga mereka dan tahu bila mereka dibebaskan dan buat pemulihan.... Penjenayah yang tegar dengan dadah boleh kita pulihkan inikan pula yang hanya berselisihan pendapat dengan kerajaan tidak boleh dipulihkan. Bagaimana kekejaman yang dilakukan oleh kerajaan terhadap mangsa politik Umno/Bn begitu jugalah Allah swt akan membalasnya terhadap penzalim. Jadi ana serulah kepada seluruh rakyat yang cintakan keamanan dan keadilan datang beramai-ramai Pada 1 ogos 2009 di Kuala Lumpur dimana Pihak yang berkenaan dengan mansuhkan ISA ini akan mengadakan satu perhimpunan raksasa menuntut supaya ISA dimansuhkan, bebaskan tahanan ISA dan tutup Kem Kamunting. dibawah adalah petikan ucapan oleh Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI).

"Sezalim manapun manusia, kita tidak akan mencontohi kezaliman itu dan membalas balik kezaliman itu dengan akta yang sama. Jika kita juga menggunakan ISA, kita juga tidak ubah seperti mereka. Mungkin orang lain pula akan mendoakan semoga kita dibalas dengan kezaliman oleh Allah Taala dan mungkin orang lain pula akan menuntut hak mereka dari kita di akhirat kelak!

Dr.Mahathir atau sesiapa sahaja tidak patut dikenakan ISA. Cukuplah! Sebaliknya, jika mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang negara, maka bawa mereka ke muka pengadilan. Hadapkan mereka ke mahkamah. Berhujahlah dengan fakta dan bukti. Jika sabit kesalahan maka hukum dan sumbatkanlah mereka dalam penjara.

Dalam Islam dan mana-mana piagam hak asasi manusia, seseorang itu dianggap tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Seseorang itu berhak membela diri terhadap tuduhan yang dilempa kepadanya. ISA nyata bercanggah dengan prinsip ini dari sudut mana sekali pun. Ia menjadi sangat zalim apabila digunakan dengan alasan yang sewenang-wenangnya.

Menjadi bertambah-tambah zalim apabila tahanan diseksa secara fizikal dan mental, terpisah dari keluarga yang turut menderita kehilangan tempat bergantung. Hanya kerana perbezaan kepercayaan politik. Sanggupkah kita menggunakan ISA dan menanggung beban dosa begini?

Hakikatnya, tiada apa-apa alasan diperlukan untuk menahan seseorang di bawah ISA. Label memudaratkan keselamatan negara dengan mudah boleh digunakan untuk mengekang pengaruh politik musuh dan lawan. Jangan percaya jika ada pemimpin yang mengatakan tahanan ISA ditahan bukan kerana pendekatan politiknya.

Tidak ada mahkamah yang boleh mempersoalkannya melainkan mahkamah akhirat. Begitulah ibarat kebalannya ISA.

Untuk lebih mengerti mengapa dan bagaimana tahanan ISA dikaitkan dengan kepercayaan politik, saya galakkan rakyat untuk melihat dan meneliti sendiri fakta dan gambar-gambar yang dipamerkan di Pameran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Pameran yang terdekat ialah pada 7 dan 8 Julai ini di Dungun sempena Karnival Ulangtahun ke-50 PAS.

Mansuhkan ISA! Bebaskan Tahanan!"


Thursday, July 9, 2009

Pemasuhan PPSMI


Syukor kepada Allah swt. Dengan panduan dan pertolongan dari Yang Maha Esa telah membuka minda pemerintah tentang betapa rugi dan tidak berkesannya PPSMI dan ianya dimansuhkan sepenuhnya pada 2012, tapi kenapa tahun 2012? banyak pertanyaan ini telah diajukan oleh rakyat kepad pemerintah dan kenapa tidak dilaksanakan sekarang? Jawapannya adalah kerana masih ada lagi kontrak dngan pembekal peralatan dan buku yang mesti dijalankan sehingga tahun 2012. agaknyalah kan!!! kalau tidak mana mugkin akan diteruskan juga walaupun dah tahu perkara itu tidak mendatangkan hasil kepada pelajar. Keepada pembekal mestilah nak teruskan agenda ini kena mereka taknak rugi dan kalau diberhentikan terus nanti kerajaan akan kena saman. Jadi sekarang apa yang telah dilakukan kerajaan hanyalah melepas batuk ditangga saja.
Oleh kerana PRK manek urai sedang berlangsung jadi bolehlah sikit melembutkan hati pengundi di Manek Urai dengan umpan yang tak seberapa ini.Apa salahnya kalau dimansuhkan terus tahun ini, sebab pelajar bukannya Mat Saleh yang tak tahu bahasa melayu, kita dah ada buku rujukkan dalam bahasa ibunda dan tenaga pengajar boleh mengajar dalam bahasa yang mudah bagi meraka dan tak perlu hantar krusus pun... Tapi macam ana katakan tadi lah, kalau dah takut dengan saman pembekal maka apa yang boleh kita lakukan selain tumbangkan kerajaan yang ada sekarang dan kta bolehlah menyelesaikan segala masalah yang selama ini menyusahkan rakyat.
Ana pernah dulu mengikuti demo kat masjid negara dan Istana , Pernah orang bertanya "apa feadahnya kau ikut semua tu, kan dah kena asap pemedih mata dan air gatal" . Ana dengan bangga menjawab bahawa apa yang kami lakukan sekarang adalah untuk kebaikan anak-anak kami menjalani hidup dimasa depan dengan dibimbing oleh Allah swt. dan akan menjadi satu sejarah kebangkitan rakyat untuk menentang apa yang tidak betul dalam kepimpinan kerajaan sekarang. Dan sekarang terbukti dengan Izin Allah swt, Rakyat lebih berkuasa daripada pemerintah keran apa yang dilakukan oleh pemerintah ada yang tidak masuk akal dan membazirkan wang rakyat. Dengar kata untuk melaksanakan dasar PPSMI ini melibatkan wang rakyat hampir 13 bilion, kemana perginya sifat rakyat diutamakan.
Dengan termansuhnya PPSMI ini maka kita yang kurang faham dengan bahasa asing ini bolehlah rasa lega kerana anak tidak akan datang tanya kita lagi dengan bahasa inggris, kalau bahasa ibunda itu bolehlah jugak walaupun pelajaran anak-anak kita sekarang lebih canggih dari kita dulu, setidaknya kita faham apa yag ditanya. tidaklah ternganga. Perjuangan yang telah ditunjukkan oleh masyarakat dari golongan terpelajar(akademi) ,sasterawan negara dan juga NGO dan parti Politik telah mendatangkan hasilnya, jadi apa yang kita perjuangkan selama ini tidak sia-sia. Sekarang rakyat harus tahu yang kita mempunyai kuasa yang ebih dari kerajaan dan jangan sesekali takut untuk menyatakan apa yang kita fikirkan betul. dengan itu apa yang kita boleh katakan sekarang INILAH KEMENANGAN RAKYAT.

Mansuhkan PPSMI 2012: Tidak penuhi tuntutan, lebih ramai jadi 'mangsa'

Azamin Amin
Thu | Jul 09, 09 | 9:16:15 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI pada 2012 , dianggap belum memenuhi harapan tuntutan banyak pihak yang memperjuangkan isu ini di samping terus menambahkan lagi jurang pencapaian para pelajar yang tertinggal akibat dasar ini.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sekiranya pemansuhan itu ditamatkan serta merta ianya tidak akan menimbulkan masalah memandangkan sudah ada buku rujukan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu dan memang ramai guru yang sudah pun mengajar mata pelajaran tersebut dalam bahas tersebut.

"Pelajar yang kini menghadapi masalah untuk mengikuti pembelajaran itu dan sepatutnya dengan segera dapat ditukar kepada Bahasa Melayu.

"Ini supaya mereka tidak terus menjadi mangsa kepada eskperimen yang sudah jelas menjejaskan pencapaian mereka seperti yang telah terbukti diakui oleh Menteri Pelajaran," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Katanya membiarkan pelajar sekolah luar bandar tertinggal walaupun terpaksa menunggu sistem tersebut kembali kepada Bahasa Melayu akan terus membiarkan jurang pencapaian melebarkan dan pelajar berkenaan terus tertinggal.

Teras katanya kesal kenapa dengan pelbagai pendirian dan kajian yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak yang jelas menunjukkan pelajar luar Bandar akan terjejas dan pencapaian keseluruhannya akan merosot , baru kini kerajaan akhirnya mengaku pada hal sebelum ini pihak Kementerian Pelajaran beria-ia benar mempertahankan kejayaan PPSMI.

"Kemerosotan pencapaian adalah akibat dari kedegilan pihak kerajaan untuk akur kepada suara pelbagai pihak termasuk dari kelangan para pendidik , ahli akademik , ibu bapa dan ahli agama," kata Azmi.

Kini barulah semuanya terpaksa diterima termasuk pengakuan betapa kajian universiti-universiti tempatan pun mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI, katanya

"Kini setelah 6 tahun kita dapati ratusan ribu generasi pelajar PPSMI menanggung kerugian kerana gagal menguasai mata pelajaran yang penting untuk berjaya melanjutkan pelajaran kepada yang tahap lebih tinggi.

"Jika pihak kerajaan tidak berdegil ,ratusan ribuan pelajar yang berkenaan tidak akan rugi menghadapi tekanan kerana dinafikan hak untuk belajar dalam bahasa ibunda mereka sendiri," katanya yang berharap dasar ini dimansuhknan dengan kadar segera sebelum tiga tahun lagi seperti yang diumumkan.- azm _

Wednesday, July 8, 2009

Kedah MB says differences settled with state DAP

Saadon Aksah | saadon@harakah.net.my
Wed | Jul 08, 09 | 6:57:28 pm MYT
KUALA LUMPUR, July 08 (ES) - The Pakatan Rakyat coalition has agreed to form a state level task force in the northwest state of Kedah to iron out any differences among its members.

Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak said existing differences among the Pakatan's member have also been solved amicably.

In a press conference held here today, Azizan played down the differences between the three parties that made up the coalition as merely a storm in a teacup.

The Pakatan Rakyat coalition which comprised of Islamic Party of Malaysia (PAS), Democractic Action Party (DAP) and People Justice Party (PKR) currently administers the state after winning the majority of seats in the last general election.

Azizan who is also a PAS central working committee member is unpertubed by the possibility of BN controlled mainstream media from continuing to playing up several issues to drive a wedge between the parties in the fledgling government.

"No problem, no problem. It's over," said a smiling Azizan after a 40-minute meeting with DAP parliamentary leader Lim Kit Siang.

Azizan said he would look into claims by Kedah DAP in relation to some of his more unpopular policies.

Kedah DAP quit the state Pakatan Rakyat coalition on July 1 after complaining about some of Azizan's policies.

The latest source of disagreement was over the demolition of the sole pig abattoir in the state.

Azizan said that an alternate site has been found for the abattoir.- ES _

Mansuh PPSMI


Ketika ini kerajaan sedang berbincang di kabinet untuk memansuhkan atau tidak PPSMI dan yang sudah pasti adalah desakan yang bertali arus muncul dari NGO dan juga rakyat yang menunjukkan rasa tidak senang dengan pelaksanaan PPSMI yang ternyata membebankan dan merosotkan peratus lulus bagi pelajar yang tidak berapa faham dengan apa yang diajar di sekolah dengan bahasa Inggeris. Siapa yang rugi sebenarnya? kalau bukan kita yang membayar cukai kepada kerajaan tapi dibelanjakan kepada perkara yang mustahil dipretikkan dinegara ini, dengan perpelanjaan sebanyak 3 bilion, tidak sedikit pun menampakkan kemajuan atau kejayaan dalam program ini. PPSMI sekarang adalah satu kegagalan kerajaan yang dipimpin oleh Dr Mahathir ketika itu dan sambung sehingga sekarang, Kalau dah ternyata ianya gagal kenapa masih hendak meneruskannya, sedangkan perbelanjaan nya akan bertambah dan memerlukan dana yang banyak untuk meneruskannya, Ana harap kerajaan memikirkan sedalamnya dengan perkara ini kerana ianya akan melibatkan kemerosotan pelajar dalam mata pelajaran yang penting iaitu Sain dan matematik. Kita tunggu akan keputusan iu dengan rasa yang amat gelisah dan mengharapkan kerajaan menuruti kehendak rakyat dan bukannya mengikut nafsu yang merugikan rakyat.....

Tuesday, July 7, 2009

Edisi Pahang: Wakil Rakyat BN Melenting Selepas Pendedahan Isu Asap Serta Habuk Di Kilang Bata Hantui Penduduk Disiarkan Oleh Sinar Harian !!

Petikan dari pahangdaily online

KUANTAN [2.10 pm] - Berikutan pendedahan kami tentang masalah penduduk di sekitar Taman Tas Ria 1 dekat sini, maka Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan berkenaan dikatakan melenting dan bagai "cacing kepanasan". Kami difahamkan YB Zaili Besar, ADUN Panching (foto), itu amat marah dan kecewa dengan laporan terbabit. Masalah habuk dan asap "kilang batu-bata" yang menghantui para penduduk sekitar kawasan berkenaan sebelum ini memang sudah lama didedahkan. Namun, tiada langsung tindakan segera dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Dalam kempen pilihanraya umum ke-12 lau, ADUN terbabit berjanji akan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk. Namun, selepas lebih setahun kenyataan beliau hanya "indah khabar dari rupa". Tiada tindakan susulan, malahan kilang itu terus beroperasi tanpa ada sebarang sekatan. Inilah yang mengecewakan penduduk setempat sebenarnya. Kami difahamkan, YB Zaili telah mengadakan lawatan "segera" ke tapak berkenaan baru-baru ini. Ia berikutan, laporan eksklusif kami itu telah disiarkan oleh akhbar Sinar Harian Pahang. Maka itu, tanpa memberi alternatif bilakah masalah itu dapat diselesaikan beliau mempertikaikan pula kenyataan dan pendedahan yang kami lakukan. Lebih mengecewakan, beliau turut meminta KRT (Kumpulan Rukun Tetangga) taman berkenaan dan pihak KAFA yang menyewakan tanah terbabit untuk turut sama mengeluarkan kenyataan yang menyokong beliau. Nampak benar, perkara ini hanya dipolitikkan untuk kepentingan peribadi. Walhal, apa yang diharapkan oleh rakyat langsung tidak menjadi kenyataan. Perkara semudah itu, iaitu memindahkan tapak kilang batu-bata itu pun masih gagal diselesaikan. Maka, apatah lagi masalah-masalah besar yang bakal dihadapi oleh para penduduk di kawasan terbabit.

Memang sudah menjadi tabiat pemimpin UMNO untuk mempertahankan "benang yang basah" hasil pendedahan yang dibuat. Maka, mereka pasti akan menarik perhatian dengan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan kepada media kononnya mereka telah melakukan kerja. Walhal, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Jika benar KRT, KAFA dan pemimpin UMNO mengambil berat perkara itu maka tidak mungkin perkara yang mudah seperti itu boleh berlarutan sejak tujuh tahun yang lalu. Apakah ini namanya tradisi membela rakyat dan rakyat diutamakan?. Mereka yang melihat keuntungan dan sukar untuk melakukan tindakan biarpun mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Bercakap kepada media adalah perkara biasa bagi pemimpin UMNO dan BN untuk menolak segala laporan yang dibuat. Justeru itu, krew kami di Kuantan akan terus memantau perkara ini. Tindakan KRT untuk mengumpul tanda tangan bagi mendesak projek kilang bata itu dipindah adalah "tidak masuk akal" sama sekali. Ini kerana, ADUN Panching terbabit sepatutnya membawa permasalah penduduk terbabit ke Dewan Undangan Negeri semasa persidangan berlangsung. Soalnya, apakah yang dibawa ke Dewan oleh ahli yang berhormat UMNO ini?. Jika masalah seperti ini pun gagal untuk dibela oleh mereka, maka wajarlah rakyat menolak pemimpin seperti ini. Dasar "cakap tak serupa bikin" jelas sekali menyebabkan rakyat yang tidak berdosa akan terus menanggung derita dan merana. Kesan habuk dan asap kilang bata itu lama kelamaan akan menyebabkan penduduk setempat mengalami masalah kesihatan terutamanya para pelajar sekolah. Apakah selepas ada penyakit serius yang boleh membawa maut, barulah ia mahu diselesaikan oleh mereka?
Baca Pendedahan Eksklusif Kami Tentang Isu Panas ini
[Kami menyarankan YB terbabit agar melakukan kerja jika mahu terus disokong oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Ingat, apa janji kamu tatkala meraih undi semasa kempen pilihanraya umum ke-12 lalu?. Bukankah masalah ini telah bertahun-tahun dihadapi oleh penduduk dan telah beberapa kali juga disiarkan dalam media arus perdana. Soalnya, mahu atau tidak menyelesaikannya. Setakat pergi melawat dan membawa media supaya disiarkan gambar dalam akhbar kononnya wakil rakyat prihatin masalah penduduk. Ia langsung tidak memberi makna dan dapat menyelesaikan masalah ini. YB terbabit perlu memanjangkan perkara ini kepada pihak atasan bukannya mengeluarkan kenyataan kononnya kami membuat fitnah terhadap beliau. Fitnah apa lagi yang mahu kami lakukan, jika siap disertakan dengan bukti bergambar tentang permasalahan yang dihadapi oleh para penduduk. Lakukan tindakan jangan sekadar cakap sahaja, sedangkan "habuk pun tak ada". Jadilah wakil rakyat yang prihatin masalah mereka. Kami memberi tempoh sebulan kepada wakil rakyat terbabit untuk selesaikan masalah ini. Jika tidak pendedahan yang lebih besar akan dilakukan. Selesaikan bermaksud kilang batu-bata itu dipindahkan segera, bukannya dibiarkan terus beroperasi yang mana akhirnya menghantui jiwa raga rakyat di kawasan terbabit !!].

Monday, July 6, 2009

Rumah Khir Toyo RM24 juta di Shah Alam

Muhammad Arif Ismail
Mon | Jul 06, 09 | 4:28:58 pm MYT

SHAH ALAM, 6 Julai (Hrkh) - Rumah kediaman mantan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamed Khir Bin Toyo dekat sini dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM24 juta.

Nilai ini adalah lebih mahal daripada harga istana idaman yang dimiliki oleh Allahyarham Datuk Zakaria di Klang yang dibina di tengah-tengah perumahan rakyat.

Banglo tersebut yang terletak di Jalan Suasa, Seksyen 7 dekat sini dibina diatas dua lot tanah yang dicantumkan dan kedua-dua tanah ini berjumlah RM4 juta dengan keluasan 52,041 kaki persegi.

Tanah pertama yang bernombor HSD 22904 di lot PT 62, Seksyen 7 dengan keluasan 31,794 kaki persegi berharga sebanyak RM2.9 juta iaitu RM93 ringgit untuk satu kaki persegi yang dibeli dari sebuah syarikat Ditamas Sdn. Bhd.

Syarikat tersebut dimiliki oleh Shamsuddin Hayroni yang merupakan sahabat baik kepada Mantan Menteri Besar Selangor itu.

Namun, harga yang dibeli untuk tanah kedua yang bernombor HSD 22905 adalah lebih murah iaitu RM900,000 iaitu RM46 untuk satu kaki persegi di di lot PT 65 seksyen 7, seluas 20,427 kaki persegi.

Kedua-dua tanah ini mempunyai tempoh pajakan selama 99 tahun yang bermula sejak 20 Mac 1987 dan berakhir pada 19 Mac 2086 dan ia didaftarkan dibawah nama Mohamad Khir Toyo dan isterinya, Zahrah Kechik.

Demikian fakta yang didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Sekinchan, Ng Suee Lim ketika ditemui selepas membawa pemberita meninjau banglo tersebut yang beliau sifatkan sebagai Istana Khir Toyo.

Katanya, harga rumah ini lebih kurang RM18 juta dan belum dicampurkan dengan harga perabot yang diimport sepenuh dari Bali. Jadi semuanya berharga RM20 juta dan dicampur pula dengan harga tanah yang berjumlah RM4 Juta.

"Harga sebuah pintu gerbang sahaja berharga, RM290,000. Persoalannya, saya bukan ada hasad dengki atau pun iri hati kerana beliau memiliki rumah sebesar ini.

"Tetapi sekiranya, dia mampu dan memiliki kekayaan dari sumber yang halal, saya tiada masalah malah saya ucapakan tahniah.

Image "Apa yang saya nampak sebelum ini, dia merupakan seorang doktor gigi biasa," katanya

Apabila lapan tahun katanya, dia menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, dia mampu untuk membina sebuah rumah sebesar itu.

"Setahu saya sebagai seorang penjawat awam, Menteri Besar Selangor tidak boleh berniaga dan tidak boleh terlibat dalam apa-apa aktiviti perniagaan termasuk semua Adun dan Speaker," katanya.

Menurut beliau, gaji Menteri Besar hanya RM48,000 yang meliputi semua elaun dan makan minum dan gaji pembantu semua ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan ini bermakna gaji seorang menteri besar alam tempoh setahun sebanyak, RM576,000, gaji Khir Toyo sewaktu menjadi menteri besar.

Katanya, selama lapan tahun gaji keseluruhan yang beliau dapat dalam masa lapan tahun RM4.7 juta termasuk 'interest', belum tentu dapat mengumpul kekayaan sebanyak itu.

Beliau mendesak Khir Toyo beri penjelasan mengenai isu ini, daripada jumlah ini, bolehkan memiliki banglo sebesar ini. Dari mana sumber, rakyat nak tahu, sebab kerajaan negeri Selangor yang baru ini sedang mengamalkan dasar ketelusan.

Dalam sidang media yang sama, beliau ditanya adakah beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya, tidak perlu membuat laporan di SPRM.

"Saya tak perlu lapor sebab secara peribadi saya tidak berapa yakin dengan keberkesanan dan peranan badan itu dan apa yang saya nampak sebelum ini banyak mengecewakan. Biar rakyat yang memutuskan, terpulang kepada budi bicara SPRM untuk menyiasat atau tidak," katanya. - mns_

Perarakan Calon , Pusingan Pertama Pas Sudah Menang







Petikan dari MSO

PROSES penamaan calon pilihan raya kecil Manik Urai sudah pun selesai. Dua calon bertanding telah pun diumumkan. Mereka ialah Fauzi Abdullah, 50 dari Pas dan Tuan Aziz Tuan Mat dari UBN, 39.

Nampaknya kali ini tidak ada calon bebas yang ikut serta bagi memeriah dan sekaligus menganggu pilihan raya berkenaan. Mungkin dalam keadaan ekonomi tidak sihat, tiada siapa untuk jadi tidak siuman bagi menghabiskan wang untuk dijadikan deposit RM5,000. Mungkin juga di Manik Urai tidak ada wanita yang kurang siuman yang tergila-gila nak melihat foto mereka ditampal di pokok kayu!

Pertandingan antara Pas dengan UBN adalah pertandingan tradisi. Apapun keadaan mereka akan bertanding dan terus bertanding antara satu sama lain. Pertandingan kadang kala bukan sangat kerana yakin menang tetapi kerana dendam kesumat antara satu sama lain.

Jika dilihat kepada semangat dan sokongan, ternyata calon Pas, Fauzi mendapat sokongan hebat. Lebih 12,000 para penyokong dan ahli Pas mengiringi Fauzi ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Yahaya Petra, di Kuala Krai.

Berbanding dengan penyokong dan ahli Umno yang mengiringi calon mereka, Tuan Aziz sekitar 5,000 orang saja. Jika jumlah sokongan ini diambil kira sudah pasti Pas akan dapat mengekalkan kerusi berkenaan dengan begitu mudah.

Tetapi kerana politik adalah politik, tidak kira musim hujan, panas atau sejuk; Pas dan Umno tetap juga akan bertarung. Keduanya perlu menyertai mana-mana saja pilihan raya bagi membuktikan mereka masih kuat. Soal kalah menang soal kedua yang boleh dijustifikasikan dengan sifar-sifar dan ilmu politik. Apakah kerana amalan politik bermusuhan itu merugikan bangsa dan agama, kedua-duanya tidak akan menghiraukannya. Yang penting nafsu mereka terpenuhi.

Misalnya kalau UBN tewas pada 14 Julai nanti, akan adalah alasan-alasan yang direka dan dicipta khas untuk tidak menampakkan parti berkenaan lemah dan semakin ditolak rakyat. Begitu juga sebaliknya. Akan dituduhkan kononnya ada permainan dan tektik-tektik kotor yang dimainkan oleh pihak Pas atau UBN.

Kita berharap biarlah keadaan itu tidak berlaku lagi. Kalau UBN kalah maka UBN kena menerima hakikat kekalahan mereka dan jangan cuba hendak mencari helah seperti orang yang tidak pandai menari akan salahkan tanah tinggi rendak apabila tarian mereka songsang dan canggung.

Dalam perarakan menunju ke pusat penamaan calon hari ini keyakinan dan kehebatan Pas terserlah sekali. Dua pemimpin utama Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang turut sama mengiringi Fauzi di samping pemimpin Pas lain.

Perarakan yang berlangsung dalam suasana ukhwah dan semangat tinggi menampakkan Pas tidak menghadapi apa-apa masalah. Ternyata isu unity goverment dan perselisihan pendapat antara Nik Aziz dengan Abdul Hadi yang cuba dieksploitasikan oleh UBN tidak menjadi. Ahli dan penyokong Pas cukup bijak dalam menghadapi provokasi musuh.

Jelas sekali kehadiran begitu ramai penyokong Pas menggambarkan sikap semula jadi orang Pas di mana mereka akan bersatu bila berdepan dengan lawan. Mereka boleh melupai soal titik bengit dan melangkah sederap untuk menghadapi musuh, UBN. Ahli Pas tidak membawa masalah peribadi dalam parti mereka sehingga boleh memporak perandakan parti itu.

Manakala taburan penyokong UBN hanya sekitar 5,000 itu menunjukkan bahawa UBN kurang yakin dengan pilihan raya berkenaan. Mungkin penyokong UBN dari luar Kuala Krai tidak 'ada angin' (tidak ada semangat) untuk datang kerana sudah dapat membayangkan awal-awal lagi calon mereka akan tewas. Jumlah yang kecil itu juga mungkin kalangan Umno Kuala Krai sendiri tidak berpadu dalam menghadapi pilihan raya itu kerna masalah perpecahan dalaman.

Sekiranya penyokong UBN dapat merasakan mereka berpeluang sudah tentu mereka akan ramai-ramai ke Kuala Krai dan Manik Urai kalau pun bukan untuk melihat kemenangan tetapi sekurang-kurangnya untuk memakan lemang atau durian dan rambutan yang menjadi waktu ini.

Apabila mereka jadi tidak 'ada angin' maka jelaslah UBN dalam keadaan sudah kalah sebelum berjuang. Mungkin berdasarkan hakikat inilah menyebabkan Pas menyarankan supaya lebih baik UBN tidak bertanding dan membiarkan kerusi itu kekal ditangan Pas.

Petunjuk yang dapat disaksikan hari ini pastinya akan menjadi perkiraan dan hisab pengundi di Manik Urai. Tidak ada guna kalau mereka bermati-matian untuk memberi undi kepada Tun Aziz kalau petanda UBN akan kalah sudah jelas kelihatan. Pastinya pengundi yang seronok dengan kemenangan Pas akan mengekalkan undi mereka kepada calon Pas. [*** 11:20 am 06/07/09]

Saturday, July 4, 2009

Langkah Pemuda PAS bersemuka dengan Pemuda Umno dipuj

i
Mohd Sabri Said
Fri | Jul 03, 09 | 3:41:57 pm MYT

PERMATANG PAUH, 3 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan langkah Dewan Pemuda PAS Pusat untuk bersemuka dengan Umno dalam 'Wacana Ilmiah Terbuka: Benarkah Perjuangan Umno Tidak bertentangan Dengan Islam' harus dipuji kerana sikap itu dapat membongkar Umno sebenarnya.

Tambahan lagi usaha itu selari dengan kehendak Musyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat yang mahu berdebat dengan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Jelasnya, perbahasan mengenai kebenaran tidak akan selesai selagi masing-masing berkeras tanpa adanya pertemuan berdasarkan kebenaran al-Quran.

"Apa-apa pertelingkahan pun jika mahu ukur siapa yang benar mesti kembali kepada al-Quran. Jika tidak semua akan berpanjangan," tegasnya.

Pertemuan itu juga boleh meninggalkan impak besar kepada PAS sebagaimana pertemuan atas dasar kemanusiaan Palestin oleh dua tokoh tanah air antara Presiden PAS waktu itu, Dato' Fazhil Noor dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun bukan mencari titik pertemuan perjuangan antara PAS dan Umno tetapi atas nama keadilan sejagat ekoran penindasan yang berterusan terhadap umat Islam di Palestin.

Yakin dan bersabar untuk melihat pertemuan itu sebab selalunya Umno akan mencari helah untuk membatalkanya demi tidak mahu menanggung malu jika panel yang mewakili Umno gagal mengemukakan hujah yang bernas, katanya.

"Apapun ahli kita harus bersatu dan bersabar serta terbuka hati untuk melihat penghujahan itu nanti. Rakyat pun akan menilai penghujahan kerana lazimnya hujah Umno pakai pemikiran bukannya ilmiah yang termaktub dalam al-Quran. Ataupun Umno sendiri akan mengumumkan pembatalan saat-saat akhir bila merasai diri mereka tertekan," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. - mns_

Wednesday, July 1, 2009

Himpunan Raksasa Pemuda PAKATAN


1. Insyaallah , satu Himpunan besar - besaran Pemuda PAKATAN Rakyat akan diadakan di Kampung Sungai Sok Manek Urai Kelantan pada 5 hb Julai 2009 [ Ahad ] jam 9.00 Malam .

2. Himpunan ini adalah satu perhimpunan yang akan mengumpulkan seluruh rakyat khasnya pemuda untuk mendengar beberapa isu semasa dan sekali gus membangkit semangat juang para pemuda untuk memenangkan PAKATAN yang diwakili oleh PAS di pilihanraya kecil DUN Manek Urai .

3. Semua hadhirin dan hadhirat serta pemuda dan pemudi dijemput hadhir bagi menjayakan majlis bersejarah ini dan mendapatkan penjelasan isu terkini dari pimpinan pemuda .

4. semua sahabat cyber agar dapat siarkan maklumat ini di mana sahaja laman cyber milik anda dan sebarang bentuk sebaran kepada umum agar kelak tiada siapa yang ketinggalan maklumat mengenai himpunan besar ini .

5. Selamat berjuang dan Insyaallah kita menang di Manek Urai .